Followers

Gamers

Monday, December 14, 2009

Cerita tentang pelan B

Baru-baru ini aku perasan satu benda yang berubah di antara aku dan si dia. Benda yang jarang kami bincangkan dahulu, namun baru-baru ini agak kerap kami bincangnya. Menjadikan aku punya fikiran... Cinta... dan wang ada saling pengkaitan...

Aku sedang membaca Love & Money dari Jeff D. Opdyke. Buku ini mengaitkan cinta dengan kewangan. Hm... lebih kepada panduan untuk merancang kewangan keluarga. Ia menceritakan perihal kewangan dari bujang, sampai la kau jadi atok dan nenek.

Dalam Bab 6, dia menceritakan secara ringkas senario kewangan yang biasa kita hadapi bila kita mula berpasangan. Bermula dengan fasa perkenalan. Yup, biasa la, mula kenal. Kita sms dulu, call dulu or ter-jumpa dulu. Dan biasanya fasa ni jarang menggunakan wang yang banyak.

Kemudian masuk ke fasa comfort. Fasa di mana kau dan si dia mula mahu bersama ketika masa lapang. Macam tengok wayang, candle light dinner dan macam-macam lagi. Ya, dan ia mula menggunakan wang yang banyak...

Kesimpulannya, semakin dalam perhubungan itu, semakin banyak duit yang kau harus keluarkan.

Dan sama seperti aku. Bukan, aku tak kata si dia pisau cukur. Aku maksudkan masa depan kami. Baru-baru ini si dia mula menceritakan perihal kewangan kepada aku. Dahulu lebih kepada perasaan. Dia mulai tanya tentang masa depan, tentang pekerjaan aku kelak, tentang pelan hidup aku.

Dan itu benar tentang kesimpulan tadi.

Ya, si dia seorang realist... si dia percaya cinta sahaja tak mampu berikannya makan, pakai dan segalanya. Kami perlu lebih dari itu. Dan sebab itu si dia jadi risau kerana aku tidak memilih jalan seperti orang biasa. Bekerja dan dapat gaji.

Aku faham kerisauan yang si dia alami. Tapi aku yakin, jalan yang aku pilih adalah baik untuk aku dan si dia kelak. Ya, permulaannya adalah amat sukar, namun aku percaya, jika aku kuat dan berterusan... kebaikkannya akan meningkat adalah exponential. Bukan linear.

Namun aku tersenyum. Aku amat bersyukur ketika si dia menjadi begitu. Seperti aku, realist... Si dia dapat bezakan perasaan dan realiti. Aku faham psikologi perempuan dan masih... aku kagum dengannya. Kerana si dia tahu... bila betul masanya sepatutnya kami menaiktarafkan hubungan kami.

Tiada lagi bualan kosong seperti nak nanti dah kahwin nak jalan sama ke tak atau dapur kita nanti nak pakai cawan strawberry boleh tak. Hanya yang kami bualkan... adalah realiti... sesuatu yang sistematik. Bila, bagaimana, dan di mana. Dan semuanya adalah dalam susunan.

Si dia bertanya tentang plan B atau pelan kontigensi aku. Andai semua yang aku rancang ini tidak berhasil. Aku tarik nafas panjang, memandang jauh ke langit memikirkan sesuatu yang aku tidak suka... tetapi nampaknya itu yang harus aku sandarkan...

Aku masih ada ijazah. Kalau sekalipun aku gagal dalam pelan A aku, aku masih ada ijazah.

Dan ketahuilah... betapa aku bencikan kenyataan itu.

Aku imaginasikan si dia mulai tenang mendengarnya. Aku tutup mata, melihat si dia sedang senyum kepadaku. Aku rasa macam aku sedang terjun dengan payung terjun.

Hari ini aku merenung ke luar. Cuba memikirkan kembali pelan A aku. Bagi aku, pelan B tak banyak yang perlu difikirkan. Dan dalam masa 3 tahun yang akan datang ni aku harus pantas mencapai setiap target pelan A aku...

Trader... Entrepreneur.. dan kemudian Capitalist...

Ini legasi aku... cita-cita aku... Dan aku harap, ia menjadi realiti aku...

Sayang si dia...

Aku ucapkan selamat kepada kau semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...