Followers

Gamers

Wednesday, April 23, 2014

Maaf atas kelewatan dan kegilaan ini...

Aku nak menulis tentang Si Dia. Tapi serius aku tak tahu mahu menulis apa. Jujur, seronok menulis tentang Si Dia. Melepaskan rasa hati yang sentiasa terbuku.

Ada yang bertanya adakah benda yang aku tuliskan ini adalah coretan novel atau kisah sebenar. Aku agak tergamam. Adakah penulisan aku ini seperti menulis novel ketika aku menceritakan tentang Si Dia. Jujur, aku tak tahu.

Stail aku menulis tentang Si Dia sentiasa pada sudut pandangan pertama. Bermakna pada belah bahagian aku. Aku tak pernah menulis pada pandangan ke tiga. Aku tak tahu jika ada penulis novel yang menulis pada pandangan pertama; jika ada.. well, itu amat menarik... mungkin.

Tentang novel atau kisah sebenar, aku biarkan misteri. Boleh kan? Publisiti? heh...

Tapi aku tahu Si Dia membaca. Dan Si Dia tahu aku sedang menceritakan tentang dirinya. Tak ramai faham cara aku berfikir dan sebab itu Si Dia antara yang tahu apa yang bermain dalam fikiran aku. Lagipun hidup aku bukan misteri pun memandangkan aku agak terbuka dengan kisah hidup aku.

Beside, aku bukan artis. Jadi kenapa aku perlu takut orang nak sangat ambil tahu kisah hidup aku.

Dah hampir 5 tahun sejak kami berdua berpisah. Umur yang semakin lanjut ini buat aku tenang menerima apa yang berlaku pada diri aku, dan hubungan aku dengan Si Dia. Aku tak lagi marah. Hanya menyesal kerana Allah beri aku banyak peluang untuk hidup bersama perempuan yang baik tapi tak pernah sekali aku cuba untuk menjadikannya realiti.

Aku sentiasa fokus pada kerja dan hobi. Meninggalkan perkara yang boleh membawa kebahagiaan kepada aku. Dan mungkin sebab itu aku tidak pernah usaha mendapatkannya.

Aku pernah tanya, apa akan jadi pada aku jika suatu hari Si Dia post gambar kahwin dia dengan orang lain. Aku tak boleh jawab di sini. Itu kebahagiaan Si Dia. Aku taknah Si Dia menjadi mangsa dengan kegilaan aku di sini.

Aku tahu tidak baik untuk aku tidak berusaha mendapatkan Si Dia. Bila aku buat keputusan aku masih cintakan Si Dia, aku tahu aku perlu usaha. Tapi melihat keadaan aku sekarang, dan kegilaan aku mengejar kegembiraan aku, aku tak fikir ini dapat membahagiakan Si Dia.

Panggil aku loser atau seumpama dengannya. Kerana aku sedar seumur hidup aku mengejar kegembiraan, keseronokan dari mengejar kebahagiaan.

Aku dah lewat setahun untuk bersama dengannya. Si Dia layak bersama lelaki yang lebih baik untuk aku. Aku tak pernah sedih bila orang lain jumpa dengan kebahagiaan mereka. Dan aku harap aku mampu bertahan bila Si Dia berjumpa dengan kebahagiaannya.

Dan lewat setahun ini juga membuka peluang dan semangat baru untuk aku teruskan plan B hidup aku. Aku tak tahu jika Si Dia masih ingat, tapi aku tak pernah lupa. Aku minta maaf kalau aku terlewat. Dan aku minta maaf jika plan B ini aku jalankan tanpa Si Dia.

Aku gembira bila Si Dia kemaskini blognya. Menceritakan tentang kehidupannya. Buat jantung aku skip beberapa denyutan dengan gambarnya. Man... stalker never good even if it for good cause. Kalau skip lebih lagi mungkin aku perlu ke hospital.

Aku mungkin bertuah. Ketika dahulu aku mengingati Cahaya Kemuliaan dan membandingkannya dengan keadaan sekarang, aku kata Cahaya Kemuliaan sudah tidak sama. Dan dia terus hilang dalam hidup aku. Dan bila aku lihat Si Dia, dalam hati aku sentiasa tidak berubah. Si Dia tetap sama.

Lainlah kalau Si Dia guna photoshop ke apa untuk kelihatan muda dalam gambar.. Haha... Jika tidak, bagi aku Si Dia tak pernah lagi berubah.

Jam menunjukkan 4 pagi. Aku ada satu lagi post untuk blog lain untuk hari ni.

Kalau Si Dia membaca ini. Hm... Aku minta maaf kerana menjadi lelaki yang bawa kesedihan dalam hidup Si Dia. Aku tak mahu minta apa-apa kecuali kebahagiaan dan kesejahteraan hidup untuk Si Dia. Aku sudah menyesal dan kemungkinan besar bakal menyesal lagi kerana aku mahu meneruskan kegilaan ini. Dan untuk itu aku minta maaf.

Tapi dalam hati aku... hm... aku berharap... aku sempat menjadi lelaki yang hebat... agar aku dapat menebus segala kesedihan yang pernah aku bawa dalam diri Si Dia.

Buat masa ini, life must move on. Aku perlu meneruskan kegilaan ini. Aku hanya perlu berdoa dan berharap dengan kuasa-Nya melempang aku agar menyimpang dari kegilaan ini dan menjadi normal... seperti manusia lain.

Terima kasih. Saya amat bersyukur awak masih cantik seperti dahulu...

Aku ucap selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...