Followers

Gamers

Wednesday, December 16, 2009

Dari abang untuk adik...

Aku pernah kata kepada adik aku semasa aku sedang mengajarnya forex. Aku katakan hanya dengan menjadi trader, kita takkan kaya sebagaimana yang kita mahu. Kerana trader, pendapatannya adalah dalam bentuk penambahan modal (capital gain). Anggap profesion trader ini hanya sebagai cara untuk mengumpul modal. Dan pergi cari sesuatu yang pendapatannya dalam bentuk aliran tunai. (cashflow)

Fahaman aku dari siri Rich's dad dari Robert Kiyosaki, duit datang kepada kita ada 2 jenis. Satu capital gain. Satu cashflow. Aku tak pandai terangkan namun aku mampu memberi contoh.

Capital gain adalah seperti kau membeli rumah, dan menjualnya semula dengan harga tinggi. Keuntungan yang kau dapat tu adalah pendapatan jenis capital gain. Mereka yang selalu mendapat keuntungan seperti ini dipanggil flipper.

Namun untuk cashflow, kau membeli rumah, kemudian menyewanya kepada orang lain. Tolak kos-kos lain dari duit sewa yang ko dapat tiap-tiap bulan, itu adalah cashflow.

Ada satu benda yang menarik minat aku bila penulis menyatakan... aku lupa ayatnya... tapi sesuatu macam, semakin laju pergerakan wang, semakin kaya kita mampu jadi. Kau boleh semak dalam buku Rich Dad's Guide to Investment dari penulis yang sama.

Hm... aku fikir logik... ambil contoh bila nak buat pinjaman bank. Bank akan luluskan permohonan bila kita mampu tunjukkan slip gaji atau bank statement yang menunjukkan pergerakan duit. Mean, ada cashflow. Dan cashflow tu menunjukkan kau mampu. Logik kan kenapa bank luluskan permohonan macam tu.

Berbalik kepada cerita adik aku tadi, trader hanya mampu menjana capital gain. Dan kalau kau nak kaya... carilah pendapatan dari cashflow. Sebab semakin laju cashflow kau, semakin cepat kau mampu untuk jadi kaya.

Heh, aku ada cita-cita besar bersama adik aku. Dalam dunia ni, hanya adik aku yang paling aku percaya sebab seumur hidup aku, dia tak pernah kecewakan aku. Cita-cita aku besar, legasi aku akan besar. Dan hanya orang macam dia buat aku mampu mempertahankan legasi aku kelak.

Dia akan berjaya... aku doakan dia semoga berjaya. Sebab bila dia berjaya... aku juga akan berjaya... Dan kalau kau tanya kenapa... sebab aku abang dia. Haha...

Ada banyak benda aku dah plan untuk adik aku, untuk keluarga aku dan untuk si dia dan juga tentunya untuk diri aku sendiri... Perjalanan aku panjang... Aku tak tau esok akan jadi apa...

Do today what you want for your tomorrows
Robert T. Kiyosaki

So tunggu apa lagi... bangun... bak kata Nabil Raja Lawak... Dengan siren gerak!!!

Huhu... aku ucap selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...