Hari ini aku di dalam 'foul mood'. Kerja mula berlambak. Aku mula tak tahu nak mula dari mana. Maka, aku buat keputusan untuk tinggalkan semua kerja aku dan pergi berseronok. Ya, kerja takkan habis dan kadang-kadang putus asa itu lebih baik untuk menjaga nafsu malas masing-masing.
Cara aku berhibur, tak seperti orang kebanyakan. Aku lebih rela membaca blog orang lain dari membalas sms. Mengapa? kerna wang. Ya, aku akui aku materialistik. Dan aku boros. Dan kerana itu aku tabur hampir semua masa aku untuk wang. 24, hampir 67% aku berikannya kepada wang. Setiap masa untuk setiap ringgit. Mungkin esok bila aku dah ada kaki sendiri, usd mula menjadi mainan.
Berbalik kepada berhibur. Blog yang aku pilih untuk baca biasanya blog yang berunsurkan kehidupan seseorang. Ya, yang diceritakan lebih jujur, sinis dan telus. Aku sukakan dan kagum dengan mereka kerana penulisan mereka yang berupa dari hati.
Aku akui, mereka gunakan bahasa yang bagi aku 'boombastik'. Liberal, kapitalis dan sebagainya. Dan ada juga antara mereka menggunakan bahasa yang kasar. Yang bakal memberikan imej perosak kepada manusia yang sayangkan agama. Namun tidak aku. Aku terbuka. Aku terima segalanya. Dari angel ke devil. Aku terima dengan hati terbuka dengan akal yang berfikir. Kerana ia semua datang dari kita. Manusia.
Namun bila membaca mereka, di dalam aku seakan memberontak. Ya, aku kagum kerana mereka lebih telus dari aku. Aku tak mampu guna bahasa itu kerana aku tidak terlatih untuk itu. Namun tidak di hati, aku lebih buas dari fizikal aku.
It's fun. Aku terhibur. Mengetahui kisah haluan kiri dalam hidup seseorang. Ya, mereka tidak percaya cinta, namun ada antara mereka mengelak untuk bercakap tentang Tuhan. Aku faham, ego. Mereka ada hidup sendiri, ada sejarah sendiri.
Aku tidak kuat. Kerana itu aku percaya pada Allah. Dia sentiasa sayang pada hambanya. Aku juga pemberontak. Namun aku tidak tunjukkan di sini. Kerana aku takut hilang kamu semua. Pembaca aku, kawan-kawan aku dan juga cinta-cinta aku. Aku sayang kepada kamu semua.
Mungkin jika mereka (empunya blog yang aku baca) membaca ini, jijik barangkali. Ah, pedulikan. Aku hanya berkata sesuatu dengan baik. Jika semua mahukan kepala sendiri, maka lihatlah dunia ini esok. Tiada aman. Ya, kamu boleh tapi jaga setiap langkahmu. Tuhan sedang memandang dan Dia tahu membaca. Ingat! Bila masanya sampai, kamu akan tahu siapakah yang patut kamu sujud sekarang.
Pasti semua rasa aku tidak telus di sini. Bukan, aku telus namun aku tidak mahu tunjukkan di dalam bahasa. Ya, aku kagum dengan ayah aku. Dia tidak pernah marah aku. Ajarannya dengan ayat yang sinis, buat aku mahu berfikir. Dan itu orang kata 'makan dalam'. Dan ia lebih sakit dari sebatan rotan bertalu.
Pembaca aku, yakin bahawa kamu adalah kawan-kawanku. Aku harus jaga bahasa dan dalam masa yang sama harus tonjolkan ini aku. Ia sukar namun aku fikir aku berjaya. Dan bagi mereka, yang terlalu telus, sukar untuk aku katakan 'teruskan'. Kerana aku suka membaca, kerana juga aku takutkan 'saham' dosa.
Blog, barangkali inilah caranya. Telus. Tiada siapa yang tahu maka ramai mahu telus. Mungkin aku juga harus keluarkan kebuasan aku sendiri. Haha...
Dah la... penat mengarut. Aku nak sambung baca lagi...