Followers

Gamers

Friday, January 17, 2014

Scarlett vs Bomber Game 3 - Redbull Battlegrounds

Tahun lepas banyak perlawanan besar Starcraft 2 diadakan seluruh dunia. Aku tengok banyak live dan VOD (video of demand) Starcraft 2 tahun lepas dan ada satu perlawanan yang aku sangat ingat dan aku fikir aku tak akan lupa.

Scarlett vs Bomber Game 3 - Redbull Battlegrounds.


Aku tepek sini memandangkan blog ni macam memori bank untuk aku.

Apa yang menarik dengan perlawanan ini. Agresif, tak putus asa dan yang paling buat aku rasa best, licik. Perlawanan ini adalah contoh terbaik yang menunjukkan hanya satu kesalahan mampu buat kita kalah. Hanya satu jenis upgrade, akan buat game changer.

Perlawanan bermula bila pemain Terran (Bomber) cuba melakukan cheese (contoh 4 step dalam chess) ; membina barrack proxy hampir dengan kubu Zerg (Scarlett) tetapi tidak berjaya apabila Scarlett mula mengubah kebiasaan opening beliau dari ekonomik ke opening yang lebih bersifat agresif.

Seperti beliau dapat membaca apa bakal dilakukan oleh Bomber.

Scarlett berjaya menghentikan cheese dari Bomber dan serang balas kubu Terran. Namun serang balas ini juga tidak berjaya. Keduanya mula bermain mode membina kubu dan mengumpul sumber.

Middle game bermula dan menampakkan agresif Bomber tidak henti menghantar Marine menghentam kubu Scarlett bertubi-tubi. Scarlett hanya bergantung kepada Zergling, Baneling dan Mutalisk; cuba bertahan. Sebagai langkah serang balas, Scarlett menghantar unit kecil Zergling menyerang kubu kecil ke 3 Bomber bagi memperlahankan kegiatan ekonomi Bomber.

Selebihnya hanya push and pull. Aku serang dia, dia bertahan, dia serang aku, aku bertahan.

Sehingga Scarlett mengambil langkah drastik meng'upgrade' Burrow (satu ability membenarkan unit menyorok dalam tanah) bagi memasang perangkap Baneling. Sedia maklum, Baneling adalah unit kamikaze. Dan boleh bayangkan apa bakal berlaku bila baneling menyorok di dalam tanah; di atasnya adalah unit musuh.



Dan itu berlaku 2 kali dalam satu perlawanan memaksa Bomber untuk GG.... end of game.

Cunning. Itu yang terpacul dalam fikiran aku melihat bagaimana cekap Scarlett menipu musuh dan mengawal semua unit dia.

---



Perlawanan ni muncul sebagai top 5 game paling terbaik dalam tahun 2013.


Video diatas adalah reaksi penonton bila Scarlett melakukan Explode pada sekumpulan Marine pada end game.

---

Goosebump. Haha...

Ok la.. Aku ucap selamat...


Hanya si dia...

"Masa depan itu kan milik kita..."

Aku terjaga dari tidur. Aku termimpikan si dia. Kami duduk berbual tentang sesuatu dan ayat terakhir yang aku ingat adalah itu.

Aku dah lama tak termimpikan si dia. Ter... kerana mimpi selalu datang bukan sengaja. Biasa si dia datang dalam betul masa silam. Ingatan dan kenangan buat aku rasa sakit, dan sedih.

Mungkin kerana baru-baru ini aku jarang berfikir. Aku tidak sibukkan diri seperti aku selalu buat. Dan kerana ini mungkin si dia senang hinggap dalam benak fikiran aku.

Mainan perasaan.

Ini cerita lama. Dan aku kerap ceritakan berkali-kali di sini. Tanya aku apa yang betul-betul aku mahukan. Aku tak tahu... Atau aku tahu... tapi aku tahu aku takkan dapat. Degil aku buat aku merana.

Aku melihat gambar lama. Gambar ketika kami masih bersama. Kau tanya kenapa aku masih tak buang? Sebab masa muda aku pandai. Sekalipun aku buang, gambar ini akan timbul semula. Genius komputer.

Melihat itu buat aku tanya kenapa? Aku ingat kembali saat aku masih bersama si dia. Aku hanya nampak gembira. Aku tanya kenapa? Dan ketika si dia pergi, aku jadi bingung. Aku tanya kenapa?

Jangan bandingkan aku sekarang dengan aku dahulu. Kerana jujur, aku dahulu 1000x lebih hebat dari aku sekarang. Dan sekalipun begitu, aku tetap tidak menang si dia.

Dan aku tanya kenapa?

Kau tahu... aku tak bodoh. Persoalan di atas aku ada jawapan. Hanya aku yang degil tidak mahu menerimanya. Aku faham semua. Aku boleh terangkan semuanya. Dan aku tahu apa terjadi di balik segalanya. Dah dekat 4 tahun. Sekalipun aku banyak berhenti di RnR, aku pasti akan patah balik ingatkan si dia.

Lelaki memang senang jadi sengal aku fikir.

Melihat plan B hidup aku sekarang. Aku tak fikir masa depan itu milik kita, di mana 'kita' ni bukan pada si dia sahaja, mungkin juga pada orang lain. Masa depan aku hanya untuk aku. Aku tak fikir dalam keadaan aku sekarang, yang terlalu kuat mengingati si dia dapat ber'kita' dengan orang lain.

Aku hanya fikir tak adil. Benda ni pernah berlaku dulu dan aku tak mahu ulang lagi kesalahan sama.

Tahun ni aku bakal disambut dengan kerja keras, sakit, teruja, obsesi, sendiri, girang, kesabaran dan tipu helah. Jujur... Sehingga sekarang. Siapa pun aku suka. Aku hanya cinta si dia seorang.

Dan selagi aku jujur dengan diri aku tentang ini, aku fikir aku mampu bangkit untuk masa depan aku sekarang. Kerana masa depan milik aku. Hanya untuk aku.

Aku ucap selamat.

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Saya di blog Rasional & Emosional ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca blog ni. Sorry, takde free gift tahun ni memandangkan aku tak pernah buat pun sebelum ni. Huhu...

Sempena tahun baru ni ingatlah, jangan gembira sangat. Yang keluar pagi-pagi buta ni untuk sambut Tahun Baru eloklah balik rumah. Banyak benda tak baik boleh berlaku. Hehe...

Azam Tahun baru?

Makan cukup, rehat cukup, sentiasa sihat. Yang lain-lain akan datang kemudian.

Tahun ni tahun mencabar bagi rakyat Malaysia terutamanya. Banyak benda berlaku kat Malaysia untuk tahun ni kan? Hee... Semoga berjaya...

Aku ucap selamat...

Saturday, December 14, 2013

Yandere #1 Mengarut-mengarut aja

Aku google Yandere, cuba mencari bahan bacaan bahasa Melayu berkaitan dengan Yandere. Hampa... Tapi bahasa Indonesia banyak. Aku fikir banyak orang Melayu tak tahu apa itu Yandere, ke kurang budaya membaca. Haha...

Aku tak assume apa-apa. Bahan bacaan aku biasanya pelik-pelik dan jarang-jarang ilmiah kecuali berkenaan trading. Cuak orang serbu aku nanti.

Dahulu orang tanya tentang perempuan idaman aku. Soalan macam ni biasanya aku jawab serius. Suka tengok reaksi orang mendengarnya. Jawapan aku biasanya putih, comel, rendah dari aku. Dan ex aku semua ada ciri-ciri ni.

Tapi jauh aku menjalani kehidupan, aku sedar... aku patut letak rupa paras no 2. No 1 patut sikap. Dan dari situ aku terpikat dengan karakter Yandere. Btw, aku tak kata ex aku semua sikap tak bagus. Dorang semua baik. Semua boleh buat calon isteri. Cuma bukan untuk aku.

Tapi sekarang, kalau orang tanya, aku hanya nak jawab... 'Yandere'.

Bagi yang tahu Yandere tu apa, dorang kata aku gila. Tak sayang nyawa dan sebagainya. Serius sangat kau orang ni. Tapi jawapan aku 'agak' serius juga.

Jujur, aku tak fikir Yandere wujud. Bila sebut Yandere orang mesti ingat pembunuh, psiko dan sebagainya. Tapi lupakah kita satu sifat Yandere yang tiada bandingnya dengan mana-mana perempuan yang kita boleh jumpa.

Setia...

Dan setianya tiada tandingan.

Jauh aku berjalan, aku sedar ini antara sikap yang aku nak dalam diri aku, dan 'si dia' kelak. Tapi kita manusia, aku manusia. Untuk setia pada seorang manusia adalah tak mungkin. Hidup kita ada famili, ada kawan dan ada masyarakat. Untuk setia yang tiada tandingan. Huh...

Yandere tak memandang orang lain, hanya orang yang dicintainya. Dan sebab itu ada orang kata, cinta Yandere adalah 'pure love'. Tidak boleh diganti.

Lovely kan?

Tapi real life, hati kita tak selalu memandang cinta. Boleh lihat sekeliling kita. Kita ada samsung galaxy note 3, facebook, maharaja lawak dan sebagainya. Banyak gangguan. Banyak benda yang mengganggu kita dari fokus kepada kehidupan.

Sedangkan hidup sepatutnya mudah kalau kita simple. Kurang membeli. Lebih menyintai. Bersederhana. Dan aku tidak mengutuk. Ini juga untuk aku.

Aku nak Yandere seorang. Dan kalau ada seseorang yang mahu dekat dengan aku, dan aku lihat dia ada potensi untuk di 'Yandere' kan atau sedia Yandere untuk aku. Then, aku jumpa 'si dia' yang aku tunggu. Dunia terlalu bebal untuk aku faham. Ada baik untuk aku fokus satu, fokus pada sesuatu yang menggembirakan aku.

Potensi untuk di 'Yandere' kan? kau tanya? Huhu... ya, aku tahu rahsia mengubah seorang perempuan menjadi 'Yandere' untuk aku. Aku simpan untuk aku. Lagipun bahaya kan kalau orang tahu. Haha...

Ok la. Aku akan menulis tentang Yandere di lain ketika. Aku ucap selamat...

Thursday, December 12, 2013

Persona tulisan...

Sebenarnya ada banyak post yang aku tulis sekerat dan aku buang. Penulisan aku makin tumpul. Jadi aku ambil masa membaca post-post aku sebelum ni.

Aku tak kata aku hebat menulis. Tapi bila baca dan bandingkan penulisan aku sekitar aku masih belajar dan aku sekarang, aku fikir aku dahulu lebih baik menulis dari sekarang.

Aku banyak masa sebenarnya jadi dalam banyak masa tu aku selalu luangkan masa menulis. Aku tidak post kerana aku rasa kurangnya perasaan dalam post aku. Aku tak maksudkan perasaan jiwa-jiwa ni. Tapi sesuatu yang mampu menarik minat orang membaca, paling kurang pun aku sendiri suka baca.

Banyak entri dalam blog ni aku suka baca balik bila ada masa lapang. Takde sebab khas. Pelik? Aku tak tahu.

Aku terfikir... kenapa sekarang aku terlalu tumpul untuk menulis. Sebab tiada muse ka? Atau minda aku terlalu fokus dengan trading.

Aku mungkin... kerana cara hidup aku sekarang yang tidak sihat.


Aish... aku betul-betul nak menulis. Banyak benda dalam kepala aku yang aku simpan dan mahu beri kepada orang lain. Aku kisah orang membaca blog aku, jadi aku cuba sedaya upaya untuk menulis. Aku tutup blog-blog aku lain dan harap dapat tumpu hanya satu blog.

Tak kisah la orang kata blog rojak, janji aku dapat menulis dan tak serabut.

Aku menulis bukan sebab aku suka. Macam aku cakap, aku hanya mahu meluah. Kalau orang baca dan terhibur, aku suka. Kalau orang benci, well... aku suka kalau kerana isinya, tapi tidak jika kerana bahasa yang aku gunakan. Maksud aku penulisan.

Menarik minat orang lain membaca memerlukan kreativiti dalam penulisan. Macam buku teks dan manga. Aku yakin orang minat baca manga lagi dari buku teks walaupun isinya sama. Kreativiti juga datang dari pengalaman aku fikir.

Aku tahu aku ada corak penulisan aku sendiri kerana ada orang bagitau yang penulisan aku diciplak di blog lain. Well, aku tak kisah sangat cuma terharu orang mampu kenal corak penulisan aku.

Corak penulisan aku?

Kalau kau perasan, aku suka akhiri post aku dengan 'aku ucap selamat'. Dahulu aku guna 'kalian' bagi menggantikan 'korang'. Dan aku suka terjemahkan nama bila aku mahu bercerita tentang seseorang. Ada orang pernah kata penulisan aku ada unsur romantika walaupun benda yang aku tulis takde kena mengena dengan jiwang.

Itu jiwa aku. Apa boleh buat... Huhu...

Dan mungkin kerana itu aku hilang 'jiwa' aku. Aku terfikir, jika aku keluar mencari 'si dia' aku boleh dapat kembali jiwa aku. Btw, 'si dia' bukan si dia. Si dia yang aku maksudkan adalah si dia. Teman, kawan, kekasih... orang yang rapat dengan aku. Prefer perempuan.

Aku ada menulis tentang sesuatu berkenaan cinta dan kahwin tapi aku tak publish kerana aku fikir... idea disebalik penulisan entri itu terlalu sukar untuk digarap, atau lebih tepat untuk diterima oleh orang yang bakal membaca.

Minda aku tak berfungsi seperti orang biasa. Banyak perspektif yang aku dapat bila memandang sesuatu biasanya bercanggah dengan norma orang disekeliling aku berfikir. Ada jenis pemikiran aku perlu simpan sendiri.

Aku percaya orang yang kenal aku rasa benda ni. Mereka kata aku aneh, dan bila aku terangkan... mereka sedar mereka yang aneh. Dan kemudian membenci aku.

Aneh... sebab tu ada jenis pemikiran yang aku perlu simpan untuk diri aku sendiri.

Dan pemikiran begini membataskan penulisan aku. Aku open minded. Benda yang salah aku mampu nampak betulnya, dan begitu juga sebaliknya. Tapi tak semua setuju, aku tak pernah peduli... namun mereka mahu aku untuk peduli.

Dan benda-benda macam ni buat aku berfikir terlalu kuat hanya untuk menulis. Kadang aku fikir kenapa tidak dengar sahaja, atau baca sahaja dan hadam sendiri. Jika salah, mengaku dan jangan kocakkan pemikiran orang lain.

Huh...

Jauh pulak aku membebel. Selalu aku dengar kata-kata dari kawan aku. Katanya, manusia tak kisah jika disampaikan penipuan. Mereka hanya kisah bila mereka tahu itu satu penipuan. Jadi selagi itu, tidak apa. Berseronok melihat si bodoh termakan dengan penipuan.

Jauh aku merenung. Memahami. Kemudian aku membaca, menonton. Ya, terlalu banyak penipuan. Namun aku tak pernah nampak ramai yang kisah pun di tipu. Jadi aku fikir, jika aku menulis, tanpa berfikir tentang bagaimana minda pembaca aku. Bolehkah aku sampaikan pemikiran aku.

Maksud aku... lihat, orang bukan kisah pun ditipu. Jadi jika aku menulis sesuatu yang sukar di hadam, barangkali orang pun amik tak endah.

Beberapa hari lepas aku terbaca post orang marah bila penulis ni terbaca artikel berkenaan tentang bersetubuh dengan anak perempuan sendiri. Buat aku terfikir, oh... rupanya ada orang ambil kisah.

Aku bukan kata benda yang dibincangkan tu betul. Please... banyak gila perempuan kat dunia ni ada lak selera dengan anak sendiri. Aku maksudkan pembaca tu kisah la pulak apa yang ditulis oleh si penulis. Penulis tu sapa. Ustaz ka? Orang yang kalau kata A, kita pun ikut A ka. Maksud aku orang berpengaruh.

Kalau aku yang baca, aku anggap ianya troll, atau bahan bacaan gurauan. Terutama bila aku lihat background penulis. Menulis bercanggah dengan sesuatu yang obvious bagi aku adalah humor. Boleh relate-kan dengan lawak Harith Iskandar. Banyak sarcasm.

Ada orang kata, kita menulis, kita bertanggungjawab dengan penulisan kita. Hm... ya, kalau difikirkan begitu memang betul. Memandangkan ramai si tolol kat dunia zaman sekarang ni. Aku no komen. Kau sendiri dengar hari-hari cerita tentang si tolol ni.

Isu kena betul aku fikir. Benda-benda macam agama atau undang-undang ni kena serius aku fikir. Humor biar berpada orang kata.

Huh.... menulis memang seronok sebenarnya. Orang macam aku kalau ada benda yang aku terfikir, aku akan menulis. Publish atau tidak bergantung kepada idea, corak penulisan dan isu yang aku utarakan. Fikir, bila aku nak tekan publish, aku selalu fikir kita... hidup dalam kelompok bom detik. Silap sedikit blog aku ni mungkin jadi sejarah.

Dan memandangkan viral adalah satu benda yang senang berlaku di dalam internet, aku tak mahu jadi mangsa seterusnya. Salah satu prinsip hidup aku adalah 'low profile'. Terlalu banyak si tolol untuk aku sembunyikan diri aku dari berdepan dengan mereka. No wonder si dia pernah gelar aku hantu...

Aku datang dan pergi secara tiba-tiba.

Ok, aku mahu pergi. Aku akan menulis lagi. Aku ucap selamat...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...