Hidupku dah berakhir.
Aku dan komputer ibarat macam kawan baik. Sebahagian besar hidup aku habis bersama komputer. Kalau lelaki lain mereka makan, minum dan tidur bola, aku fikir aku adalah lelaki istimewa kerana aku makan, minum dan tidur komputer.
Tapi hari ini kawan aku ini hilang ingatan. Dia tidak kenal aku. Long-term memory nya hilang.
Aku sedih.
Secara teknikal, harddisk aku rosak. Maka segala macam benda yang aku simpan sejak aku masuk UTM ni hilang. Hilang... begitu sahaja.
Sedih ni.
Tapi hidup kawan aku tak berakhir di situ. Aku berikan dia 160Gb. Cukuplah untuk sebuah komputer tua. Lagipun aku sudah tua, tak perlu nak main game sangat. Tapi kalau ada duit lebih nak juga upgrade komputer ni. Hidup AMD.
Cakera keras yang lama masih aku simpan. Sebab status sebenarnya masih tidak diketahui. Barangkali hentak sebarang dua elok balik, kot. Haha...
Tapi ada juga baik cakera keras itu rosak. Segala gambar-gambar kenangan manis kau dan aku, surat-surat cinta, lagu-lagu jiwang dan diari peribadi. Semua itu telah hilang. Seperti orang yang hilang ingatan, hidup tetap perlu diteruskan. Barangkali benar, Tuhan mahu aku melupakan segala kenangan silam yang payau dah kelat itu. Memulakan hidup yang benar-benar baru. Hidup seperti yang sepatutnya aku tuju.
Aku gembira.
Kerana kepala aku sedikit lapang. Komputer aku sekarang rasa ringan. Barangkali berat sedikit kerana mengisi perisian-perisian kejuruteraan yang selambak.
Betul aku gembira.
Kerana aku boleh bekerja semula. Mahu bekerja semula. Tidak diganggu, sentiasa tenang. Jika aku mahu sekalipun, aku sudah tidak mampu memandang ke belakang. Jalan hanya satu, hanya di hadapan.
Aku ucap selamat kepada kau. AKu gembira hari ini. Dan aku harap selamat ini juga akan buat kau gembira seperti aku sekarang.
Terima kasih di atas ketenangan ini.