Hari ini aku rasa amat sunyi. Semua kenalanku bagaikan sibuk dengan kehidupan masing-masing sampai aku rasakan aku betul-betul hanya seorang diri di dalam dunia ini.
Aku bergegas bangun, mandi dan bersiap namun kepalaku tidak memikir harus ke mana untuk aku membunuh masa. Aku masukkan beberapa buku yang aku mahu dan suka baca ke dalam beg dan... hm... barangkali perpustakaan adalah tempat sesuai di hari yang panas macam hari ni.
Alasan ke sana semata-mata mahu menikmati sejuknya penghawa dingin. Aku menuju ke tempat yang biasa aku duduk. Namun dalam perjalanan ke sana, seorang perempuan bertudung labuh senyum kepadaku, sambil mengangkat sedikit kening seperti lambaian hai kepadaku.
Aku tergamam kerana aku tak ingat dekat mana aku kenal perempuan ini. Dan juga aku tergamam kerana aku terlihat kecantikan 2 saat yang ada di dalam senyuman itu. Atas sifat tenang dan berhemat yang tertanam dalam diriku, aku balas senyuman itu dan angkat kening tanda hai.
Hm... sejak aku bertemu dengan si dia, aku rasa macam aku sudah jadi daya tarikan kepada perempuan bertudung labuh (poyo...). Ramai yang senyum. Tapi tak ramai yang mampu aku ingat di mana aku kenal. Si dia sudah membawa aku keluar dari tempurung kehidupan aku yang lepas.
Kini, aku tak rasa sunyi sangat. Hidup aku semakin hari semakin tahu mengatasi sunyi. Hanya jika aku rajin.
Terima kasih atas senyuman itu. Akan aku bawa tahkala aku sunyi dipinggir seorang diri. Dan pengajaran yang aku dapat hari ini, jika terasa sunyi, keluar bilik dan pergilah ke mana-mana asalkan ianya ramai orang. Dalam kes aku, pergi perpustakaan. Ada banyak keramaian yang akan kamu alami di sana...