Akhirnya, ia bermula... Heh... Anyway, selamat datang sekali lagi kepada korang yang melawat blog aku ni. Hari ni aku bercerita pasal satu forum yang dah lama aku join, yang menjadikan aku forumer dan yang dah lama membantu aku untuk teruskan hidup dengan benda-benda yang aku minat dan orang-orang yang aku sayang.
Ini adalah banner rasmi pertandingan JL Blogger Jomlayan dan aku salah sorang peserta yang bertanding di dalam blog ni. heh, apa yang aku cuba katakan ialah tahukah korang, sangat susah rasanya untuk cari satu forum yang betul-betul aktif dengan aktiviti. Haha, kalau ada komen kat sini, ble aku blah forum lain... jangan marah tempe... rilekz.... gurau je...
Hm, nak start macam mana ek... korang minat sejarah ke... kalau nak tau sejarah tentang jomlayan, gi la kat sini.
Aku citer pasal konsep forum ni dulu. Tag bagi forum ni adalah Layanan Mesra dimana jua. Bermakna korang akan mendapat layanan mesra bila melawat forum ni. Heh, bagi aku dorang dah buktikan yang dorang adalah forum yang mesra dan layan.
Dalam forum jomlayan ini dibahagikan kepada beberapa tajuk yang dipanggil Bod atau forum. Antara bod-bod yang ada dalam forum jomlayan ialah... (korang kalau nak tengok apa ada kat bod ni ble la klik je kat perkataan tu. Aku dah buat link untuk korang ;p)- Dunia Islam
- Layan Usahawan
- Intro
- Layan Sana Sini
- Layan Info
- Layan Di Pihak Anda
- Layan Sembang
- Layan Borak
- Layan Student Discussion
- Personal Problem
- Layan Diskus Keluarga
- Layan Perasaan/ kawan cyber
- Layan Angin Topan
- Layan mak lampir / momok/ Kisah Seram
- Layan LapanBelas
- Layan Minat
- Layan Hobi
- Layan Komik / Novel
- Layan Fotografi
- Layan Kereta Dan Motor
- Layan Masakan / Petua
- Layan Sukan
- Layan Kembara
- Studio Jalan Ampas
- Layan Dialek Malaysia
- Layan Teknologi Dan Internet
- Dunia Wanita.. Dunia Lelaki
- Opis
Heh, penat menge'list'kan. Kalau korang perhatikan, setiap bod memiliki kelebihan dan kegunaan masing-masing, bergantung kepada minat korang. Suka kereta, Layan Kereta Dan Motor, ada masalah peribadi, Personal Problem boleh membantu. Kat bod ni aku nyer faveret forumer ialah dasyu, hazel dan wildcempaka. Heh, manusia tak lari dari masalah peribadi.
Bagi korang yang suka buat duit atau terlibat dalam jualbeli saham, boleh melawat Bursa Saham dan Layan Niaga. Kat sana ada baguznet dan GENG JAHAT dan ramai lagi sedang tunggu korang untuk membantu kalau korang ada masalah ke dalam dunia saham dan perniagaan ni. Jangan risau, dorang memang best dan peramah. Hm, aku tak aktif sangat kat bod ni koz aku tak rasa nak menjinakkan diri aku dalam perniagaan lagi... :p
Bagi yang ada masalah komputer dan internet, Layan Teknologi Dan Internet boleh membantu korang. Aku ingat lagi bila mula-mula aku nak download video kat www.youtube.com , dorang la yang tolong aku dan sekarang, macam orang giler aku men'download'. Huhu... Tapi kat bod ni yang best adalah Layan Blog. Heh, takde tempe, aku rasa tak hidup blog aku ni. Dan pertandingan JL Blogger Mania ni pun datangnya dari Bod ni.
Hah, mood jiwang aku datang. Heh, selalunya aku lepaskan kat Personal Problem, dan Layan Perasaan/ kawan cyber. Kat sini ramai yang jiwang macam aku. Layankan je... Dan kalau korang mahu memahami lebih mendalam tentang lelaki dan perempuan, gi la kat Dunia Wanita.. Dunia Lelaki. Just tanya, aku pasti ada orang akan tolong jawabkan. Heh, bod faveret aku...
Perlukan hiburan, gi la kat Studio Jalan Ampas. Kat sana korang nak berteka-teki ke, nak baca lawak ke, atau nak berkuiz ke dan yang paling perempuan suka, nak bergosip ke... sume ada kat sini... huhu...
Heh, jangan risau sangat kalau korang masih baru, freshie atau beginner dalam berforum. Dorang ada sediakan Akademi Forum JomLayan untuk korang memahami apa ada kat Jomlayan dan sapa-sapa yang masih baru tu gi la berkenal-kenalan dengan senior jomlayan kat Layan Kenal
Huu... letih nak citer sume. Korang leh gi lawat forum tu kalau korang tekan banner yang aku sediakan di sepanjang posting aku ni... heh... jumpa korang kat sana... oh ye, nick aku kat sana Squall_pka1. Ingat, layanan mesra di mana jua...
Forumer-forumer jomlayan... yang takde sorry ek... internet kat sini macam ada masalah, aku nak upload macam susah... ;p
Forumer-forumer jomlayan... yang takde sorry ek... internet kat sini macam ada masalah, aku nak upload macam susah... ;p