Followers

Gamers

Tuesday, June 30, 2009

Dah lama aku tak menulis. Sebab baru-baru ini aku amat emo. Jangan salah faham. Emo tak semestinya tidak baik. Rasa sayang juga emo. Menjadikan kita tak pernah stabil.

Itu yang membezakan kita dengan robot. Tapi apa kau tahu, mungkin suatu hari nanti ada orang mampu memprogramkan robot dengan perasaan, sayang contohnya.

Mungkin masa tu akan jadi seperti masa sekarang, perempuan dengan mak nyah pun dah susah gler nak beza. Robot dengan manusia pun akan susah nak beza.

Dan apa yang aku mengarut ni.

Aku tak boleh lebih menulis kat sini. Aku tak mahu ada orang salah faham. Atau ada orang faham. Situasi aku sekarang amat kritikal. Dan aku sepatutnya tak cerita lebih-lebih kat sini.

Kau faham kan.

Di saat entri ini di auto-post kan, aku sedang keluar. Keluar bersama hati. Dan aku harap aku sedang bergembira sekarang..

Aku ucap selamat k..

Monday, June 22, 2009

Soldier... March... Forward...

Kebiasaan, bila membuat kerja, aku akan mengulang tak lebih dari 5 buah lagu. Sumber semangat supaya aku tak hilang semangat semasa buat kerja...

Beberapa hari lepas, lagu yang aku pilih dari lagu tema Tomb Raider. Tomb Raider Angel of Darkness, Tomb Raider Legend dan Tomb Raider Underworld.




Tapi hari ini aku download OST dari game Command & Conquer : Red Alert 3. Ada satu lagu yang betul menarik minat aku. Dari pagi sampai sekarang, aku hanya mainkan lagu ni.


Rasa macam genderang mau perang. Untuk lirik dia, boleh klik sini.

Rasa...

Aku terasa sesuatu dalam hati. Seperti ada yang sedang menghiasinya, hati aku.

Ada banyak benda aku mahu kata, tetapi aku tidak mampu untuk berkongsi. Cukup kalau kau tahu di dalam hati aku ada yang sedang menduduki.

Aku tidak namakannya cinta kerana rasa itu aku sedikit faham. Jika kau tanya harus bagaimana aku boleh menamakannya cinta, aku akan jawab.

Jika aku ikhlas membiarkan si dia berada di hatiku.

Sekarang, aku benar biar si dia menduduki hati aku, namun aku tidak terasa keikhlasan diri aku sendiri untuk terus membiarkannya. Hanya jika kau faham, kau boleh terus membaca.

Ironinya, rasa bersalah itu tidak mahu padam. Dan itu yang membuat rasa kasih muncul untuk si dia. Dan sebelum sempat aku sedar, sifat kasih itu melahirkan rasa baru.

Rasa yang sentiasa ada kepada setiap orang yang aku kenal. Rasa sayang.

Dan ironinya, rasa sayang itu tidak merubah apa-apa. Aku masih di sini dengan hidup aku, dan si dia masih di sana dengan hidupnya.

Jika kau tanya aku mahukan apa, aku cuma mahukan si dia gembira, bahagia. Jika bukan dari aku sekalipun, aku tetap mahukan si dia bahagia...

Jika terlalu sayang, dan berjauhan. Tentu sekali rasa rindu itu hadir. Ia adalah bukti rasa kasih yang datang itu melahirkan rasa sayang yang dalam, lebih dari orang lain.

Si dia percayakan aku, dan aku kepercayaan si dia. Sama juga untuk masing-masing. Tapi sekarang bukan masa untuk aku terus melayan perasaan itu.

Tiga tahun yang seterusnya adalah tempoh untuk menaiktaraf hidup aku sendiri. Dalam tempoh ini apapun boleh berlaku.

Aku berterima kasih. Sekurang-kurangnya rasa bersalah itu semakin mengecil. Dan ini tentunya akan melebarkan peluang untuk dapat ikhlas kepada si dia.

Buat jangan separuh, rasa jangan separuh. Kerana rasa yang sikit itu akan jadi seperti dahulu, rasa sakit dan rasa menyakiti.

Aku berterima kasih untuk kepercayaan itu, aku harap aku akan selalu mengasihinya, menyayanginya dan merinduinya... Dan apabila tempoh masa itu tamat, aku tahu... aku sudah mampu mencintainya...

Aku ucap selamat... untuk hati, untuk si dia dan untuk kau juga semua...

Friday, June 19, 2009

Pencarian kubur bermula...

Baru-baru ni aku marathon, main game Tomb Raider. Tiga game straight aku habiskan dalam masa 6 hari. Dan kau boleh kata aku gila.

Kau pernah main? 3rd person shooter and adventure. Watak yang kau kawal adalah perempuan, Lara Croft. Aku yakin bagi kau yang selalu duduk depan pc kenal siapa Lara Croft.

Aku mula dengan Tomb Raider Legend. Game ni aku dah 4 kali main so tiada masalah pun untuk habiskan dalam sehari. Semua jenis perangkap, musuh dan rahsia ada dalam kepala aku. Main sebelah mata pun aku mampu habiskan. Huhu..



Selepas tu aku sambung, Tomb Raider Anniversary. Ni game remake daripada Tomb Raider 1 dulu tapi mempunyai jalan cerita yang lebih lancar. Kalau kau berminat mahu tahu jalan ceritanya, lebih baik kau main ini dulu kemudian baru main Tomb Raider Legend sebab kronologi jalan cerita dia memang ikut macam tu. Dan ini aku habiskan dalam sehari sebab aku ada sikit ingat bagaimana nak selesaikan puzzle dia masa aku main Tomb Raider 1 dulu.



Dan akhir, yang paling baru dalam siri Tomb Raider, Tomb Raider Underworld. Penuh dengan grafik baru yang tak mampu pc adik aku bawa. Aku ambil masa 4 hari sebab dia mula ada banyak gerakan baru yang aku agak kurang familiar. Dan puzzle dia pun susah. Ambil masa untuk aku fikir untuk selesaikan.



Minat sangat ke aku dekat siri Tomb Raider ni. Heh, aku main game ni sejak Tomb Raider 1 lagi. Sejak aku sekolah rendah. Aku kenal Lara Croft sejak aku kecil lagi. Dan jenis puzzle dan tempat dia mengembara masih segar dalam fikiran aku.

Semua siri aku main. Tomb Raider 1, 2, 4 : The Last Revelation; 5 : Chronicles; 6 : Angel of Darkness; dan yang sebutkan di atas. Kecuali yang no 3, aku tak pasti kenapa aku tertinggal, huhu..


Aku yakin, sejak Tomb Raider Legend keluar, aku tahu siri ini tidak akan mati. Dia seperti cerita Batman, jalan ceritanya seakan di perbaharui semula. Lebih teratur, lebih menarik. Dan aku rasa tak mustahil jika mereka boleh pergi jauh dengan jalan cerita sekarang.



Aku sukakan jalan ceritanya, perjalanannya dan tentunya watak tu sendiri, Lara Croft. Setiap kali dia punya gadget yang baru, ia akan punya puzzle yang baru. Gerakan yang baru dan musuh yang baru dan sukar dan itu cukup untuk aku tidak berhenti untuk bermain.

Aku ucap selamat kepada mereka yang menjayakan game ini. Aku tak pernah fikir hidup aku tanpa Lara Croft dengan pergembaraan dia. Heh...

Kau dah cuba...? Kalau kau sedang mencuba, aku ucap selamat k...

Saturday, June 6, 2009

Ramai betul orang kahwin baru-baru ni...

Ramai betul orang kahwin baru-baru ni. Ada la aku dapat pergi satu kenduri. Yang lain tu maaf la ek. Ada sket hal tapi terima kasih sebab jemput aku... Aku kirim sms je la ek..

Apa-apahal pun tahniah sebab dah tamatkan zaman bujang korang... Aku tumpang gembira.

Tengok diorang, aku agak cemburu. Peh, dah kahwin. Aku bila lagi. Dan kawan-kawan aku yang lain pun mengajukan soalan yang sama.

Bila lagi kau nak kahwin mie?

Menggila, aku baru 23 tahun. Duit pun tak cukup je memanjang. Nak bagi anak orang makan apa nanti. Perasan kan ini ayat standard.

Duit.. duit..

Nak kahwin kena la ada tempat tinggal dulu, paling kurang pun betul tak. Tak kisah la suami isteri nak kerja ke apa, tapi tempat tinggal mesti ada. Sewa? peh... camtu memanjang la tak cukup nak beli rumah. Sekarang sewa pun dah macam bayar rumah bulan-bulan. Ya aku tahu, ikut tempat.

Mak aku cakap senang je. Kau nak kahwin, rumah dengan kereta dulu.. barulah ringan mak nak gi minang anak dara untuk kau. Itu syarat dia dan aku nampak logiknya. Dia cuma tak mahu aku sekeluarga kelak hidup susah. Cakap mak kena dengar kan?

Buat simple math. Rumah dan kereta... Bila je aku dapat kahwin agaknya. 27? 28? 30 mungkin. Peh... Tahan la aku dah 30 tak kahwin2 lagi. Member semua dah seronok tinggalkan aku seorang diri kat sini.

Kalau kata aku tak ada perancangan, tipu la. Ada, cuma aku tak rasa ianya satu perancangan yang kukuh lagi. Memandangkan aku ada 1 semester lagi nak habis, maka aku fikir, baik aku habiskan belajar dulu.

Dan berdoa, jangan la pulak mak aku yang gatal tangan carikan calon untuk aku.

Kau tanya sebab apa? Wah.. mahu tanya lagi.. Haha...

Esok adalah hari perkahwinan Noorhanani (member aku masa teknik dulu) dengan Nizamuddin. Aku ucap selamat pengantin baru, semoga cepat dapat anak dan berbahagia sehingga 7 keturunan (jangan tanya aku kenapa 7).

Maaf aku tak dapat datang... Peh ada urusan yang aku kena selesaikan.. Nanti aku sms ucap tahniah k..

Aku harus beransur dahulu... Aku ucap selamat kepada kau ya...!

Tuesday, June 2, 2009

Aku nak buat pengakuan... 

Sejak cuti ini, aku asyik dengan makanan dan tidur. Kerja haram satu pun tak siap. Cuma ada la sket2 aktif dalam forex, Heh..

So mulai malam ini... aku akan sedaya upaya untuk menjadi rajin. Demi diri aku dan masa depan aku...

Go go... 

Dan aku harap, kali ni betul2 berjaya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...