

Rm1,000,000 yang aku menangi atas darah yang aku tumpahkan dari yang lain. Ya, aku milik seorang yang kaya. Seorang yang mahu menjagaku sedari aku kecil. Namun masih aku mahu membunuhnya. Kerana peristiwa itu, bisa rampas segalanya daripadaku. Kematiannya berpihak kepadaku. Adalah benar dia tiada waris, dan episod pembunuhan ini tiada siapa yang tahu kerana vila yang ku duduki ini saja tiada mahu yang mendekati. Dan tentu sahaja akulah berkuasa segala-galanya yang ada di vila dan seluruhnya yang ada yang dahulunya milik dia.
Aku hanya perlu menjadi dia. Ya, mencuri identitinya. Kerana aku tidak bisa menjadi manusia sepertinya. Namun zaman sekarang adalah mudah. Internet. Ya, aku perlu hidup melalui jaring-jaring emas ini. Setiap hari aku melihat bekas tuanku membelek-belek komputernya dan sedikit aku belajar menggunakannya.

Apa aku mahu dari duit sebanyak itu. Aku tidak tahu. Barangkali ini yang dikatakan rambang mata. Namun urusan asas seperti makanan dan bil-bil rumah ini perlu aku uruskan dahulu. Seperti aku katakan, zaman sudah mudah. Hanya satu klik aku mampu memperoleh semua.

"Jomlayan...?"
Hah, apa tu. Namun hatiku terasa laman web ini mampu mengubah nasibku. Dengan tidak melengah, aku menjadi ahli, membuat 'posting' dan memberitahu semua rakan-rakan online aku tentang Jomlayan ini dengan harapan aku punya kumpulan aku sendiri. Ya, dengan satu misi, Admin pasti tunduk dengan aku dan seterusnya akulah kuasa sebenar di dalam Jomlayan.

Bermatlamatkan itu, aku terus berusaha untuk menjadikan Forum Jomlayan miliku ini nombor satu. Pertama, aku mencuba untuk menggodam beberapa web yang berada di atas dan terus menutupnya untuk selama-lamanya. Kemudian di dalam Forum Jomlayan itu sendiri aku bentuk satu organisasi yang aku namakan 'Jomlayan Gelap' bagi memantau kelemahan dan kelebihan sesuatu forum dan laman web itu agar memberikan aku inspirasi untuk aku memajukan lagi forum aku ini.
Dengan berbekalkan segala maklumat yang disediakan oleh 'Jomlayan Gelap', aku memulakan langkah baru merombak semula segala susun atur Jomlayan. Aku jadikan Jomlayan sebagai sebuah pusat untuk segalanya.
Aku mengadakan hubungan baik dengan beberapa kerajaan elektronik agar mereka memberi mandat kepadaku untuk mengendalikan web-web mereka di bawah Jomlayan. Aku juga menjadikan Jomlayan seperti E-bay, pusat dagangan bebas segalanya. Ya, pasti sahaja ramai pengunjung datang atas urusan menjual dan membeli.
Sabda Rasulullah S.A.W:Dan atas dasar keperihatinan kepada kepentingan ilmu, aku akan membuka satu laluan baru di Jomlayan kepada ilmiah-ilmiah dan tokoh-tokoh ilmuan untuk mereka menyebarkan segala pemikiran dan dakyah yang sempurna bagi menarik lagi ramai pengunjung-pengunjung di luar sana untuk mengunjungi Jomlayan.
Mafhumnya: "Barangsiapa yang berjalan bagi mendapatkan ilmu, nescaya akan dipermudahkan oleh Allah jalan menuju ke syurga".(H.R Abu Daud dan Ibn Majah, hadis hasan)
Aku juga mengadakan satu servis mendownload secara percuma kepada VIP. Aku juga mengadakan tabung 'derma' untuk Jomlayan dan meletakkan beberapa iklan Google Ads. Ini penting bagi memastikan ekonomi di Jomlayan sentiasa bertambah.

Ya, kini aku berjaya. Aku tidak lagi merasa sukar untuk hidup. Apa sahaja kemahuan aku dapat dipenuhi. Namun aku hidup dalam sepi. Hanya berada berhari-hari di depan skrin komputer untuk Jomlayan seperti orang gila. Aku tidak punya teman. Bagiku hidupku telah ditakdir begini.


Ya, aku hanya seekor kucing. Yang mempunyai rasa untuk hidup. Walaupun aku ada 4 kaki namun aku gagahkan untuk belajar menaip di papan kekunci. Walaupun aku ada 4 kaki aku sabar menahan nafsu makanku pada tetikus. Bagiku tiada yang mustahil asal aku tidak berputus asa untuk hidup. Namun hanya satu kelemahanku... aku harus punya teman... punya teman yang rapat. Agar aku tidak terus menjadi tolol tidak tahu menjaga diriku sendiri... Kerana aku makhluk punya nafsu tidak punya akal... Aku hanya seekor kucing... Meow...
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan
mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka
meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)".(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
Sumber Hadis
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/message/13390
http://al-qayyim.net/web/index.php?option=com_content&task=view&id=343&Itemid=2
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/message/13390
http://al-qayyim.net/web/index.php?option=com_content&task=view&id=343&Itemid=2