Followers

Gamers

Friday, December 11, 2009

Separa mati study...

Sepanjang minggu ni, fikiran aku hanya tertumpu kepada forex dan si dia. Dan sebab itu, aku rasa separa mati bila cuba untuk meningkatkan ilmu aku tentang forex. Ye la... takde duit, tak dapat la aku nak selalu bersama si dia...

Aku rasakan baik. Aku maksudkan teknik dan pelan forex aku. Sebulan duduk di rumah bersama adik aku membincangkan tentang pelan kewangan kami sedikit sebanyak memberi pencerah masa depan aku.

Tanggungjawab mulai dirasai makin berat namun terasa kudrat aku makin kuat. Aku mampu membaca dan terus membaca bagi menambah ilmu. Penat, yup tapi rehat itu tiba2 hilang dalam kamus hidup aku.

Baru-baru ini aku belajar sesuatu yang baru tentang forex. Sedang cuba memahami. Teknik yang menggunakan segala asas analisis teknikal dan meter currency. Aku terfikir dahulu bagaimana harga mata wang itu bergerak. Berdasarkan apa. Dan bagaimana dengan cara mudah aku dapat membacanya.

Aku tidak lagi menggunakan beberapa indikator seperti dahulu, hanya dengan currency meter, dan meter ini yang memberikan aku gambaran mudah bagai mana satu-satu matawang bergerak melalui indeks kekuatannya.

Dalam forex, dagangan adalah berasaskan pasangan (pair) bukan hanya satu matawang kerana matawang tidak mampu dinilai berasaskan dirinya sahaja. Ia perlu dibandingkan dengan matawang lain.

Jadi, menggunakan meter ini, Aku dapat lihat mana matawang yang lemah dan mana matawang yang kuat, dan bandingkan mereka. Dan semua persoalan tentang pergerakan harga ini terjawab, berdasarkan logiknya teknik dari meter currency ini.

Dan semua di atas adalah asas kepada teknik yang aku praktikkan sekarang dan masa depan kelak. Terima kasih kepada lukpayat yang membuka minda aku tentang cara memandang jauh ke dalam matawang itu sendiri dari memandang ia sebagai pasangan.

Aku salah seorang bakal pengguna teknik 1000 pips seminggu ni, dan sedang mendalami teknik 3000 pips seminggu. Dan ketahuilah, dengan hanya berbekalkan pengalaman setahun jagung ini, aku harus separa mati memahaminya.

Jadi jangan tanya aku punya SS ke, teknik pakai apa ke... Gi la tengok sendiri, belajar... dan tolong... jangan putus asa...

Selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...