Followers

Gamers

Monday, December 21, 2009

Kisah ibu jari saya...


Bosan. Lalu aku melukis. Aku tak pandai melukis. Cuma hobi. Mungkin kerana sudah lama tidak memegang pensel, ibu jari aku sakit.

Dan bila aku lihat ibu jari aku, aku sedar. Ada parut lama yang aku dapat setahun lebih dahulu. Parut setahun lama ini aku dapat, ketika bersama Cahaya Pembuka Hatiku.

Aku tekan, dan ia makin sakit. Seperti baru semalam aku mendapatkannya. Parut ini. Cerita disebalik parut ini bukanlah sesuatu yang senang diingati.

Aku dapatkannya ketika sedang cuba mengemas pasu yang pecah. Kerana tidak berhati-hati, serpihan pasu memakan ibu jari aku. Aku ingat lagi bagaimana jantung aku berderu memaksa darah keluar dari ibu jariku.

Pasu tu bukanlah pecah sendiri. Ia kerana aku sendiri yang marah ketika membawa kereta. Akibatnya pasu menjadi mangsa. Sehingga hari ini, aku tidak lagi mengundurkan kereta dengan terlalu laju. Dan tidak lagi memandu ketika marah. Menjadikan aku seorang yang simpan segala di dalam hati.

Marah itu datang bukan dengan sendiri. Jika aku tidak salah ingat, ia datang dari Cahaya Pembuka Hati sendiri. Mungkin aku sendiri tidak mampu untuk toleransi tentang masa. Bila fikir balik, sepatutnya aku yang salah. Kerana dia perempuan, punya masa tambahan untuk bersiap.

Ya, ketika dahulu aku juga panas baran. Tapi aku tak pasti bagaimana aku sekarang.

Sejak hari itu, bila-bila masa sahaja aku tekan ibu jariku, rasa sakit itu datang. Kalau kau tanya adakah ianya sakit sampai ke hati. Hm... aku tak rasa begitu. Kerana rasa sakit itu hanya di ibu jari.

Itu hanya kenangan. Petang tadi dia hampir kemalangan. Mengingatkan aku malam itu. Malam di mana aku mendapat parut ini. Alhamdulillah. Dia tak apa-apa. Parut tak elok untuk perempuan kan...?

Aku tekan lagi ibu jari aku... Sakit...

Aneh, ianya sakit yang membolehkan aku tersenyum. Aku tidak lagi marah. Rasa sakit itu sentiasa mengingatkan aku yang marah, mampu mengubah segalanya dalam sekelip mata. Hanya jika aku tenang, semua masalah aku mampu selesaikan.

Aku tekan lagi ibu jari aku... Sakit...

Aku fikir aku patut tidur awal malam ini...

Selamat malam...

*Pelik kan dia... Lukisan hanya ilustrasi penulis... hahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...