Merdeka...! Heh, dah 50 tahun negara kita, negara Malaysia merdeka... Melihat negara kita yang berbilang kaum hidup dengan aman dan damai, rasanya susah nak percaya yang sehingga kini kita masih lagi berada di sebuah negara yang merdeka... Heh, tahniah kepada negara kita, negara Malaysia...
Anyway, aku bukannya seorang penulis artikel yang bagus, tapi aku akan cuba... So, sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 ni, aku nak bawak korang merentasi masa melihat macam mana negara kita mencapai kemerdekaan selepas perang dunia ke 2...
Bermulanya di sini... Negara Kita...
Aku percaya cerita kemerdekaan Malaysia bermula selepas Perang Dunia ke 2. Selepas tentera Jepun balik kampung pada 12 September 1945, pihak British datang balik ke Tanah Melayu dan membentuk Kesatuan Malaya pada 1 April 1946. Namun, kesan daripada Perang dunia ke 2 dan beberapa perkara yang pihak British lakukan membuatkan penduduk Tanah Melayu pada ketika itu merasa marah dan menentang pihak British. Apa yang membuatkan aku percaya bahawa nenek moyang kita mulai sedar akan kepentingan kemerdekaan kita pada masa Kesatuan Malaya diperkenalkan ialah mereka mulai bangkit menentang pihak British sehingga Kesatuan Malaya dibubarkan. Dan di sinilah perjuangan anak Melayu bermula...
http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union
http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union
Gagasan Kesatuan Malaya
Bagi menganti Kesatuan Malaya, Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan. Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan negeri-negeri Melayu dan dua penempatan British iaitu di Pulau Pinang dan Melaka. Seperti Kesatuan Malaya, Singapura tidak termasuk di dalam Persekutuan Tanah Melayu. Melalui persekutuan inilah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Persekutuan Tanah Melayu
Persekutuan ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British dan pada 31 Ogos 1957. Pada 1963, Persekutuan tanah Melayu bersama-sama dengan Singapura, SarawakBorneo Utara (yang dinamakan semula sebagai Sabah) membentuk sebuah persekutuan baru bernama Malaysia. Singapura kemudiannya keluar dari Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965.
31 Ogos 1957, Kemerdekaan Tanah Melayu
heh, tu serba ringkas tentang sejarah kemerdekaan negara Malaysia...
Nak tau lebih lanjut ble gi...
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia
http://www.malaysia.or.kr/history.htm
Heh, sorry kalau fakta ni terlalu ringkas. Aku kalau bab sejarah ni 'fail' sket. Anyway, aku just bagi apa yang aku rasa aku faham dan ianya adalah fakta...
Malaysia, Sudah 50 Tahun...
Antara tujuan kemerdekaan Malaysia yang ke 50 di sambut adalah : -
- Untuk mengenang kembali jasa tokoh-tokoh kemerdekaan yang tidak mengenal penat memperjuangkan kemerdekaan negara kita.
- Mengadakan pelbagai aktiviti menarik, terancang dan berterusan sepanjang tahun bagi menarik pelancong domestik dan luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.
- Mewujudkan suasana meriah dan harmoni di Malaysia walaupun berhadapan dengan masalah-masalah kecil.
- Perayaan yang 'mesti sambut' oleh semua rakyat Malaysia. Jadi kalau tak rakyat Malaysia tak meriahkannya, siapa lagi...
Merdeka...?
Heh, jajah vs merdeka. Bermakna kalau kita dijajah, bermaksud kita tidak merdeka... tapi sebagai manusia, mana mungkin kita akan merdeka... Kerana kita sentiasa ada Tuhan untuk kita patuh dan turut. Ia bukannya sesuatu yang tidak baik kalau kita tidak merdeka kerana agama, malah takde keburukan pun kepada kita jika kita tidak merdeka kerana-Nya... Manusia bukan... siapalah kita...
Bila tiba hari kemerdekaan, memang normal bagi aku untuk sambut di rumah, di depan televisyen. Kenapa, well, aku tak berkenan pergi lewat malam berasak-asak semata-mata nak tunggu detik 12 tengah malam. Aku bukan nak kata aku ni baik tapi aku tak rasa itu sesuatu yang baik untuk aku buat. Bagi aku cukup sekadar mengatakan "Alhamdulillah" kepada Allah kerana sehingga kini Malaysia masih mampu bebas dari penjajah. Tapi lain orang lain pendapat kan. Heh, taknak ceramah lagi...
Anyway, Malaysia... sejak aku lahir, aku lihat macam mana negara ini membangun. Dari sebuah negara yang tak moden sehingga negara yang sedang membangun. Tahun 2020 adalah penentu untuk negara ini pergi lebih jauh dari apa yang dia ada sekarang. Malaysia, aku sentiasa duduk di sampingmu melihat kemana arah tujuanmu... Melihat kemana pergerakanmu... Keranamu Malaysia adalah sumber kehidupanku dan kehidupan keturunanku... (jiwang...?)
UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.com UTK MENGUNDI.