Followers

Gamers

Monday, August 27, 2007

Cha Tae Hyun - Goodbye Bridge (Korea)

Heh, lagu ni dipetik dari filem Highway Star... Ye aku tau lagu Korea tapi layan je...

Aku bagi la sinopsis sikit citer ni... Korang pernah tengok citer My Sassy Girl dan My Girl and I tak? Heh, hero citer tu, Cha Tae Hyun sebagai Dal Ho, penyanyi rock yang menyanyi di sebuah bar. Satu hari datang seorang Ketua Syarikat Rakaman, Jang (Lim Chae Moo) menawarkan kontrak kepada Dal ho. Mengenangkan yang peluangnya sudah tiba untuk menjadi seorang yang popular, dia berhijrah dan setibanya dia di syarikat rakaman tersebut, dia mendapati Jang menawarkan dia sebagai penyanyi Trot (lagu macam zaman pop yeh yeh dulu...). Atas sebab dia tidak boleh membatalkan kontrak, dia menyanyi la jugak lagu Trot tu.

Dan bila sampai masa untuk dia membuat persembahan, dia memakai topeng kerana malu menyanyi lagu Trot. Selepas tu dia jadi popular koz takde orang lain yang buat macam dia... macam Amuk la pulak... So, macam mana dengan kehidupan Dal Ho selepas itu. Dapat ke dia bawa lagu Trot tu... Korang gi la kedai cari citer ni... Jangan kata aku rekemen lak, aku just nak rekemen lagu dia je... Hehe...

So, layan la lagu Trot Korea ni...



Tu versi Trot ( lagu pop lama korea, ala macam pop yeh yeh lew....) yang ni versi trot + rock...



heh... jiwang lagu ni... so amaran keras, sapa tak jiwang di larang keras mendengar lagu ini... terima kasih...

Oh ye, sapa nak tengok citer ni ble gi kat sini...

http://stage6.divx.com/user/dlokei/video/1282551/Highway-Star-(K-Drama)

Peace!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...