Cuti, cuti di rumah amat merehatkan. Dapat makan masakan emak. Peh, syurga. Itu sudah cukup menterjemahkan yang duduk di rumah semasa cuti adalah amat menyenangkan.
Kadang aku terfikir, hm... macam mana masa depan aku kelak. Dapatkah aku selalu begini di hari cuti. Kejap, kenapa hadkan pada hari cuti sahaja. Apakata menjadikan ia sebagai hari-hari di sepanjang hidupku. Hm, menarik.
Buat masa sekarang memang tak mungkin. Aku harus pulang semula ke UTM. Tapi barangkali selepas keluar UTM aku boleh.
Dan itu pun kalau aku kerja dekat dengan rumah. Betul tak? tapi kena tengok juga kerja yang bagaimana. Kalau kerja macam orang gila pergi pagi balik malam pun tak guna juga.
Tapi kalau kerja senang sangat pun tapi gaji tak masyuk tak guna juga. Sesedap mana pun masakan emak aku, kalau bahan masakannya tak mencukupi tak guna jugak.
Hm... kesimpulannya kalau aku nak rasa cuti setiap hari di rumah,
- Kerja harus ikut waktu pejabat
- Kerja dekat dengan rumah
- Gaji mesti masyuk
Jadi, bagaimana aku mahu mencapai ini di masa hadapan. Aku cuma perlu berfikir dan bijak sedikit. Ada orang sarankan aku kerja di rumah. Hah... boleh ke...?
Zaman sekarang tak macam dahulu, sekarang banyak kemudahan, benar? Terutama internet, dunia kedua jika aku boleh gelar ia. Selagi aku boleh berhubung, aku yakin dari situ aku boleh bekerja. Namun bagaimana?
Perniagaan? Haha... memang boleh kaya jika kau tidak kayap. Means if you don't mess up. Bersabar, tekun dan rajin. Usaha seperti meletakkan nyawa di situ. Gila, tetapi benar.
Mahu cuba, aku mahu cuba, aku mesti cuba. Kerana aku tahu siapa aku dan bagaimana aku mahu hidup kelak. Dan disebabkan aku masih pelajar, punya banyak masa (aku rasa...), aku patut mula terokai dunia pekerjaan di rumah.
Oh dunia, aku tak pernah terfikir aku cukup hebat untuk mencabarnya. Namun jika aku tidak mula sekarang, aku pasti dunia telah menang dahulu sebelum sempat aku ucap selamat tinggal kepadanya.
So, it's interesting right? Cuma aku masih tidak yakin mengenainya. Fikir, it's good to be true even you heard it from others. Langkah pertama aku fikir aku harus yakin. Ya, yakin.
Hm... tengok apa aku mampu buat cuti ini, merangka masa hadapan. Dan kalian, pernah terfikir mahu kerja sendiri? Hm?