Roti
Jam Strawberry
Susu
Menu tengah malam
Nasi
Kuah Kurma/Kari
Telur
Sayur
Menu Sahur
Roti
Jam Strawberry
Susu
Sejak 1 Ramadhan lagi ni la menu aku hari-hari. Atas sebab-sebab yang tertentu, bulan ini aku perlu simpan duit sikit. Maka, aku perlu rancang macam mana nak meminimumkan perbelanjaan aku seharian.
Tak nafikan, lebih dari 60% perbelanjaan bulanan aku adalah untuk makanan. Dan bulan Ramadhan bakal meningkatkan lagi peratusannya. Ramai orang kata, bulan Ramadhan kita boleh berjimat. Namun tidak bagi aku.
Kenapa? Kerana makanan dan nafsu untuk makan yang membuak-buak tahkala menunggu waktu Maghrib yang bakal tiba. Aku ingat lagi masa aku berbuka semester lepas. Pergi baazar Ramadhan, mesti ada keropok lekor, mee goreng dan air. Tu tak masuk kalau ada nak tambah apekebenda lagi yang rasa sedang di mata. Dan ambil kalkulator dan kira. Berapa agaknya.
Masa sahur pulak dahulu aku akan keluar ke restoran berhampiran. Dan kalau ikut dahulu, mesti cecah RM5 sekali hadap. Kalau rajin nak jumlahkan, sehari aku belanja lebih RM10 hanya untuk makan. Dan itu dahulu sebelum minyak melambung naik. Dan semestinya melebihi dari bulan-bulan yang biasa.
Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:
“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).
Sekarang, apabila aku ikut menu macam kat atas, aku berjaya mengurangkan perbelanjaan aku. Dan badan aku tak rasa berat sangat dah. Satu lagi penemuan yang aku dapat adalah bila kita mengosongkan perut, kepala atau minda lebih pick up dari biasa. Namun dia ada had masa, bila perut sudah berbunyi tandanya harus berhenti dan pergi cari makan.Walaupun begitu, nak jimat boleh je. Pergi masjid berbuka dekat sana. Kalau rajin la... huhu...
Ramai gak kawan-kawan aku yang kesian tengok aku bulan ini. Haha... aku ok je. Masih boleh belajar, gelak dan berhibur. Kadang berlari pun boleh. Aku masih boleh bertahan. Huhu... Namun ada juga kawan aku yang dah berubah mengikut menu seperti aku. Haha...
Daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Walaubagaimanapun, setiap orang punya cara hidup. Dan ini cara hidup aku untuk bulan Ramadhan ini. Sikit pun aku tak mengadu sakit perut kerana lapar. Jangan kesiankan aku... Aku sudah biasa. Dan kalian... apa menu kamu hari ini..Sumber
http://soaljawab.wordpress.com/2008/09/02/adab-berbuka-puasa-menurut-sunah-rasulullah-saw-mufti-perlis/