Followers

Gamers

Sunday, March 23, 2008

Terima kasih semua...!!!

Ha... lama tidak membuat posting. Sibuk.... Sibuk! Namun malam ni aku gagahkan jugak membuat posting demi pembaca setia blog aku... Huhu...

Pertama kalinya aku ingin memohon maaf kepada semua pembaca setia blog aku atas kelembapan pentadbiran blog ni (ada ke...?) dalam mengemaskinikan blog ini. Aku kini sibuk dek kerana projek, assignment (alasan lapok dari budak U), si dia (?... hahaha) dan bisnes... Sedikit dalam hidup aku rasakan masa yang aku ada memang tak cukup. Huu.. kalaulah aku boleh jadi manusia yang tak perlukan tidur...

Pilihan raya juga baru tamat. Memang satu kejutan besar bagi rakyat Malaysia pada PRU kali ini. Namun inilah realiti. Rakyat telah bersuara. Dan inilah demokrasi, di mana kita, kami rakyat Malaysia yang sebenarnya mempunyai hak ke atas negara kami, negara Malaysia yang dicintai. Dan atas sebab ini juga aku mahu membuat alasan sebab tidak meng'update' blog aku. Kerana mahu memberi laluan kepada PRU. (heh, honestly aku tak pandai nak bincang benda2 pasal politik ni. Jadi kalau aku citer benda lain kalian bukan nak dengar... haha...)



Alhamdulillah, kini tamat sudah pertandingan Jomlayan Blogger Mania 2008 Musim ke 2. Keputusannya telah diketahui. Kalau pada musim lepas aku lah juara namun tahkta aku berakhir di sini. Aku hanya menyandang naib juara bagi musim ini. Hanya kalah satu mata dengan juara (Jejerz) dan menang hampir dua mata dengan tempat ke-tiga (Lemon). Namun aku berpuas hati kerana pertandingan ini telah banyak mengubah cara aku membikin posting yang tentunya kalian semua mahu membacanya. Terima kasih kepada semua warga Jomlayan, terima kasih semua pembaca blogku...



Hm, aku rasa sampai sini sajalah... aku pun tak tau mau celoteh apa lagi. Walaubagaimanapun, aku tetap ingat!!! Bahawa blog ini mesti terus hidup. Yup hidup... untuk korang semua.... Hidup Blogger... Hidup Pembacaku sekalian...!!! Hidup!!! Selamat...! Selamat...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...