Followers

Gamers

Monday, December 10, 2012

Eve Online

Eve Online adalah game MMORPG sci-fi angkasa lepas yang bagi aku unik dan agak realistik berbanding game online lain yang aku pernah cuba. Aku tak pro, game online yang aku main hanya Atlantica Online dan Dragon Nest.


Eve Online bukan seperti kebanyakkan game, naik level dan kuat. Bukan... Matlamat Eve Online adalah seperti dunia kita, buat duit. Dan banyak benda kau mampu lakukan untuk jadi kaya. Tema untuk game ini adalah angkasa lepas. Dan bila kita sebut angkasa lepas, kita terfikir bintang, bulan, planet.

Aku pula terfikir betapa luasnya tempat untuk kita terokai.

Aku jadi minat mencuba bila digarap dengan idea luasnya tempat kita mampu teroka. Dan dengan keluasan ini banyak yang kita mampu lakukan. Dengan peluang dan pengetahuan, aku fikir ia adalah sesuatu yang menarik untuk dicuba.

Game ini adalah jenis berbayar. RM50 macam tu tiap-tiap bulan. Aku baru main dan masih pakai 14 hari trial. Aku tak fikir aku akan bermain lama memandangkan ianya MMORPG. Aku hanya mahu mencuba.

Pertama kali memiliki kapal angkasa lepas, dan melakukan misi aku fikir... betul. Angkasa lepas memang luas... dan sunyi... Bila masuk hari ke 3 aku sedar game ni memang tak sesuai langsung untuk bermain solo.

Ada orang komen mengatakan lagu dalam game ni teruk. Bagi aku, ianya ok. Memandangkan kau di angkasa lepas, suasana amat sunyi. Lagu yang dimainkan bersesuaian dengan perasaan sunyi di angkasa lepas. Bayangkan kau berada di tengah-tengah stadium pada waktu malam tanpa lampu. Dapat kau bayangkan.

Untuk berjaya dalam game ni aku fikir sama seperti cara untuk berjaya di dunia sebenar. Bersosial dengan orang yang betul. Jika kau bersosial dengan orang yang baru main, mungkin kau takkan sampai ke mana. Seperti dunia sebenar, jika kau mahu jadi ahli musik, takkan kau rapat dengan mekanik pulak.


Macam aku cakap, matlamat game ini duit. Dan untuk buat duit, seperti dunia sebenar kau kena kerja, buat kawan dan jika kau hebat... bina empayar. Empayar adalah sesuatu yang besar. Dan di Eve Online, jika kau boleh lakukan itu dalam masa yang singkat, tahap motivasi, kepimpinan dan sosial kau memang tinggi.

Hm... cukup la setakat ini. Aku sebenarnya bukan nak buat review, cuma nak kata sesuatu berkaitan betapa besarnya angkasa lepas dan cuba relatekan dengan apa yang aku rasa... Tapi nampaknya macam tidak berhasil. Mungkin tak kena mood. Aku ingat nak delete post ni... tapi biarkan la...

Aku ucap selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...