Followers

Gamers

Tuesday, December 22, 2009

Setahun bersama forex tak bererti aku dah hebat sangat dah. Ada orang lebih 4 tahun baru mampu menjadi fulltime trader...

Aku masih mood separa gagal lagi. Itu kenyataan, dan rasa putus asa itu belum ada. Itu juga kenyataan.

Selalu aku terfikir, apa kelemahan aku. Aku takde masalah bila dalam demo. Namun ada banyak masalah bila menjadi real. Bila menung balik, aku teringat kata aku kepada adik aku.

Psikologi, itu yang paling utama bagi seorang trader.

Kata aku betul, adik aku terima betul. Bila kenang balik, aku fikir... Sepatutnya lama dah aku buat ini dahulu.

Mencari guru...

Aku belajar forex dari seorang pensyarah. Sampai hari ini aku ingat apa yang diajarnya. Walaubagaimanapun, kami tidak lagi bertemu. Dan aku tidak terus belajar daripadanya.

Namun, tidak pula aku berhenti dari mempelajarinya, forex...

Betul, aku rasakan kepala aku mess up. Aku harus mencari guru. Sampai masa untuk aku mencari seorang guru yang mampu menunjukkan aku jalan yang lurus. Mengajar aku, memberitahu aku... apa yang aku kurang dalam perjalanan aku menjadi seorang trader.

Kepada korang, aku bukan fulltime trader. Apa je yang aku post kat blog aku ini adalah idea dan pengetahuan yang aku dapat sepanjang aku menjadi trader. Dan aku masih belum betul2 berjaya dalam forex ini.

Kepada kau, aku ucap selamat jika jalan kita adalah sama... kalau kau dah sampai, tarik aku bersama kau. Kalau kau ketinggalan, aku dengan besar hati mahu menarik kau bersama-sama aku. Ketahuilah, aku agak keseorangan berjalan sendiri dalam dunia forex ini.

Ya, aku perlu mencari guru. Kau ada suggestion... huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...