Followers

Gamers

Wednesday, August 29, 2007

Cerita sedih yang...

28 Ogos 2007
Jam menunjukkan pukul 11.30mlm. Aku sedang berada di hadapan lampu isyarat dengan enjin keretaku mati, menyebabkan aku tersadai di tengah-tengah jalan raya. Aku berulang kali cuba untuk menghidupkannya tapi tidak berjaya.

"L, bukan di sini tempatnya, bukan di sini masanya... tolonglah hidup... ya Allah... hiduplah..."

Aku seperti orang gila memekik memanggil keretaku untuk hidup semula namum hampa. Perjalanan balik dari Larkin yang ku sangkakan tidak sampai setengah jam menjadi lebih satu jam. Deruan bunyi hon mulai membingit di belakang namun tidak aku hiraukan.

Lampu 'hazard' yang ku pasang mulai layu.Aku mula berputus asa, jam menunjukkan pukul 12.00pagi...

"Bateri weak la ni..."

Keretaku hilang punca hidupnya. Aku mula menyandar di kerusi memandu memandang langit yang gelap. Hujan mulai turun. Dalam sayup-sayup deruan angin aku lihat bulan mengambang. Agak pelik bagiku awan yang begitu tebal namun aku mampu melihat bulan. Aku terhibur dengan sinarnya, membuatkan aku selesa berada dalam keadaan genting itu...

Kemudian aku pandang keliling, mungkin ada akal yang mampu menyelesaikan masalahku ini. Ku lihat kereta tunda disebelahku yang sedang asyik menantikan lampu hijau. Lantas aku keluar dari kereta dan cuba untuk meminta bantuan.

"Bro, boleh tolong tak? Kereta tak boleh start la. Bateri weak. Boleh tak mintak tolong jumperkan bateri..."

Lelaki yang kugelarkan bro itu senyum dan mengangguk menandakan setuju. Lantas aku pun mengambil wayar jumper di belakang keretaku sambil Bro itu cuba untuk mengambil tempat agar lori tundanya berada pada posisi sesuai. Tak sampai 5 minit, kereta aku hidup kembali. Aku mengucapkan terima kasih kepada Bro tu dan dia pun berlalu pergi. Alhamdulillah, selesai satu masalah.

Jam menunjukkan pukul 12.30pagi. Aku tergamam sambil keretaku menuju ke destinasi yang patut aku tuju, universiti. Bila mengenang kembali apa yang berlaku tadi, hatiku rasa tidak mahu pulang. Hm, mungkin kerana undang-undang universiti yang menghadkan kemasukan pelajar pada tengah malam. Tapi secara jujur, aku peduli apa dengan undang-undang, cuma aku tak mahu pulang sekarang. Hatiku rasa tidak sedap. Aku rasa aku mahu berjalan-jalan menikmati angin malam.

Hatiku tidak sedap... Mungkin kerana hal kawan baik ku tadi. Sebenarnya aku ke Larkin adalah untuk menghantar kawan baik ku ke stesen bas. Dia, setelah lama aku tidak berjumpa tiba-tiba muncul hari ini. Kami semasa sama-sama belajar dahulu banyak berkongsi minat, kiranya memang dah macam adik beradik dah. Dan seperti biasa, bila berjumpa kami akan berbual tentang diri masing-masing. Bila aku dengar kisah dia buat aku rasa sebak. Hm, entahlah. Fikiranku bercelaru...

Aku berhenti di sebuah kedai makan 24 jam. Berehat untuk makan dan minum kerana sejak pagi tadi aku tidak jamah walau sedikit makanan pun kerana lewat untuk ke kuliah. Mataku mengalih pandangan ke arah televisyen. Asyik dengan rancangan kegemaranku, WWF. Kemudian beralih melihat liga bola sepak. Apabila aku merasakan mataku letih, aku lihat bulan.

"Mana aku pergi kau pasti ada bersama aku. Terima kasih..."

Aku tersenyum sendiri. Hah, gila bercakap dengan diri sendiri. Malam ni cukup buat aku merasa tegang namun atas sinar bulan anugerah Tuhan ini, aku mampu tersenyum sendiri dan merasa tenang. Angin malam yang lembut mula membelai mataku yang keletihan. Aku lihat jam.

Jam 6.00pagi. Hm, hari ini kuliah pukul 10 pagi. Aku membayar teh tarik dan roti canai untuk sarapan pagi tadi dan terus ke keretaku.

"Hah...! Sekali lagi..."

Keretaku hilang punca sekali lagi. Aku mulai bingung, mundar mandir melihat kerenah keretaku. Aku pandang langit, sinar yang menenangkan itu masih ada bersamaku. Aku senyum...

"Tak pe, aku masih punya teman..."


Kulihat ada cyber cafe masih buka. Aku masuk ke dalam untuk melayari internet dan...
Di sinilah aku, menaip apa yang berlaku pada hari ini... Jika ditanyakan pendapat aku tentang hari ini.. Hm, aku tak fikir ianya hari yang malang mahupun hari yang baik... Kerana malam yang ku lalui ini mempunyai banyak makna yang aku sendiri tak pasti... Kata orang setiap kejadian ada hikmah... Aku perlu pergi, nampaknya ada insan mahu membantu aku. Heh, aku perlu memikirkan sesuatu tentang masalah kereta aku ni... Tapi bila fikir balik, hari ini aku terlalu mengikut perasaan... Kalau tidak, masakan aku masih di sini, bercerita tentang apa yang berlaku kepadaku... Aku tewas kepada emosional. Hm, bilakah aku harus bersikap rasional...

Habeh...

Monday, August 27, 2007

Cha Tae Hyun - Goodbye Bridge (Korea)

Heh, lagu ni dipetik dari filem Highway Star... Ye aku tau lagu Korea tapi layan je...

Aku bagi la sinopsis sikit citer ni... Korang pernah tengok citer My Sassy Girl dan My Girl and I tak? Heh, hero citer tu, Cha Tae Hyun sebagai Dal Ho, penyanyi rock yang menyanyi di sebuah bar. Satu hari datang seorang Ketua Syarikat Rakaman, Jang (Lim Chae Moo) menawarkan kontrak kepada Dal ho. Mengenangkan yang peluangnya sudah tiba untuk menjadi seorang yang popular, dia berhijrah dan setibanya dia di syarikat rakaman tersebut, dia mendapati Jang menawarkan dia sebagai penyanyi Trot (lagu macam zaman pop yeh yeh dulu...). Atas sebab dia tidak boleh membatalkan kontrak, dia menyanyi la jugak lagu Trot tu.

Dan bila sampai masa untuk dia membuat persembahan, dia memakai topeng kerana malu menyanyi lagu Trot. Selepas tu dia jadi popular koz takde orang lain yang buat macam dia... macam Amuk la pulak... So, macam mana dengan kehidupan Dal Ho selepas itu. Dapat ke dia bawa lagu Trot tu... Korang gi la kedai cari citer ni... Jangan kata aku rekemen lak, aku just nak rekemen lagu dia je... Hehe...

So, layan la lagu Trot Korea ni...



Tu versi Trot ( lagu pop lama korea, ala macam pop yeh yeh lew....) yang ni versi trot + rock...



heh... jiwang lagu ni... so amaran keras, sapa tak jiwang di larang keras mendengar lagu ini... terima kasih...

Oh ye, sapa nak tengok citer ni ble gi kat sini...

http://stage6.divx.com/user/dlokei/video/1282551/Highway-Star-(K-Drama)

Peace!

Friday, August 24, 2007

Kepala aku ada ape...?

Hm... Isnin ni dah start kuliah... boring... heh, bila fikir balik sejak aku kecil lagi aku memang tak suka gi sekolah or yang sewaktu dengannya... even aku fikir macam tu, aku still pegi, coz aku dapat lihat senyuman mak aku yang sentiasa senang lihat aku selamat balik dari skool... tapi bila aku dah start masuk kolej matrik, aku mula hilang rasa nak gi kelas or kuliah... same la macam aku masuk UTM ni... heh, pemalasnya aku.. tetapi even aku tak suka aku gi gak kuliah... nape... aku pun tak faham kenapa aku buat benda yang aku tak suke ni...

Anyway, hari Khamis ni ada ujian... Peh, kena la study lebeh sket... N ni salah satu reason napa cuti midsem ni aku tak balik rumah... Rasanya mak aku tengah bising kat rumah tengok aku tak balik time cuti... heh...

Aku ada gak reason lain napa aku taknak balik... huhu... Khamis ni aku nak gi xpdc ke Gunung Besar Hantu kat Negeri Sembilan... N dah memang jauh tempatnya, jadi ongkosnya pun tinggi la jugak nak ke sana... So, aku keje part-time kat Persada Johor... Ok la jugak penat, dapat RM6 sejam n sehari dapat 8 jam... ble la tampung sket xpdc aku nanti... huhu...

Aku tengok pc aku ni, hard disk dia dah makin kurang... haha, nampaknya kene la cari harddisk baru... oh, hold dulu... sengkek dah aku bulan ni... so aku decided tak beli... huhu...

heh, jiwang section la pulak... Ye, dah 2 tahun rasanya aku dah tak berkecimpung dalam era per'kapel'an ni... huhu... ye memang sunyi tapi apa daya aku... aku tak fikir dengan mencari satu akan selesaikan masalah sunyi aku ni... coz dulu time aku ada awek pun bukan aku jaga sangat pun, busy dengan keje2 kat UTM ni... huhu... so aku decided untuk taknak cari walau apapun reasonnya... Leceh lew... koz kene ada komitmen bende2 macam ni...

Hm, banyak benda dalam kepala aku yang aku nak tulis kat sini tapi macam tak leh lak koz private sangat... huhu... k la... saje buang masa tulis benda ni...

Monday, August 20, 2007

JL BM WEEK 3 : Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 50, Malaysia...

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us



M
erdeka...! Heh, dah 50 tahun negara kita, negara Malaysia merdeka... Melihat negara kita yang berbilang kaum hidup dengan aman dan damai, rasanya susah nak percaya yang sehingga kini kita masih lagi berada di sebuah negara yang merdeka... Heh, tahniah kepada negara kita, negara Malaysia...


Anyway, aku bukannya seorang penulis artikel yang bagus, tapi aku akan cuba... So, sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 ni, aku nak bawak korang merentasi masa melihat macam mana negara kita mencapai kemerdekaan selepas perang dunia ke 2...

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Bermulanya
di sini... Negara Kita...

Aku percaya cerita kemerdekaan Malaysia bermula selepas Perang Dunia ke 2. Selepas tentera Jepun balik kampung pada 12 September 1945, pihak British datang balik ke Tanah Melayu dan membentuk Kesatuan Malaya pada 1 April 1946. Namun, kesan daripada Perang dunia ke 2 dan beberapa perkara yang pihak British lakukan membuatkan penduduk Tanah Melayu pada ketika itu merasa marah dan menentang pihak British. Apa yang membuatkan aku percaya bahawa nenek moyang kita mulai sedar akan kepentingan kemerdekaan kita pada masa Kesatuan Malaya diperkenalkan ialah mereka mulai bangkit menentang pihak British sehingga Kesatuan Malaya dibubarkan. Dan di sinilah perjuangan anak Melayu bermula...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union

Gagasan Kesatuan Malaya



Bagi menganti Kesatuan Malaya, Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan. Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan negeri-negeri Melayu dan dua penempatan British iaitu di Pulau Pinang dan Melaka. Seperti Kesatuan Malaya, Singapura tidak termasuk di dalam Persekutuan Tanah Melayu. Melalui persekutuan inilah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Persekutuan Tanah Melayu



Persekutuan ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British dan pada 31 Ogos 1957. Pada 1963, Persekutuan tanah Melayu bersama-sama dengan Singapura, SarawakBorneo Utara (yang dinamakan semula sebagai Sabah) membentuk sebuah persekutuan baru bernama Malaysia. Singapura kemudiannya keluar dari Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965.

31 Ogos 1957, Kemerdekaan Tanah Melayu



heh, tu serba ringkas tentang sejarah kemerdekaan negara Malaysia...

Nak tau lebih lanjut ble gi...
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia
http://www.malaysia.or.kr/history.htm

Heh, sorry kalau fakta ni terlalu ringkas. Aku kalau bab sejarah ni 'fail' sket. Anyway, aku just bagi apa yang aku rasa aku faham dan ianya adalah fakta...

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Malaysia, Sudah 50 Tahun...

Dah 50 tahun ke...? Bila aku tengok sekarang dah tahun 2007, macam tak percaya umur kemerdekaan negara Malaysia dah 50 tahun. Tahun ni kemerdekaan negara di sambut sepanjang tahun 2007 berikutan dengan Tahun Melawat Malaysia 2007. Heh, patutlah tahun ni punya logo kemerdekaan macam logo perlancongan. Well, sudah semestinya tahun ini adalah tahun yang meriah, mana taknya, setahun perayaan di sambut...



Antara tujuan kemerdekaan Malaysia yang ke 50 di sambut adalah : -
  • Untuk mengenang kembali jasa tokoh-tokoh kemerdekaan yang tidak mengenal penat memperjuangkan kemerdekaan negara kita.
  • Mengadakan pelbagai aktiviti menarik, terancang dan berterusan sepanjang tahun bagi menarik pelancong domestik dan luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.
  • Mewujudkan suasana meriah dan harmoni di Malaysia walaupun berhadapan dengan masalah-masalah kecil.
  • Perayaan yang 'mesti sambut' oleh semua rakyat Malaysia. Jadi kalau tak rakyat Malaysia tak meriahkannya, siapa lagi...
Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Merdeka...?

Merdeka, merdeka ke aku... Anyway, bagi aku, masih belum merdeka lagi aku... Even negara aku dah lama merdeka tapi aku masih belum... Bagi aku merdeka adalah sesuatu yang tidak terikat dengan apa-apa. Meaning kita bebas dari apa jua halangan. Tak kiralah emosi ke, mental ke, fikiran ke... Ya, Malaysia merdeka kerana kerajaan kita bebas untuk menggubal undang-undang tanpa ada sekatan dari luar, tapi adakah kita masih merdeka selaras dengan negara kita. Tengoklah generasi muda kita, ramai mulai terpengaruh dengan budaya luar. Ya, memang ada yang baik, tapi kebanyakkan yang di ikuti adalah yang buruk. Penjajahan minda aku rasa.

Heh, jajah vs merdeka. Bermakna kalau kita dijajah, bermaksud kita tidak merdeka... tapi sebagai manusia, mana mungkin kita akan merdeka... Kerana kita sentiasa ada Tuhan untuk kita patuh dan turut. Ia bukannya sesuatu yang tidak baik kalau kita tidak merdeka kerana agama, malah takde keburukan pun kepada kita jika kita tidak merdeka kerana-Nya... Manusia bukan... siapalah kita...

Bila tiba hari kemerdekaan, memang normal bagi aku untuk sambut di rumah, di depan televisyen. Kenapa, well, aku tak berkenan pergi lewat malam berasak-asak semata-mata nak tunggu detik 12 tengah malam. Aku bukan nak kata aku ni baik tapi aku tak rasa itu sesuatu yang baik untuk aku buat. Bagi aku cukup sekadar mengatakan "Alhamdulillah" kepada Allah kerana sehingga kini Malaysia masih mampu bebas dari penjajah. Tapi lain orang lain pendapat kan. Heh, taknak ceramah lagi...

Anyway, Malaysia... sejak aku lahir, aku lihat macam mana negara ini membangun. Dari sebuah negara yang tak moden sehingga negara yang sedang membangun. Tahun 2020 adalah penentu untuk negara ini pergi lebih jauh dari apa yang dia ada sekarang. Malaysia, aku sentiasa duduk di sampingmu melihat kemana arah tujuanmu... Melihat kemana pergerakanmu... Keranamu Malaysia adalah sumber kehidupanku dan kehidupan keturunanku... (jiwang...?)

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

javascript blinking text - http://www.blinkingtextlive.com

UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.com UTK MENGUNDI.



Jadi inikah rasa... Cinta...?

*psst... untuk Dasyu... aku takde awek la sayang, tu sebab aku bebas untuk rasa cinta dengan ko... huhu.... n harap... heh...

Wahai cinta hatiku, inilah 'sayang' ku kepadamu...

http://dasyu.blogspot.com/2007/08/kau-yang-ku-sayang.html

Di saat ku hilang dalam hidupku, kau hadir...
Di hujung pandanganku, kau lintas...
Membuatku rasa, oh ini...
Ini, inikah cinta...

Namun mengapa kau, seperti...
Hilang, seperti aku, hilang...
Senyumanmu ku tatap manis,
namun mengapa ianya seakan kosong...
Wajahmu kulihat jelita,
namun mengapa ianya seakan tiada seri...
Hatimu kurasakan suci,
namun mengapa...
Ya Tuhan, mengapa kau siksa dia dengan perasaan seperti ku alami...

Ya Tuhan... dia...
Aku mahu... dia...
Aku ingin... dia...
Aku hendak... dia...

Dan sebelum aku sedar,
Aku sudah... dia...
Aku sudah cintakan dia...?
...

Cinta...
Seperti ada hubungannya dengan hatiku...
Di saat ku merasakan dia letih,
hatinya ku berikan sayang...
Di saat ku rasakan dia pudar,
hatinya ku berikan cinta...
Di saat dia merasakan dingin,
hatinya ku peluk erat dengan kasih...
Namun lelaki seperti aku,
mengapa perlu aku beri segalanya kepada dia...?
Cinta, jadi inikah rasa cinta...?

Cinta,
Seperti apa pada diriku hanya untuknya...
Di saat dia merasa wajahnya mendung,
Ku sinarkan cahaya cinta untuknya...
Di saat dia merasa matanya gelita,
Ku siarkan bintang kejora untuknya...
Di saat dia merasa hatinya yang sepi,
Ku hadir untuk menemaninya...
Namun lelaki seperti aku,
mengapa perlu korbankan segalanya untuk dia...?
Cinta, jadi inikah rasa cinta...?

Setiap masa aku rindukannya...
Setiap detik kesetiaanku untuknya...
Setiap saat ku rasa sayang kepadanya...
Setiap diriku, ku rasakan harapan untuknya...
Cinta, jadi inikah rasa cinta...?

Namun, adakah aku lelaki yang mahukan dia...?
Tanpa ku sedar, aku lafazkan rindu ku kepadanya...
Namun, adakah aku lelaki yang dapat mengembirakannya...?
Tanpa ku sedar, aku ceriakannya hanya untuk senyumannya...
Namun, adakah sayangku hanya untuknya...?
Tanpa ku sedar, sayangku tersemai di hatinya...
Namun, adakah aku lelaki yang sesuai untuknya...?
Tanpa ku sedar, setia, jujur dan ikhlas ku selit di setiap kata untuknya...
Cinta, jadi inilah rasa cinta...

Jadi inilah rasa cinta...
Sebelum ku sedar, senyumannya penuh dengan ceria...
Sebelum ku sedar, wajahnya kian berseri...
Sebelum ku sedar, hatinya penuh dengan kesucian...
Jadi inilah rasa cinta...

Merasa untuk di sayang, di kasih, di cinta...
Merasa untuk bahagia, damai dan ceria...
Jadi inilah rasa cinta...

Wahai sayangku, sayang ini milikmu...
Wahai kekasihku, kasih ini milikmu...
Wahai cintaku, cinta ini milikmu...
Kini ku yakin, cinta, inilah rasa cinta...
Rasa yang ku sendiri dahulu tidak pasti...
Rasa yang ku sendiri tidak tahu yang aku mahukannya...
Kini ku pasti, dengan rasa ini,
Aku mahu bersamamu selamanya...

Jadi inilah rasa cinta...
Wahai kau yang ku cinta...
Jadi inilah rasa di kau...
Cinta...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...