Followers

Gamers

Tuesday, December 11, 2012

Harem : Lagenda budak iblis...

Harem adalah salah satu gerne anime/manga dan jalan ceritanya mesti ada seorang protagonist lelaki dan banyak perempuan disekeliling dia. Namun akhirnya dia akan pilih satu.

---

Masa aku kolej dulu, ada member aku sapa,

"Aku pergi bilik B tadi, aku tanya dia kenal Suhaimi... kau tau dia kata apa?"

"Tak..."

"Oh... playboy tu..."

Bila ingat balik aku rasa tergelak. Sebab panggilan tu aku selalu dengar bila aku muda dahulu. Namun tidak sekarang. Dulu aku senang dikelilingi kawan perempuan. Aku tak tahu. Senang berbual mungkin. Kebiasaan aku tidak suka cakap kasar, dan aku ada prinsip tidak cakap kasar pada perempuan. Jadi agak selesa berbual dengan mereka.

Tapi aku fikir aku tak pernah jadi playboy, kapel sana sini. Suka hati. Cuma aku senang rapat dengan perempuan, dan sebab tu playboy tu lekat mungkin. Aku tak hensem sangat. Cuma mulut manis. Macam aku cakap, aku tak suka cakap kasar...

Walaupun begitu, ada juga yang terasa. Dengan perempuan jangan baik sangat. Mereka mudah jatuh hati. Walaupun yang nampak keras di luar. Aku tahu, aku pernah mengalaminya. Perempuan yang aku fikir tak mudah jatuh hati, tapi bila aku tak sengaja bergurau, rupanya memang ada hati.

Dan sejak tu aku jadi hati-hati berkata-kata.

Kalau tanya macam mana sejarah pengenalan aku dengan perempuan. Banyak. Aku fikir kalau aku buat novel atau manga jenis romance, mesti laku. Sebab jalan cerita hidup aku sangat rumit. Dengan perempuan kau tak pernahnya mudah. Mesti rumit. Terutama kalau ramai. Harem...

Aku baring, teringatkan si dia. Teringat bagaimana sebelum dan selepas si dia. Bagaimana dalam ramai-ramai aku boleh sangkut dengan si dia. Boleh buka lagu di bawah sambil baca... Ambil mood... kerana aku menulis ketika dengar lagu di bawah...



Heh...

Cerita harem ni mula ketika aku suka pada A. Tapi kecewa. Untuk hilang kekecewaan itu, member aku kenalkan aku pada AH. Dan dari situ aku mula main cinta kau boleh kata. Semuanya baik sehingga aku pindah teknik. Aku jadi jarang berhubung dengan AH. Dan dalam masa yang sama aku kenal Cahaya Kemuliaan.

Sungguhpun begitu, aku tak curang. Cahaya kemuliaan tahu aku ada AH. Tapi hati berubah. Tapi tak cukup kuat untuk aku lepaskan AH. Aku stick dengan AH sehingga dia lepaskan aku atas sebab... hm... kalau aku tak silap dengar cakap orang. Kena cucuk kau boleh kata...

Cerita tentang Cahaya Kemuliaan kau semua tahu sebab aku selalu cerita. Aku tak nafi aku jatuh hati pada dia walaupun masa tu aku ada AH. Tapi tak pernah pun sekali aku nak lepaskan AH untuk pergi pada Cahaya Kemuliaan. Bagi aku itu salah... Pada ketika itu la...

Hari aku putus dengan AH adalah hari aku dapat tahu Cahaya Kemuliaan dah jadi kepunyaan orang. Combo 2x. Hari-hari yang aku lalui selepas itu adalah neraka... mungkin...

Lama selepas itu, aku daftar tuisyen then kenal si dia. Yup, si dia. Orangnya baik dan peramah. Aku ingat ketika itu dia macam bidadari. Pakaian serba putih. Atau mungkin seluar hitam. Aku tak ingat. Aku hanya ingat si dia ketika itu serba putih. Serius macam bidadari. Masa tu si dia awek orang. Jadi aku tak kacau. Aku tak suka kacau awek orang. Masalah.

Aku fikir ketika sekolah, aku tak rapat dengan si dia. Sebab kami hanya berjumpa bila tuisyen je. Dan aku tak fikir macam aku banyak cakap pun. Tak tau. Tuisyen bayar mahal jadi aku rajin siapkan kerja dan belajar. Bila fikir balik, kalau tak gi tuisyen memang melingkup add math aku.

Sejak putus dengan AH, dan tahu Cahaya Kemuliaan ada orang lain. Aku hidup solo. Aku tak mencari sebab aku tak pernah mencari. Aku fikir... Tapi dalam hati aku, aku sedar ada Cahaya Kemuliaan. Jadi aku diamkan sahaja. SPM aku jayakan. Belajar sehingga lumat.

Habis SPM aku kerja, 7-11. Dan dalam masa ni, aku mula rapat dengan Si dia. Rapat macam mana aku tak ingat. Hanya bercakap melalu telefon bila aku ada masa. Kadang curi masa kerja. Haha... Dan tak lama selepas tu aku bersama si dia. Tapi jujur kata, hati aku masa tu masih pada Cahaya Kemuliaan.

Hanya bodohnya aku... aku tidak sedar aku akan menyakiti si dia...

Aku fikir sebelum aku bersama dengan si dia aku ada beritahu tentang perihal Cahaya Kemuliaan. Aku fikir aku ada. Dan aku fikir dia tak kisah. Memandangkan dah habis sekolah jadi kemungkinan aku nak jumpa Cahaya Kemuliaan tu 0%. Jadi tak salah kalau aku move on.

Sangkaan aku meleset. Hati aku sentiasa pada Cahaya Kemuliaan.

Aku masih kolej, masih bersama si dia. Hati masih pada cahaya kemuliaan. Baiknya si dia sebab tak pernah paksa aku buat benda-benda pelik sebab si dia tahu hati aku macam mana. Bila fikir balik aku memang macam t***. Teruk...

Namun keterukkan itu terselah bila aku minta putus dengan si dia. Its just... aku tak fikir aku boleh teruskan. Ketika itu aku tiada niat nak pergi mencari cahaya kemuliaan memandangkan sejak habis sekolah memang dah lost contact. Cuma aku hanya rasa bersalah. Lebih baik biarkan dia pergi. Ada lelaki lain lagi baik kat luar untuk si dia.

Dan biar aku hanyut menyintai cahaya kemuliaan.

Hanyut ni tak lama. Dialog di atas tu adalah masa aku kolej. Dalam minggu-minggu pertama dah ada orang minta no fon. Hebat kan aku... haha... selang hanya beberapa hari, aku kenal M. Serius, hanya beberapa hari. Terpikat. Tapi tak cukup menjauhkan aku pada cahaya kemuliaan.

Dan ketika itu M dan aku jadi rapat. Belajar sama-sama kat library. Keputusan exam aku terus sky roket. Ya, terus jadi bijaksana. M serius study. Aku aku ingat ada banyak malam aku tidak tidur study selepas beberapa minit berbual dalam telefon dengan dia hanya semata-mata untuk study.

Untuk tunjuk pandai mungkin.

Tapi semua ni tak lama bila mulut aku sendiri cabul. Bila aku bergurau dengan dia aku kata aku bosan, dan ajak dia bersama. Dia jawab tak nak tapi kalau ditanya lagi soalan sama... dia akan jawab ya... Hanya yang sengal je tak faham yang dia memang nak.

Dan bertambah sengal bila aku tolak, dan berkata aku tak mahu, aku hanya mahu berkawan. Dan sejak itu aku kehilangan dia. Kami jarang bersama dan lama-lama hilang rutin dia dalam rutin aku. Sedih!? Entah. 3 bulan sahaja. Tak lama pun tapi kehilangan dia bila fikir balik adalah kehilangan terbesar aku sebab...

Sebab... sepanjang aku kenal dia, keputusan aku memang terbaik. Mula rajin belajar. Mula bersenam. Cergas dan cerdas. Dia pemangkin. Dan penjana minda sengal aku ni. Sepanjang kehidupan aku, pencapaian yang paling aku rasa puas adalah ketika bersama M.

Tapi sayang... aku tidak punya perasaan untuk dia.

Tak lama... aku tak pernah rasa sunyi. Sebab tak lama selepas tu si dia muncul semula dalam hidup aku. Dan kami bersama buat kali ke 2. Aku yang nak. Aku tak tahu kenapa. Tapi kali ke 2 ni lain. Sebab semangat ketika bersama M tu menghilangkan cahaya kemuliaan... untuk sementara.

Kali ke 2 bersama si dia itu adalah seronok. Bebas dari cahaya kemuliaan aku fikir. Jadi memang seronok. Dan masa-masa ni aku belajar jadi lebih caring, romantik. Heck... aku buat CD mix untuk hari jadi dia. Aku memang hebat. Kau ada?

Tapi keseronokkan itu tak lama. Aku diganggu aku fikir oleh bayangan silam. AH datang semula dalam hidup aku. Aku pedendam aku fikir. Sebab tu aku tak suka marah. Dan sebab itu aku banyak diam. Dan sebab itu, minggu pertama aku di universiti, aku hati kering tinggalkan si dia untuk pergi pada AH.

Hanya untuk buat AH lihat dan rasa apa yang aku rasa... dulu...

Dendam korek 2 kubur, tapi aku korek 3... satu lagi untuk si dia. Aku betul-betul hilang akal. Tak lama pun aku fikir. Aku putus hati kering AH dan duduk seorang diri.

Hidup solo aku ni lama. Tapi kemudian aku kenal dengan T, tapi kene rejek lak. 1st time kena rejek. Bangang. Haha... itulah dunia. Tak selalu kau nak kau dapat. Tapi bagus jugak kena rejek. Aku jahat pun. Hati kering.

Hidup solo kat ni sangat lama. Tak banyak benda aku ingat bila hidup solo ni. Benda aku tahu, makan, bila ada exam study, bila ada masa main game. Hidup aku jadi macam budak sekolah kau boleh kata. Tak banyak benda yang menarik untuk aku cerita. Kosong. Tapi dalam hati ada tercalit rasa sedih dengan apa yang aku dah buat. Sedih untuk aku. Sedih untuk si dia. Tapi lelaki macam aku... lebih baik si dia jauhi.

Tahun 3 kalau aku tak salah, maaf malas nak check diari, aku kenal Cahaya Pembuka Hatiku. Kali pertama dia macam kanak-kanak. Comel. Teman wanita paling seronok aku fikir. Banyak kenangan manis dengan dia. Dia dapat keistimewaan lebih dari yang pernah aku beri pada perempuan lain aku fikir.

Mungkin kerana aku dah tua sedikit berbanding aku yang dulu. Lebih romantik. Lebih memahami. Bersama dengan si dia bawa banyak kebaikkan. Forex juga datang dari dia. Semangat keusahawanan ini juga datang dari dia. Sikap tidak mengaku kalah juga datang dari dia.

Dia sangat hampir menjadi teman wanita paling sempurna. Kuat merajuk, comel, baik, ustazah (haha...) dan paling penting dia tak pernah buat aku bosan bersama dengan dia. Dia selalu buat aku aktif. Mengingatkan aku pada M. Kalau kau tanya teman wanita yang sempurna bagi aku hanya dia yang mampu menghidupkan aku.

Sebab tanpa mereka. Aku hidup pun, serupa aku mati.

Yang menjadi cahaya pembuka hatiku tidak sempurna adalah kerana dia perempuan. Dan aku lelaki. Aku jarang marah. Jarang sangat. Cuma ada satu ketika, dia buat aku amat marah... Dan sekelip mata aku lepaskan dia.

Menyesal. Amat... Perempuan baik... Aku takkan dapat lagi. Dia yang terakhir. Kegembiraan, keseronokan dan kecomelan itu adalah terakhir. Aku takkan dapat lagi. Perempuan baik hanya untuk lelaki baik... Tuhan sayang dia lebih dari aku. Dan Tuhan berikan dia lelaki yang jauh lebih baik dari aku...

Ini adalah harem dan aku takkan sunyi. Sebab si dia datang kembali. Dan hanya ketika ini baru aku mula ceria semula. Banyak pengalaman dan aku jadi tamak. Kami mula fikir jauh dan aku mula serius untuk habiskan degree aku. Bila fikir balik, mungkin itu kali pertama aku betul-betul usaha untuk cinta.

Aku jadi terlalu serius. Mula kurang tidur. Degree dan forex. Aku sapu semua. Aku langgar. Sebab aku nak bersama dengan si dia...

Kali ke 3 ni bukan seperti selalu. Aku betul-betul nakkan ianya berjaya. Aku dan si dia. Kami mula bincang benda yang serius. Masa depan. Kali ke 3, jadi dah tak perlu nak kenal-kenal dah aku fikir. Sebab aku kenal dia, dia kenal aku...

Cuma... aku lupa... dalam keseriusan aku... aku lupa... aku abaikan dia... kerja jadi terlalu sibuk. Aku jadi terlalu penat. Jadi aku lupa si dia. Dan seterusnya kau semua tahu...

Dah berapa lama... Dekat 3 tahun. Selepas si dia aku tiada siapa-siapa. Kerana kehilangan si dia bawa impak besar dalam hidup aku. Aku jadi serabut. Walaupun selepas itu aku kenal, aku jumpa tapi aku tak buat apa-apa.

Seperti Makhluk Tuhan Paling Comel. Aku masih tak buat apa-apa. Seperti bidadari ketika aku di PLKN, aku tidak buat apa-apa. Tak seperti kali pertama aku kenal si dia... aku sedar jika si dia masih berada di hati aku, aku tak boleh bersama dengan orang lain.

Pengalaman mengajar aku untuk setia pada hati. Kerana apa sahaja kau lakukan, kau akan berasaskan pada hati. Dan kerana itu kita diajar untuk berhati bersih. Agar kau tak lupa, tidak marah dan tidak menyesal kemudian hari.

Dan sebab itu aku masih di sini. Tiada perempuan lagi. Tiada harem lagi. Aku hanya seorang diri. Duduk jauh melihat orang lain bahagia. Aku tak pernah tanya pada diri aku kenapa tidak aku bahagia. Sebab aku tahu aku sudah bahagia dahulu. Aku perlu rehat dan baru mampu bahagia kemudian.

Dan sebab itu Tuhan tarik banyak keistimewaan aku dahulu. Aku tak lagi petah berkata. Fikiran aku jadi slow. Dan hati aku jarang tenang. Dan dalam hati yang penuh ini hanya kosong aku rasakan.

Aku selamat dari kubur pertama ketika dendam aku pada AH. Tapi aku mati ketika aku dendam pada si dia. Dalam keadaan yang terdesak, aku jadi nekad hidup semula dan mati dalam kubur ke dua, dendam yang sama. Dendam perlu 2 kubur. Aku tak mahu si dia mati untuk kubur itu.

Aku tak lagi salahkan si dia. Bila aku teringat masa dahulu, aku tahu aku banyak buat salah. Kau baca kau pun tahu betapa jahatnya aku. Aku tahu aku tahu...

Tapi aku tak pernah menyesal kenal si dia. Walaupun ketika si dia tinggalkan aku. Kalau diberikan peluang untuk balik semula, aku mahu balik dari hari pertama aku kenal A. Kerana dari situ aku akan bertahan sehingga aku berjumpa dengan si dia. Kerana si dia layak untuk dapat lelaki yang baik.

Dan aku mahu jadi lelaki seperti itu.

Dan biar masa aku selalu dengan si dia. Walaupun aku tak sehebat ketika aku bersama M. Ataupun seronok ketika bersama cahaya pembuka hatiku. Tapi aku yakin aku mampu capai lebih dari apa yang aku telah capai dahulu. Kerana bila kita tua, kita berpengalaman, dan kita tahu selok belok semua benda.

Sekolah tak sukar, kolej tak sukar, universiti juga tidak sukar. Jadi aku ada banyak masa untuk si dia. Jadi aku tiada alasan untuk abaikan si dia, berdendam tak tentu pasal atau sentiasa hidup gembira.

Seperti yang selalu si dia mahukan. Gembira...

Boleh buat manga kan? Mesti laris. Rasa nak melukis semula. Buat komik. Kisah cinta. Sebab bila aku baca manga, bila protagonis lelaki ni buat keputusan bangang, aku senyum. Sebab aku faham kenapa. Sebab aku pernah merasa saat itu.

Aku hilang si dia, hilang cinta dia. Tapi tidak dalam hati aku. Tapi bila sampai saat ini, aku rasa seperti saat aku menunggu kesudahan manga yang aku baca. Lepas tu jadi apa. Aku tak tahu. Ini cerita aku.

Macam-macam boleh jadi. Mungkin ada watak baru. Mungkin si dia...

Aku belajar... ada banyak jenis perempuan. Dan satu persamaan... mereka tak fleksible. Kalau dapat jenis comel macam Cahaya Pembuka Hatiku, kau kena melayan. Kalau dapat jenis serius macam M, kau kena serius. Kalau dapat jenis macam AH, kau kena selalu tanya, temankan dia.

Dan kalau kau dapat jenis macam si dia... kena kuat, kena selalu temankan,  kena banyak dengar, kena hati kering, kena banyak tahu, kena jadi yang memulakan, kena jadi romantik, kena hati-hati dan kena cemburu err... kena pandai ambil perhatian dia.

Sebab mereka tak fleksible. Jangan ubah mereka. Kelemahan mereka itu adalah daya tarikan mereka. Charm. Dan kita lelaki fleksible. Sebab macam mana pun yang mendatang, kita masih berdiri. Kuat... untuk mereka.

Kau sedih ke? jangan la... buat apa? ini cerita aku. Kau ada cerita kau sendiri. Cerita sedih ni cerita aku. Hanya untuk aku. Aku bercerita hanya untuk meluah. Untuk mengingat. Kerana suatu hari nanti aku akan lupa.

Lupakan semua ini dan mula untuk bahagia.... maju ke hadapan kan?

Tapi buat masa ni... ia lebih baik aku bergerak seorang. Aku takde hati. Semua masih ada si dia. Aku pun masih belum betul boleh terima orang lain selain dia. Menerima dia? aku tak tahu. Tanya aku sekarang aku tak tahu.

---

Tapi membaca ini semula, melihat betapa haremnya aku... aku fikir patut maafkan dia. Lupakan dendam ni. Hilangkan kemarahan ini. Dan menunggu...

Menunggu... si dia... atau bidadari... untuk tarik aku naik ke syurga. Sebab selain si dia, aku rela tinggalkan segalanya untuk syurga... lagipun itu yang patut kita kejar kan? syurga...

Aku ucap selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...