Heh, hari ni sebenarnya hari untuk post mortem sempena camping KAR anjuran SRCUTM, Kelab Rekreasi UTM. Pada 3hb sehingga 5hb Ogos 2007 hari tu, aku gi camping. Syok gler ah... Penat tu memang la tapi memang puas hati. Tapi kitorang buat tak jauh pun, dalam Hutan Rekreasi UTM je. Heh...
Hari pertama sampai campsite... tak buat ape2 aktiviti pun koz sume sibuk pasang khemah dan masak... Pada malam hari yang best... Kitorang buat Nightwalk. Wakaka... Ni pengalaman sesat aku. Bayangkan, kitorang dari Hutan Rekriasi UTM nak ke Balai Cerap, tempat puncak UTM... Alih-alih sesat sampai Tol Skudai... Wakaka... tapi group aku memang best, semua muka tenang je walaupun sesat. Bertolak pukul 10.30mlm sampai kat UTM pukul 7pg aku rasa... Muahaha... tu pun fesi jemput kat tol skudai tu... Yang aku rasa best bila tengok bro Azim dengan Hajjar 'cekal' cari jalan keluar nak ke balai cerap... tabik spring kat dorang...
Dan pagi tu hari kedua memang ahli kumpulan aku dah penat gler dah. tapi disebabkan kami masing-masing cekal, kitorang teruskan jugak dengan aktiviti mountain bike. Waa... best gler turun bukit naik mountain bike. Dua kali aku hampir nak langgar pokok tapi disebabkan semangat yang wajar (wakaka...) aku tak eksiden. Ingat, jangan guna brek dengan melulu terutama brek depan... kalau tak, korang lagi laju dari basikal korang.
Pas tu aktiviti kayak... tak banyak nak komen koz aku kureng sikit aktiviti ni. Hee... Then makan tengah hari then solat (ni pun tak payah citer pun korang tau la kan...) Then ada aktiviti asceiling, fyling fox dan climbing wall. tak payah citer la best ke tak aktiviti ni... memang best gler... Bila aku buat asceiling baru aku tau betapa gayatnya aku, tapi bila aku cekalkan hati... pergh... baru rasa nikmat aktiviti asceiling ni... Rock climbing pun apa kurang... syok gak. Cuma tangan aku tak cukup macho nak capai atas... Huu...
Malam tu takde aktiviti coz kumpulan aku punya pasal.. ye la... dah sesat... fesi yang rescue kitorang pun dah penat gler... jadi, aktiviti malam tu ialah tido... huahaha...
Esok paginya ada compass matching. Hm... dorang bagi kompas dan peta. Kitorang kena pergi satu kumpulan sendiri... sesat lagi nasib la... tapi ada la sorang fesi yang ikut... just ikut... Theva, lu memang best...
dan petang tu ada sesi macam kuliah sket la... pertolongan cemas... well, benda ni penting koz malang tak berbau... then apa lagi. Bungkus barang dan balik...
Anyway, sejak aku masuk UTM, aktiviti ni yang paling seronok yang aku pernah pergi. Rasanya paling seronok dalam hidup aku. Koz aku puas dengan rasa penat yang diberi oleh aktiviti ni... dan sekurang-kurangnya aku tahu, selain perempuan, banyak lagi yang lebih seronok untuk kita cuba... haha.. jiwang...
Insyaallah 30hb ni dorang nak buat trekking kat Gunung... lupa la... tapi kat Negeri Sembilan... dengar kat sana ada air terjun Kijang... lupa lagi... nanti aku ingat aku bagitau... heh, penat memang penat tapi bagi aku... berbaloi kalau kita dapat sesuatu daripadanya...
Nanti bila aku balik dari xpdc kat N9 tu aku akan citer lagi... Sory, gambar takde lagi la untuk camp KAR ni... nanti ada aku upload... k...
Habeh...