Dan juga menjadi kebiasaan aku memasang lagu agar aku tidak pula menyanyikan nyanyian dengkuran. Selalunya aku memasang lagu yang lebih kepada minus one atau senang cerita tiada suara orang menyanyi. Hanya instrumen. Terkini aku mendengar soundtrack dari filem Hitman. Aku lebih selesa mendengar lagu seperti itu ketika belajar. Sebabnya seperti kalian dapat sangka, aku suka menyanyi... Haha, bayang sahaja otakku berfungsi sebagai buku pelajaran dan radio dalam satu masa. (Aku bukan dual core k.)
Namun tidak pada malam ini. Hatiku sakit. Ya sakit menahan rindu. Rindukan si dia. Kata orang pabila rasa rindu maka sibukkan diri. Namun kedinginan malam membuat hatiku lembut menyambut rasa rindu yang sebentar tadi hilang dek kesibukan dunia. Walaupun baru sahaja ber'sms', namun rasa itu tidak hilang. Maka, sesuatu perlu aku lakukan.
Ya, adat orang bercinta. Ramai yang memilih untuk mendengar lagu cinta bila terasa rindu yang memuncak. Maka, pagi ini lagu cinta menjadi carta no 1 untuk didengari. Lagu pilihan, tentu sekali suara-suara tahun 80-an menjadi pujaan. Mengapa? Kerap kali ketika berkaraoke bersama rakan, lagu-lagu rock kapak terus menjadi hadiah sumbangan dari suara-suara yang tidak lepas ujibakat AF. Haha...
Sepanjang aku hidup, aku rasakan lagu Rock Kapak ini lebih tulus, jujur dan ikhlas. Liriknya yang melayan perasaan dan sanubari membuatkannya mempunyai perasaan 'evergreen'. Ya, sedari aku kecil umur tidak sampai belasan sehingga sudah sampai puluh, aku masih lagi menggemari Rock Kapak. Jiwang? semestinya aku memang. Kalian tidak suka? Meluat? Poyo? haha... siapa sahaja yang tidak mempunyai minat yang pelik di dunia ini. Kita manusia berbeza bukan?
Namun, setelah lama aku melayan lagu Rock Kapak ini sambil belajar sambil menyanyi (haha...), aku baru tersedar yang kebanyakkan lagu mereka adalah kisah cinta sedih. Perpisahan, pernantian, curang dan patah hati menjadi tema mereka. Mengapa ya? adakah kerana zaman 80-an dahulu adalah zaman dimana ramai yang putus cinta.
Ambil contoh lagu May - Sendiri. Menceritakan tentang penderitaan yang dialami dek kerana cinta palsu. Akhirnya memilih untuk menyendiri dan tidak bercinta lagi. Tak kurang sedihnya pada lagu nyanyian Teja - Kenangan di Taman Cinta. Menceritakan tentang rayuan dari seorang kekasih yang mahu si dia kembali semula di sini. Last... satu lagi... huhu... Lagu dari Lestari - Sekelip Mata Kau Berubah. Dari tajuknya sahaja dah tau si dia curang namun masih juga dinantikan.
Orang kata, jika kita selalu kata, maka ia boleh jadi doa. Maka untuk mengelakkan ia 'Amin' kan, aku memilih lagu yang tidak membaca unsur perpisahan, curang dan sewaktu dengannya. Salah satu lagu kegemaran aku adalah Febians - Untukmu Sayang. Lagu ini dinyanyian semula oleh Amuk (Yeh yeh...). Lagu slow namun ringkas dari segi lirik, tentang luahan perasaan cinta kepada si dia. Lagu dari Search - Gadisku dan May - Cintamu Mekar di Hati. Huhu... tak larat untuk aku untuk 'review' satu persatu. Cuba sahaja dengarkan di Imeem atau di Youtube. Persamaan lagu-lagu ini, pujian dan janji kepada si dia. Hai... lemah sahaja mendengarnya.
Sedikit terubat juga rindu setelah mendengar lagu-lagu ini. Mengapa? kerana ia mampu membawa aku aku kepada memori indah bersama si dia. Kata orang lagu begini boleh membuatkan kita rasa mengantuk namun tidak pada aku pada malam ini. Aku punya rasa yang lebih segar dan bersemangat (haha...).
Oh, aku perlu sambung belajar. Kepada si dia, hm... sedang enak dibuai mimpi barang kali. Maaf, tiada kata pujangga kali ini. Hanya lagu dan nyanyian buat penawar rindu. Saya tidak senaraikan di sini, namun apa yang di dengar, yang dinyanyikan khas untukmu... Maka jika terasa rindu, maka nyanyikanlah lagu cinta. Barangkali boleh sedikit mengubat rindu.
p/s ; jiwang2 jugak. Kadang telinga ni kena juga dengar lagu nasyid, memuji serta mengekspresikan rasa cinta kepada Allah. Lebih baik lagi mendengar alunan bacaan Al-Quran. Ya, nasihat aku pada diri sendiri dan kalian semua.
Malam dingin membuat mataku mula kabur. Namun pabila mata ini melihat wajah tenang senyuman si dia, rasa rindu mulai memuncak. Alunan demi alunan ku sandarkan hanya untuk mengeksperi rasa ini. Cinta, rindu dan sayang menjadi bait terbaik untuk diluahkan. Moga rasa ini terus berkekalan antara kita. Ya, rasa yang lahir dariNya untuk kita... selamanya...