Followers

Gamers

Tuesday, April 22, 2014

Tuliskan sahaja.

Aku suka menulis. Menulis bagi aku adalah aktiviti melepaskan stress yang terbuku dalam minda. Tak kiralah sama ada benda yang terbuku tu adalah mengarut, ilmiah ataupun mainan perasaan.

Banyak penulisan aku bukan untuk tatapan umum. Aku pernah kata, dalam blog ini sahaja terdapat banyak draf penulisan aku yang aku tak terbitkan. Terlalu banyak perasaan, ataupun pemikiran yang terlampau yang aku fikir tak baik untuk diketahui umum.

Aku selalu fikir, aku hanya manusia. Punya suara yang besar namun tak semua mudah mendengar. Semua orang begitu aku fikir. Aku percaya dengan hanya suara, kita mampu mengubah dunia. Semua orang ada potensi. Tapi tak semua mampu bersuara yang mampu didengari oleh orang ramai.

Benda yang aku suka tulis adalah berkenaan diri aku, benda yang aku minat dan permasalahan. Aku jarang menulis mengikut trend. Sebab itu kau tak jumpa aku menulis tentang MH370 kat sini. Itu untuk blog lain. Aku suka cari niche yang aku fikir evergreen, selamanya ada orang membaca. Hm, itu subjektif. Sebab niche yang evergreen agak sukar untuk di tulis.

Dan aku tak kata segala topik aku post kat blog ini adalah evergreen. Aku hanya mencuba nasib. Dan ada beberapa post dalam blog ini dikunjungi orang setiap hari. Nasib.

Aku tak pernah fokuskan apa jenis bahan penulisan aku. Jika aku rasa mahu menulis aku terus tulis. Dan bila aku nak terbitkan, aku baca berulang kali. Jika rasanya tak bawa masalah kepada aku masa hadapan, aku terbitkan.

Walaupun internet adalah medium yang global, di mana aku mampu menulis tanpa mengwar-warkan identiti aku, aku perlu berhati-hati. Tak semua orang mampu terima apa yang aku fikir. Dan dalam pengalamanan aku menjejaki penulis asal sesuatu bacaan yang aku baca, tak sukar rasanya untuk orang luar tahu siapa aku.

Topeng yang aku pakai ketika menulis di blog ini, dan blog lain bukan sahaja untuk aku, tetapi untuk orang yang rapat dengan aku. Aku ada juga menulis penulisan yang radikal yang tidak aku terbitkan di sini. Pengalaman aku, ada manusia yang tak mampu menerima kebenaran.

Dan sebab itu aku faham jika ada pemerintah sesebuah negara menyembunyikan sesuatu maklumat. Kita, manusia tak cukup mampu menerima segala realiti yang terjadi dalam dunia ini. Senang rasanya ditipu. Bak orang putih kata, Ignorance is bliss.

Lagipun setiap kali kita menulis dan menerbitkan penulisan kita, kita sentiasa terdedah dengan risiko menulis informasi yang salah. Kita hidup dalam dunia maklumat dimana maklumat bukan lagi sesuatu yang sukar diperolehi. Dan ini menjadi satu masalah bila kerana lambakan maklumat ini kebanyakkannya adalah palsu.

Dan menjadi masalah untuk penulis seperti aku yang hanya menulis-tanpa-berfikir-panjang. Aku tiada editor. Aku hanya menulis.

Hm...

Well, aku hanya menulis. Terima kasih kerana membaca. Aku tahu post ini agak tergantung dan kurang berkualiti. Heh... Jadi jangan marah.

Aku ucap selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...