Followers

Gamers

Friday, September 25, 2009

Petang bersama si dia...

Petang ini aku keluar bersama si dia...

Ke pantai kalau kau tanya. Dan jika kau terus bertanya apakah perasaan aku ketika itu...

Ia adalah satu perasaan yang kurang profesional, dan jika ianya adalah perasaan, tentunya melibatkan emosi yang terganggu. Ia adalah perasaan yang negatif. Perasaan yang aktif. Perasaan yang merbahaya.

Namun, perasaan itu hilang ketika si dia duduk di sebelah aku. Hiburkan aku dengan percakapannya, hiburkan aku dengan telatahnya. Sehingga ke saat ini aku masih ingat raut wajah gembira si dia ketika saat itu.

Aku banyak memandang matahari yang kian terbenam. Menikmatinya bersama si dia. Memikirkan apa yang harus aku buat selepas ini. Selepas si dia harus pulang ke rumah. Selepas aku harus pulang ke rumah. Dan tidak berjumpa lagi untuk satu jangka masa yang lama.

Perhubungan jarak jauh jika kau tanya. Itu adalah kami. Dan silapnya hanya pada aku yang lengah menghabiskan semua. Dan akibatnya rasa negatif seperti pertama tadi muncul menganggu aku. Amat menganggu.

Aku sayangkan si dia. Itu benar. Namun ia mampu dipersoalkan dengan keupayaan aku sekarang. Seperti post yang terdahulu, cinta... adalah tanggungjawab, dan ia memerlukan pengorbanan. Dan sejauh mana aku mampu melakukan untuk si dia.

Kami pulang. Aku mengikutnya di belakang. Melihat bayangan dia dari cermin tingkap belakangnya. Aku jadi sebak. Dan itu sememangnya perasaan yang terakhir bila aku meninggalkan si dia.

Pulang, aku baring. Cuba melelapkan mata... Dan kali ini aku hati aku berkata benar. Tentang perasaan pertama tadi, tentang riang gembira wajah si dia. Tentang rasa sebak ketika pulang...

Masa bermain sudah lama tamat, kini si dia harus aku bawa bersama ke tahap seterusnya...


Aku ucap selamat untuk kau, untuk si dia... dan untuk aku di masa depan... Selamat selamat!!!

Thursday, September 24, 2009

Semalam aku dan si dia keluar bersama.

Pergi beraya kalau kau tanya. Aku tak pernah kisah tempatnya asalkan si dia bersama aku, mana-manapun aku sanggup bersamanya. Sanggup... hm... ayat orang tengah bercinta. I'm admit that.

Banyak benda berlaku semalam. Ada gembira, ada sedih. Namun semalam juga adalah hari penting untuk kami berdua. Hari yang mengingatkan kami bahawa kami punya matlamat, punya rancangan untuk kami laksanakan.

Aku pandang dia, merenung jauh masa depannya. Aku jadi hampa. Bukan kerana dirinya tetapi kerana diri aku sekarang. Aku tidak mahu mengungkap 'andai' atau 'kalau'. Orang kata itu perkataan orang lemah. Aku mahu jadi kuat, mahu menjadi lelaki kuat di sisinya. Menjadi lelaki yang sentiasa ada di sisinya.

Namun, merenung jauh ke matanya, membawa aku melihat kisah silam kami. Dan dari sini aku menjadi lemah. Mulai menggunakan 'andai' dan 'kalau'. Sedikit demi sedikit kepercayaan kepada cinta aku kepadanya lupus.

Mengubah rasa erti cinta yang sebenar.

Orang kata, cinta adalah tanggungjawab, bukan hanya perasaan. Dan tanggungjawab juga berasaskan pengorbanan. Membuat aku terfikir, apa sanggup aku korbankan demi untuk si dia.

Semakin tua, semakin rumit aku memikirkan tentang sesuatu. Aku faham, kau baca pun kau rasa rumit, dan pening. Aku tak mahu berkata "lantak la..." pada masa depan aku.

Aku sudah tak punya cukup masa. Dia juga tak punya cukup masa. Kami kesuntukkan masa. Dan aku sedar, penyelesaiannya adalah atas aku.

Terima kasih kerana membaca. Aku tahu ini rumit. Aku tahu ini terlalu banyak dan rumit. Aku tak harap kau membaca habis. Dan ini sebab aku masih tertangguh untuk menulis lagi. Maaf, aku terlalu sayangkan si dia. Dan sebab itu dalam fikiran aku terlalu untuk si dia.

Dan dalam keadaan begini jika aku terus menulis lagi, barangkali benar... Inilah penulisan terakhir yang kau mahu baca dari aku.

Aku akan terus menulis... Dan menulis... sehingga aku sudah tak mampu untuk menulis..

Terima kasih... aku ucap selamat...

Saturday, September 12, 2009

Teknik Big Dog Breakout

Ini adalah salah satu teknik yang aku guna yang membolehkan aku memperolehi keuntungan. Kau boleh ikut jika kau mahu dan aku ingatkan, teknik ini bukan aku cipta. Kat bawah ada rujukan untuk kau orang. Teknik ini sudah lama digunakan oleh orang lain, dan salah satu teknik yang sangat aku suka. Kerana ianya bersifat 'naked trading'

Kau tanya naked trading tu apa. Ia adalah kaedah trading tanpa merujuk mana-mana indikator yang terdapat dalah sesuatu platfom. Biasanya analisis yang dilakukan adalah secara terus dari candlestick dengan bantuan trendline, support and resistant line, pivot line atau fibo retracment.

Kebiasaannya ia memerlukan pengalaman yang banyak untuk mula naked trading ini. Tak hairan bila melihat mana-mana otai trading, mereka tanpa merujuk mana-mana indikator, buat garisan sana sini lebih kurang dan masuk order. Profit. Pengalaman tu penting.

Caranya mudah:-

1. Buka Chart M15 untuk pair major USD. Aku hanya trade di GBDUSD dengan cara ni.
2. Lukis garisan menegak pada masa terminal, 14:00 di atas chart
3. Lukis garisan menegak pada masa terminal, 16:00 di atas chart
4. Lukis garisan melintang pada nilai tertinggi (high) bar yang ada di antara garisan menegak
5. Lukis garisan melintang pada nilai terendah (low) bar yang ada di antara garisan menegak
6. Buat pending order selepas muncul bar baru di luar garisan menegak.
7. Setiap pending order, setkan masa luput (expired date) tarikh keesokkan hari dan masa 00:00.



Cara buat pending order:-
1. Buat buy stop pada nilai high dan stoploss (SL) pada low-10pip
2. Buat sell stop pada nilai low dan stoploss (SL) pada High+10pip
Target point (TP) kau boleh guna fibo retracement yang diubahsuai tahapnya. Ada 4 peringkat TP setiap order. Setting fibonya: -
TP 4: 2
TP 3: 1.764
TP 2: 1.5
TP1: 1.272
High : 1
Low: 0
TP1: -0.272
TP2:-0.5
TP3: -0.764
TP4: -1



Kebiasannya, jika julat (range) antara high dan low adalah kurang 50-60, ianya akan sangat menguntungkan. Jika julat antara high low adalah lebih 50-60, ianya akan kurang menguntungkan.

TP digalakkan:
  • Isnin & Jumaat - TP1
  • Selasa hingga Khamis - TP2-TP4
  • Nak kaya, buat banyak order dengan peringkat TP yang berlainan. Contoh kau buat buy stop dengan TP1 dan buat buy stop lagi dengan TP2.
Banyak cara lagi nak set TP. Ada orang tak setkan TP tapi bila harga melebihi TP, mereka akan buat SL pada TP tu. Tapi cara ini perlukan perhatian. Aku suka letak dan tinggalkan.

Tp aku biasanya TP1 dan TP2. Aku tak main sampai TP3 dan TP4, bagi aku bukan nilai pip yang penting, tapi nilai lot. Kalau kau untung 10 pip sekalipun dengan nilai lot yang besar, aku fikir tu dah cukup untuk kau makan sebulan. Huhu... Tapi macam mana-mana bisnes, modal besar, bolehlah...

Aku tak kata ini holy grail. Sesuatu yang pasti untung. Seminggu lepas, setiap hari kena TP cuma hari Jumaat kau akan rugi kalau guna cara ini dan kalau kau tak fleksible.

Jumaat lepas, julatnya hanya 29 pip. Jadi aku agak rasa tak best sebab kebarangkalian nak kena SL tinggi. Jadi aku tak letak SL, tapi tengok. Dan memang betul, kalau tak kena gaya, kedua-dua pending order kena dan rugi. Pengalaman tu penting tahu. Dalam forex, keuntungan tu masih tak pasti. Asal kau ada sistem dan kau fleksible, insyallah untung kau mampu dapat.

Backtest dulu ok. Bagi serasi dengan perangai kau. Selamat... Kau boleh bandingkan yang lepas-lepas. Kau dapat lihat profitnya. Kalau kau rujuk gambar ke dua aku, price cecah buystop dan sampai TP2 sahaja. Ya betul, pergi semak yang lepas-lepas dulu bagi kau betul-betul yakin ok...

Aku ucap selamat berpip hijau kepada trader semua. Selamat2...

Rujukan dan credit
Ada indikator kau boleh guna, tak payah susah-susah nak buat garisan-garisan tu, dia buatkan. Rujuk sini.
http://www.forexfactory.com/showthread.php?t=103682

Terima kasih kepada fxster yang menyebarkan teknik ni kepada aku dan setting fibonya.
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=87506

Alexa - Jangan Kau Lepas



Peluklah diriku dan jangan kau lepas kan ku
dan jangan kau lepaskanku darimu…


Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak disini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak disini


Izinkan aku…, berlutut mengharap
Kau tuk kembali
Izinkan aku…, berharap dirimu
Kembali, dan kembali, dan kembali lagi


Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskankan ku
Darimu…
Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskan ku
Darimu…


Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak disini


Izinkan aku…, berlutut mengharap
Kau tuk kembali
Izinkan aku…, berharap dirimu
Kembali, dan kembali, dan kembali lagi


Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskankan ku
Darimu…

Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskankan ku
Darimu… [2x]

Tuesday, September 8, 2009

Fatal Frame 3 : The Tormented

Apa nak cerita hari ni... Hm... Aku tak ke mana-mana bila habis kuliah. Banyak masa aku habis di bilik. Tengok forex dan main ps2. Kalau ada kerja atau assigment baru la sibuk nak buka buku. Hidup...



Aku baru habis game Fatal Frame 3 : The Tormented. Permainan seram tak ganas. Game mudah saje. Bagi yang selalu dan pernah main Resident Evil, aku rasa kau orang tak rasa susah nak main game ni.

Game ni macam memburu hantu. Senjata yang korang ada untuk lawan hantu hanya kamera obscura. Yup, tangkap gambar hantu. Korang diberi pilihan filem apa nak guna untuk menangkap gambar hantu tersebut. Setiap filem mempunyai kuasa pemusnah hantu yang berlainan.



Kenapa nak tangkap gambar hantu tu kau tanya. Sebabnya hantu tu serang kau. Maka, ia berfungsi sebagai senjata, kau gunakan kamera tu untuk menembak hantu tu...



Part yang best game ni, bila hantu tu serang kau. Kau kena pastikan lensa kamera kau bertukar merah baru kau tangkap gambarnya. Dan kau tau berapa jarak kau dengan hantu tu bila nak tunggu lensanya berwarna merah. Haha...



Hampir kesemua hantunya adalah jenis hantu macam cerita Ju-on. Putih pucat dengan pelbagai gaya masing-masing (terbang, merangkak, berjalan). Nak pula dengan kesan bunyinya yang amat amat menyeramkan. Peh, ini game seram terbaik yang pernah aku main setakat ni.

Bulan puasa, syaitan dah kena ikat. Berani la aku main... Haha... Aku ucap selamat kepada kau orang semua...

Monday, September 7, 2009

Aku tahu sudah lama aku tidak menulis. Aku tahu meninggalkan blog ini ibarat aku meninggalkan korang semua. Ketahuilah, ketandusan idea dan merasa perasaan yang sama setiap hari betul-betul mendungukan kepala...

Tengah hari ni aku buka login, tekan new post dan duduk termenung. Aku sedar aku ada tanggung jawab di sini. Namun untuk menulis apa itu membuat aku termenung memikirkan apa yang berlaku kepada aku sepanjang kepasifan aku menulis di sini.

Lama termenung aku sedar fungsi blog ini dalam hidup aku. Blog ini adalah pemikiran aku, perasaan aku. Rasional aku, emosional aku. Meninggalkan blog ini walau dalam keadaan negatif sekalipun bermakna aku sedang lari dari kehidupan, rutin biasa manusia.

Sehebat manapun fungsi blog ini, kalau tiada idea, tiada rasa tak bergerak juga. Cukup untuk hari ini. Esok aku akan menulis lagi. Lusa aku akan menulis lagi. Biar korang bosan membaca. Aku akan paksa untuk menulis lagi.

Kerana blog ini adalah cermin, setiap rasa, setiap perkara.... yang berlaku dalam hidup aku...

Aku ucap selamat kepada kau orang semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...