Followers

Gamers

Saturday, December 12, 2009

1000 pips seminggu... logik la aku rasa...

Hampir sebulan aku hanya membaca. Khamis malam aku habiskan masa meneelaah ebook dan forum teknik 1000 pips seminggu ni. Dan Jumaat malam aku cuba praktikkannya. Dan betapa aku senang dengan teknik ini kerana asasnya telah aku fahami.

Seperti pe yang kau lihat, ada floating yang agak besar. Tapi mengikut kata tuan punya teknik, floating begini biasa. Ya, pengurusan kewangan tu penting. Dalam percubaan kali ini, aku abaikan pengurusan kewangan. Ya, aku tahu itu sangat penting, aku hanya nak uji sesuatu.

Teknik yang aku guna sekarang melibatkan meter currency, SMA7 dan SMA50 serta asas candlestick seperti trendline dan sebagainya. Dan tak seperti teknik 1000 pips, teknik aku sekarang hanya mampu membuka 1 order setiap signal yang aku dapat.

Aku tertarik pada teknik ini kerana analisanya bermula dengan melihat meter currency dan kemudian membuat analisa kepada big player pair. GBPUSD, EURJPY dan GBPJPY. Bermakna pada mulanya adalah sama dengan apa yang aku biasa lakukan.

Namun akhirnya berbeza kerana teknik ini membuat 5 ke 7 order setiap signal. Dan tak mustahil, 1000 pip itu mudah dicapai dalam seminggu. Hanya jika kau membuat betul ketika analisa awalnya.

Walaupun floating, hasilnya...


TP 10. Aku tak gunakan ea yang tuan punya teknik beri bagi mengawal profit, hm... aku selesa dengan setiap order hanya berTPkan 10 ke 20. Dan seperti tuan punya teknik kata, SL tarak...

Lihat pada keputusannya, aku berpuas hati. Hanya satu malam beratur pip hijau, walaupun ada la floating besar tu. Tu akan aku fikirkan kemudian bagi menperbaikinya.

Walaupun begitu, aku tetap mahu menelaah teknik ini sekali lagi kerana aku seakan rasa ada kekuarangan pada apa yang aku buat sekarang. Buat masa sekarang, aku masih lagi menggunakan teknik aku sekarang di akaun real.

Oh, aku tak fikir teknik ini sesuai untuk bercampur akaun dengan teknik lain. Huhu...

Hm... aku harap... aku dapat pergi kursus untuk mendalami teknik ini betul-betul. Aku merasa keserasiannya kepada aku.

Kepada adik aku, apa yang kau buat betul. Dan jika kau betul master apa yang kau buat sekarang, Insyallah, teknik ini senang diserap oleh kau.


Semalam juga aku menjadi amat stress separa mati kerana cuba memahami teknik 3000 pips seminggu dari tuan punya teknik yang sama. Konsepnya sama aku boleh kata dengan teknik 1000 pips namun yang ini lebih payah kerana buat kali pertama aku lihat ada cara untuk trade hanya berpandukan data-data di atas dan jika fahaman aku betul, data-data di atas kalau aku lihat ia sebagai nombor, aku akan sukar faham. Namun jika aku gelarkannya seni... Aku akan nampak banyak perkara...

Kredit untuk lukpayat kerana 2 teknik ini...

Dan untuk kau... berminat? Aku nasihatkan pergi belajar benda-benda asas seperti trendline, fibo, support dan resistant line, aplikasi asas metatrader dan sebagainya. Macam lukpayat pernah kata...

saya xkan bagi spoonfeed material.

Niat dia baik. Sebab teknik dia amat memerlukan pengetahuan asas yang kukuh. So, aku pun takkan bagi sudusuap kat kau juga. Huhu....

Belajar, jangan putus asa... aku ucap selamat kepada semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...