Followers

Gamers

Wednesday, August 15, 2007

JL BM WEEK 2 : Kambing ke...?

Assignment kali ni adalah kambing... Kambing...? KAMBING??? Jangan terkejut, memang kambing. Masa aku tahu tajuk ni macam nak terbalik dunia aku. Koz tajuk ni umum sangat... takpelah... huhu...

Secara jujurnya, dalam hidup aku hanya beberapa kali terserempak dengan kambing... tu pun secara tak sengaja. Aku pun takde kenangan tentang kambing ni. Ok la... bagi sesiapa yang mungkin tak pernah tau kambing tu apa., ni serba sedikit tentang kambing...

Nama : Kambing
Kelas : Mamalia
Famili : Bovidae
Pemakanan : Herbivor

Kambing adalah haiwan kelas mamalia, bermakna ia berdarah panas dan ini juga bermakna kambing membiak dengan cara melahirkan anak...



Orang cakap kambing takut air... Betul ke...?



Heh, aku terjumpa video ni masa usha kat youtube. Kelakar gler. Tapi kesianlak kambing tu...



Masa aku kecil dulu belajar kat Tabika... Selalu gak nyanyi lagu ni... heh, nostagia...
------------------------------------------------------------------------------
Can Mali Can

Di mana dia anak kambing saya
Anak kambing saya ada di tepi bendang
Di mana dia Si Bujang ibu
Si Bujang ibu yang berjalan lenggang

Can mali can
Can mali can
Can mali can
Ketipung payung (x2)

Di mana dia anak kambing saya
Anak kambing saya ada di tepi sawah
Di mana dia Si Bujang ibu
Si Bujang ibu yang pakai baju merah

Can mali can
Can mali can
Can mali can
Ketipung payung (x2)
----------------------------------------------------------------------------------

Last sekali untuk iktibar kepada kita tentang Kekuasaan Allah yang maha Esa...



N sory kalau ringkas sangat... aku betul-betul blur bila sebut pasal benda yang aku tak tahu... tapi bila fikir balik... rupanya banyak benda yang aku tak tahu walhal benda tu sebenarnya adalah suatu benda yang biasa bagi semua...

UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.com UTK MENGUNDI.

Tuesday, August 14, 2007

Putus asa...

Hujan mulai turun... memberi aku rasa yang pernah aku rasai dahulu. Rasa yang membuat aku mulai hilang...

Aku tak pernah cerita pada sesiapa tentang dia. Ya, dia. Sejak aku mulai tawar hati dengan Cahaya Kemuliaan, hidupku mulai rasa kekosongan. Ya, mungkin aku tidak biasa dengan persekitaran yang tiada isinya dia, perempuan...

Dia, pada hari pertama aku melihat dia, hatiku seperti gugur. "Ya Allah, cantiknya...". Buat aku tergamam sebentar. Senyuman dia buat aku rasa seperti... manisnya madu bila ia melekat di lidah. "Ha... aku mula jatuh lagi..."

Namun aku sembunyikan perasaan aku. Melihat dia dari jauh, senyumannya, tawanya, percakapannya... Allah sahaja yang tahu betapa gembira dan riang hatiku menikmatinya... meskipun namanya tidak aku ketahui, namun aku rasakan ini yang terbaik untuk aku...

Ya, Setelah aku dilepaskan Cahaya Keteguhan dan Cahaya kemuliaan, aku mulai putus asa atas apa sahaja kemahuan seorang lelaki kepada kaum perempuan. Bersama, berdua... aku tidak lagi memikirkan untuk ke arah itu. Setelah lama aku kesunyian, Allah uji hatiku sekali lagi dengan kehadiran dia... Dia...

Hujan mulai lebat, aku masuk ke dewan kuliah. Aku ambil tempat duduk ku. Dan sebelum aku tahu, dia berada dihadapanku. Menerjaku dengan pertanyaan mata pelajaran. Aku tergamam sebentar. Senyuman yang begitu manis, yang biasa aku nikmati sejauh pandanganku, kini... berada di hadapanku. Aku pejamkan mata, tenangkan hati dan memang seperti yang aku sangka, suatu hari pasti Allah akan berikan aku ujian seperti ini... Aku tenang dan jawab pertanyaannya. "terima kasih..."... masih teriang di hatiku...

Aku keluar, memandang langit yang gelap, menitiskan rintih hujan yang lalu... "Ha... Kau uji hatiku sekali lagi... Seperti Cahaya Kemuliaan, seperti Cahaya Kemahsyuran... Aku tidak akan gagal lagi dalam ujian yang sama, ujian yang datang dari Kau... Kerana aku tahu, ia akan merosakkan aku jika aku meneruskan perasaan ini. Cukup lah sekadar dia menjadi pemanis hari hariku... cukuplah dia sekadar motivasi diriku untuk ke kuliah... Cukuplah... kerana seperti apa yang aku selalu katakan kepadaMu Ya Allah, sudah tiada cinta ku dapat selain dari Mu... Aku yakin Kau sudah sediakan apa yang digelar 'jodoh' untuk ku. Dan aku tahu apa yang perlu aku lakukan untuk masa depanku..."

Dengan ini, dengan rasa yang sama aku lalui dengan mereka mereka ini... Aku berputus asa, dengan perasaanku... Kerana aku yakin, aku masih ada Dia, Allah, Tuhan yang Maha Esa... Dia, perempuan itu, perempuan yang manis dengan senyuman itu... "Senyumlah, kerana apa aku rasakan itu adalah terbaik darimu untuk aku terima. Dan aku harap, selagi masih ada nyawa bersama aku, senyuman itu sentiasa dapat aku nikmati..."

"Terima Kasih, kalau malam ni aku dapat jawab, aku..." Sama-sama...

Sunday, August 12, 2007

Saw 4 : Trailer or vlip...

Heh, aku tau ramai tak tau sangat citer ni... dia mengisahkan seorang pembunuh yang tak bunuh orang... haha... malas nak citer... cari kat www.wikipedia.org... aku just nak bagitau yang trailer citer ni dah kluar... bukan trailer sangat pun... dia buat macam vclip je... ok, enjoy.... citer ni akan kluar kat panggung pada 26 Oktober 2007. tak pasti kat malaysia ada ke tak... koz aku tak pernah dengar citer saw ada kluar kat panggung...


http://view.break.com/346234 - Watch more free videos


Untuk maklumat lanjut gi kat...

http://en.wikipedia.org/wiki/Saw_IV#Sequel_.28Saw_V.29

Camping syok gler...

Heh, hari ni sebenarnya hari untuk post mortem sempena camping KAR anjuran SRCUTM, Kelab Rekreasi UTM. Pada 3hb sehingga 5hb Ogos 2007 hari tu, aku gi camping. Syok gler ah... Penat tu memang la tapi memang puas hati. Tapi kitorang buat tak jauh pun, dalam Hutan Rekreasi UTM je. Heh...

Hari pertama sampai campsite... tak buat ape2 aktiviti pun koz sume sibuk pasang khemah dan masak... Pada malam hari yang best... Kitorang buat Nightwalk. Wakaka... Ni pengalaman sesat aku. Bayangkan, kitorang dari Hutan Rekriasi UTM nak ke Balai Cerap, tempat puncak UTM... Alih-alih sesat sampai Tol Skudai... Wakaka... tapi group aku memang best, semua muka tenang je walaupun sesat. Bertolak pukul 10.30mlm sampai kat UTM pukul 7pg aku rasa... Muahaha... tu pun fesi jemput kat tol skudai tu... Yang aku rasa best bila tengok bro Azim dengan Hajjar 'cekal' cari jalan keluar nak ke balai cerap... tabik spring kat dorang...

Dan pagi tu hari kedua memang ahli kumpulan aku dah penat gler dah. tapi disebabkan kami masing-masing cekal, kitorang teruskan jugak dengan aktiviti mountain bike. Waa... best gler turun bukit naik mountain bike. Dua kali aku hampir nak langgar pokok tapi disebabkan semangat yang wajar (wakaka...) aku tak eksiden. Ingat, jangan guna brek dengan melulu terutama brek depan... kalau tak, korang lagi laju dari basikal korang.

Pas tu aktiviti kayak... tak banyak nak komen koz aku kureng sikit aktiviti ni. Hee... Then makan tengah hari then solat (ni pun tak payah citer pun korang tau la kan...) Then ada aktiviti asceiling, fyling fox dan climbing wall. tak payah citer la best ke tak aktiviti ni... memang best gler... Bila aku buat asceiling baru aku tau betapa gayatnya aku, tapi bila aku cekalkan hati... pergh... baru rasa nikmat aktiviti asceiling ni... Rock climbing pun apa kurang... syok gak. Cuma tangan aku tak cukup macho nak capai atas... Huu...

Malam tu takde aktiviti coz kumpulan aku punya pasal.. ye la... dah sesat... fesi yang rescue kitorang pun dah penat gler... jadi, aktiviti malam tu ialah tido... huahaha...

Esok paginya ada compass matching. Hm... dorang bagi kompas dan peta. Kitorang kena pergi satu kumpulan sendiri... sesat lagi nasib la... tapi ada la sorang fesi yang ikut... just ikut... Theva, lu memang best...

dan petang tu ada sesi macam kuliah sket la... pertolongan cemas... well, benda ni penting koz malang tak berbau... then apa lagi. Bungkus barang dan balik...

Anyway, sejak aku masuk UTM, aktiviti ni yang paling seronok yang aku pernah pergi. Rasanya paling seronok dalam hidup aku. Koz aku puas dengan rasa penat yang diberi oleh aktiviti ni... dan sekurang-kurangnya aku tahu, selain perempuan, banyak lagi yang lebih seronok untuk kita cuba... haha.. jiwang...

Insyaallah 30hb ni dorang nak buat trekking kat Gunung... lupa la... tapi kat Negeri Sembilan... dengar kat sana ada air terjun Kijang... lupa lagi... nanti aku ingat aku bagitau... heh, penat memang penat tapi bagi aku... berbaloi kalau kita dapat sesuatu daripadanya...

Nanti bila aku balik dari xpdc kat N9 tu aku akan citer lagi... Sory, gambar takde lagi la untuk camp KAR ni... nanti ada aku upload... k...

Habeh...

Tuesday, August 7, 2007

JL BM WEEK 1 : Jomlayan : Layanan Mesra di mana jua...

Akhirnya, ia bermula... Heh... Anyway, selamat datang sekali lagi kepada korang yang melawat blog aku ni. Hari ni aku bercerita pasal satu forum yang dah lama aku join, yang menjadikan aku forumer dan yang dah lama membantu aku untuk teruskan hidup dengan benda-benda yang aku minat dan orang-orang yang aku sayang.

BUH LE APE PUN TAJUK


Ini adalah banner rasmi pertandingan JL Blogger Jomlayan dan aku salah sorang peserta yang bertanding di dalam blog ni. heh, apa yang aku cuba katakan ialah tahukah korang, sangat susah rasanya untuk cari satu forum yang betul-betul aktif dengan aktiviti. Haha, kalau ada komen kat sini, ble aku blah forum lain... jangan marah tempe... rilekz.... gurau je...

BUH LE APE PUN TAJUK


Hm, nak start macam mana ek... korang minat sejarah ke... kalau nak tau sejarah tentang jomlayan, gi la kat sini.


Aku citer pasal konsep forum ni dulu. Tag bagi forum ni adalah Layanan Mesra dimana jua. Bermakna korang akan mendapat layanan mesra bila melawat forum ni. Heh, bagi aku dorang dah buktikan yang dorang adalah forum yang mesra dan layan.
Dalam forum jomlayan ini dibahagikan kepada beberapa tajuk yang dipanggil Bod atau forum. Antara bod-bod yang ada dalam forum jomlayan ialah... (korang kalau nak tengok apa ada kat bod ni ble la klik je kat perkataan tu. Aku dah buat link untuk korang ;p)
JomLayan

Heh, penat menge'list'kan. Kalau korang perhatikan, setiap bod memiliki kelebihan dan kegunaan masing-masing, bergantung kepada minat korang. Suka kereta, Layan Kereta Dan Motor, ada masalah peribadi, Personal Problem boleh membantu. Kat bod ni aku nyer faveret forumer ialah dasyu, hazel dan wildcempaka. Heh, manusia tak lari dari masalah peribadi.

JomLayan

Bagi korang yang suka buat duit atau terlibat dalam jualbeli saham, boleh melawat Bursa Saham dan Layan Niaga. Kat sana ada baguznet dan GENG JAHAT dan ramai lagi sedang tunggu korang untuk membantu kalau korang ada masalah ke dalam dunia saham dan perniagaan ni. Jangan risau, dorang memang best dan peramah. Hm, aku tak aktif sangat kat bod ni koz aku tak rasa nak menjinakkan diri aku dalam perniagaan lagi... :p

JomLayan

Bagi yang ada masalah komputer dan internet, Layan Teknologi Dan Internet boleh membantu korang. Aku ingat lagi bila mula-mula aku nak download video kat www.youtube.com , dorang la yang tolong aku dan sekarang, macam orang giler aku men'download'. Huhu... Tapi kat bod ni yang best adalah Layan Blog. Heh, takde tempe, aku rasa tak hidup blog aku ni. Dan pertandingan JL Blogger Mania ni pun datangnya dari Bod ni.

JomLayan

Hah, mood jiwang aku datang. Heh, selalunya aku lepaskan kat Personal Problem, dan Layan Perasaan/ kawan cyber. Kat sini ramai yang jiwang macam aku. Layankan je... Dan kalau korang mahu memahami lebih mendalam tentang lelaki dan perempuan, gi la kat Dunia Wanita.. Dunia Lelaki. Just tanya, aku pasti ada orang akan tolong jawabkan. Heh, bod faveret aku...

JomLayan

Perlukan hiburan, gi la kat Studio Jalan Ampas. Kat sana korang nak berteka-teki ke, nak baca lawak ke, atau nak berkuiz ke dan yang paling perempuan suka, nak bergosip ke... sume ada kat sini... huhu...

JomLayan

Heh, jangan risau sangat kalau korang masih baru, freshie atau beginner dalam berforum. Dorang ada sediakan Akademi Forum JomLayan untuk korang memahami apa ada kat Jomlayan dan sapa-sapa yang masih baru tu gi la berkenal-kenalan dengan senior jomlayan kat Layan Kenal

JomLayan

Huu... letih nak citer sume. Korang leh gi lawat forum tu kalau korang tekan banner yang aku sediakan di sepanjang posting aku ni... heh... jumpa korang kat sana... oh ye, nick aku kat sana Squall_pka1. Ingat, layanan mesra di mana jua...

Forumer-forumer jomlayan... yang takde sorry ek... internet kat sini macam ada masalah, aku nak upload macam susah... ;p




BUH LE APE PUN TAJUK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...