Bila menulis tentang perasaan, kebanyakkannya hanya syok sendiri. Dan sebab itu aku tak pernah kisah kalau tiada pembaca. Walaubagaimanapun, ada satu post kat sini aku delete, sebab post itu jika dibaca akan bawa salah faham.
Aku tak boleh tidur. Terfikir kenapa... atau terkenang...
Aku teringat aku pernah berkata pada si dia, yang aku cintakan si dia bila kali ke tiga kami bersama. Dan kemudian si dia tanya, bagaimana yang pertama dan ke dua...
Aku hanya terdiam.
Aku tak pandai menipu bila berbicara pasal perasaan. Memang aku begitu. Kerana dimuka aku akan tertulis perkara sebenar. Aku tak pandai sembunyi perasaan dan sebab itu aku selalu jujur, buat muka tegar dan pasrah meluahkan sesuatu.
Tapi bila fikir balik... hm...
Aku tak tahu nak tulis bagaimana. Aku terfikir, kenapa dahulu dengan Cahaya Kemuliaan aku betul cintakan dia sehingga dia milik orang, aku senang buang. Aku terfikir, hati aku agak mudah. Mungkin kerana fikiran aku yang selalu kacau, dan selalu terlebih fikir buat perkara dalam hati aku rumit.
Beberapa hari lepas, orang tanya aku... mungkin aku tak pernah cintakan sesiapa pun. Dan kalau dipandang dari segi itu, masalah hati kau selesai. Sebab dari mula, kau hanya suka, dan hanya suka... Tak lebih... tak kurang. Dan suka tidak berkekalan, seperti benda-benda lain.
Kerana memang sifat aku yang bila aku suka, ianya sementara...
Orang kata mungkin aku sunyi. Jadi minda bermain untuk aku bersekongkol dengan rasa kosong dalam hati. Kalau difikirkan begitu, amatlah kejam aku pada semua ex aku. Kerana aku suka, aku tak pernah menyinta.
Aku jadi berat. Orang berkata lagi, fikir... kenapa kau sukar nak maafkan si dia. Kenapa bila aku ditinggalkan, baru aku sedar aku cinta... bukan lagi suka...
Berat... Kerana itu bukan cinta. Itu hanya dendam. Ego mainan perasaan.
Tersentap. Kerana jika dilihat pada perspektif begitu, sememangnya aku tak pernah jatuh cinta.
Aku fikir aku teringat ketika aku berpisah dengan Cahaya Pembuka Hatiku, di mana dia kata... jika betul selama bersama dalam hati aku tak pernah ada dia, semuanya bohong.. jadi buang semua post di blog kami.
Aku terfikir... dan aku buang... semua... kemudian tak toleh belakang lagi.
Bercakap pasal hati... yang tak pernah kenal cinta...
Ha ha... Mungkin ini hanya mainan fikiran. Tapi ada kebenarannya... Kerana itu aku marah. Perasaan itu yang membuatkan aku marah. Ego...
Aku buat keputusan yang betul bila aku lepaskan Cahaya Pembuka Hatiku, dia perempuan baik. Aku tak layak untuk dia. Sama juga dengan orang lain.
Aneh...
Orang kata, dalam dunia aku tiada cinta... hanya kosong. Standard aku terlalu tinggi barangkali. Kerana aku impikan bidadari sejak aku lahir. Mungkin kerana aku pernah nampak seorang, kerana itu aku jadi kosong sepanjang hidup aku...
Aku nak fikir begitu...
Kadang aku harap aku dilahirkan blur, bukan pura-pura blur... Bukan kerana untuk menjaga hati. Agar aku tidak sedar apa yang berlaku disekeliling aku. Supaya aku puas hidup, dan pergi dengan cepat...
Tapi aku dilahirkan sihat, dan cepat melihat apa yang berlaku di sekeliling aku walaupun aku sepertinya tidak kisah. Perasaan... Manusia hanya bertindak berdasarkan persekitaran, dan perasaan. Kerana mata aku tidak menipu, aku nampak kenapa setiap kali perempuan marah tanpa sebab, menangis tanpa sebab...
Dan kerana mata ini, aku fikir mungkin... mereka boleh isi kekosongan aku.
Sayang betul aku hidup hanya percaya ini... perasaan...
Ini kata orang... Mungkin dia betul. Mungkin hanya mahu sedapkan hati aku. Kawan yang baik. Aku takkan pernah lupa. Dia tidak racun aku. Sebab dia faham aku, dia kata begitu. Mungkin betul katanya...
Aku tidak pernah bercinta. Ia hanya mainan minda atas desakan kekosongan dalam hati. Kadang aku terfikir kenapa bila aku bekerja, aku boleh beri usaha yang lebih. Permainan minda, atas desakan hati...
Ha ha... kalau aku fikir begini, manga aku takkan siap sampai bila-bila. Orang takkan nak baca kisah hati yang kosong dan tak pernah dipenuhi oleh apa-apa.
Aku tiada minat. Tiada yang kekal dalam hati aku. Aku harap kau salah kawan, kerana jika kau benar, aku dah bazir 12 tahun percaya benda yang tiada. Tidak pernah ada...
Tapi aku harap juga kau betul kawan... Kerana dengan maklumat ini, aku sedar aku punya potensi besar untuk melakukan sesuatu...
Suatu hari, jika aku dapat jawapannya, barangkali aku jadi pemaaf. Dan penenang.
Huhu.. aku membebel lagi... aku ucap selamat... oh ye... aku yakin kau tak faham... tidak apa... teruskan tekan butang x... aku tak pernah kisah...