Hari ini aku di dalam 'foul mood'. Kerja mula berlambak. Aku mula tak tahu nak mula dari mana. Maka, aku buat keputusan untuk tinggalkan semua kerja aku dan pergi berseronok. Ya, kerja takkan habis dan kadang-kadang putus asa itu lebih baik untuk menjaga nafsu malas masing-masing.
Cara aku berhibur, tak seperti orang kebanyakan. Aku lebih rela membaca blog orang lain dari membalas sms. Mengapa? kerna wang. Ya, aku akui aku materialistik. Dan aku boros. Dan kerana itu aku tabur hampir semua masa aku untuk wang. 24, hampir 67% aku berikannya kepada wang. Setiap masa untuk setiap ringgit. Mungkin esok bila aku dah ada kaki sendiri, usd mula menjadi mainan.
Berbalik kepada berhibur. Blog yang aku pilih untuk baca biasanya blog yang berunsurkan kehidupan seseorang. Ya, yang diceritakan lebih jujur, sinis dan telus. Aku sukakan dan kagum dengan mereka kerana penulisan mereka yang berupa dari hati.
Aku akui, mereka gunakan bahasa yang bagi aku 'boombastik'. Liberal, kapitalis dan sebagainya. Dan ada juga antara mereka menggunakan bahasa yang kasar. Yang bakal memberikan imej perosak kepada manusia yang sayangkan agama. Namun tidak aku. Aku terbuka. Aku terima segalanya. Dari angel ke devil. Aku terima dengan hati terbuka dengan akal yang berfikir. Kerana ia semua datang dari kita. Manusia.
Namun bila membaca mereka, di dalam aku seakan memberontak. Ya, aku kagum kerana mereka lebih telus dari aku. Aku tak mampu guna bahasa itu kerana aku tidak terlatih untuk itu. Namun tidak di hati, aku lebih buas dari fizikal aku.
It's fun. Aku terhibur. Mengetahui kisah haluan kiri dalam hidup seseorang. Ya, mereka tidak percaya cinta, namun ada antara mereka mengelak untuk bercakap tentang Tuhan. Aku faham, ego. Mereka ada hidup sendiri, ada sejarah sendiri.
Aku tidak kuat. Kerana itu aku percaya pada Allah. Dia sentiasa sayang pada hambanya. Aku juga pemberontak. Namun aku tidak tunjukkan di sini. Kerana aku takut hilang kamu semua. Pembaca aku, kawan-kawan aku dan juga cinta-cinta aku. Aku sayang kepada kamu semua.
Mungkin jika mereka (empunya blog yang aku baca) membaca ini, jijik barangkali. Ah, pedulikan. Aku hanya berkata sesuatu dengan baik. Jika semua mahukan kepala sendiri, maka lihatlah dunia ini esok. Tiada aman. Ya, kamu boleh tapi jaga setiap langkahmu. Tuhan sedang memandang dan Dia tahu membaca. Ingat! Bila masanya sampai, kamu akan tahu siapakah yang patut kamu sujud sekarang.
Pasti semua rasa aku tidak telus di sini. Bukan, aku telus namun aku tidak mahu tunjukkan di dalam bahasa. Ya, aku kagum dengan ayah aku. Dia tidak pernah marah aku. Ajarannya dengan ayat yang sinis, buat aku mahu berfikir. Dan itu orang kata 'makan dalam'. Dan ia lebih sakit dari sebatan rotan bertalu.
Pembaca aku, yakin bahawa kamu adalah kawan-kawanku. Aku harus jaga bahasa dan dalam masa yang sama harus tonjolkan ini aku. Ia sukar namun aku fikir aku berjaya. Dan bagi mereka, yang terlalu telus, sukar untuk aku katakan 'teruskan'. Kerana aku suka membaca, kerana juga aku takutkan 'saham' dosa.
Blog, barangkali inilah caranya. Telus. Tiada siapa yang tahu maka ramai mahu telus. Mungkin aku juga harus keluarkan kebuasan aku sendiri. Haha...
Dah la... penat mengarut. Aku nak sambung baca lagi...
Kerana dalam hidup, aku manusia, dan kau manusia. Ada hati dan akal. Dan kita takkan jauh lari dengan rasional dan emosional kita
Followers
Sunday, March 30, 2008
Saturday, March 29, 2008
Tag : Ada apa dalam beg...
Kena tag dari tempe. Sibuk nak tau apa ada dalam beg. Well, as student yang rasakan kuliah tu satu tempat yang tak best tapi kena pergi. Ni je ada dalam beg aku pada 10.56pm, 29 Mac 2008.
ada kalkulator, pensil box (yang bukan pakai kotak) n beberapa kertas A4 yang kosong dan bercetak. Buku? haha, semalam punya kelas memang tak de buku sebab aku sangat malas nak bawak semalam. Penat dengan karenah pensyarah yang dahagakan assignment dan projek aku... Ok tempe, puas hati...? haha...

Thursday, March 27, 2008
Rindu? Maka nyanyikanlah cinta...
Jam menunjukkan 4.30 pagi. Menguap dan terkebil-kebil mataku memandang buku. Ya, ada ujian pada malam ini. Memang menjadi kebiasaan aku tidak tidur jika pada keesokkan harinya ada ujian. 'Last minute'? hm.. boleh kata begitu tapi bukanlah segalanya aku tinggalkan pada minit terakhir. Cuma usaha yang terhabis baik sering aku tinggalkan pada masa-masa begini. Mengerti? Bererti aku memang suka study last minute. Hahaha...
Dan juga menjadi kebiasaan aku memasang lagu agar aku tidak pula menyanyikan nyanyian dengkuran. Selalunya aku memasang lagu yang lebih kepada minus one atau senang cerita tiada suara orang menyanyi. Hanya instrumen. Terkini aku mendengar soundtrack dari filem Hitman. Aku lebih selesa mendengar lagu seperti itu ketika belajar. Sebabnya seperti kalian dapat sangka, aku suka menyanyi... Haha, bayang sahaja otakku berfungsi sebagai buku pelajaran dan radio dalam satu masa. (Aku bukan dual core k.)
Namun tidak pada malam ini. Hatiku sakit. Ya sakit menahan rindu. Rindukan si dia. Kata orang pabila rasa rindu maka sibukkan diri. Namun kedinginan malam membuat hatiku lembut menyambut rasa rindu yang sebentar tadi hilang dek kesibukan dunia. Walaupun baru sahaja ber'sms', namun rasa itu tidak hilang. Maka, sesuatu perlu aku lakukan.
Ya, adat orang bercinta. Ramai yang memilih untuk mendengar lagu cinta bila terasa rindu yang memuncak. Maka, pagi ini lagu cinta menjadi carta no 1 untuk didengari. Lagu pilihan, tentu sekali suara-suara tahun 80-an menjadi pujaan. Mengapa? Kerap kali ketika berkaraoke bersama rakan, lagu-lagu rock kapak terus menjadi hadiah sumbangan dari suara-suara yang tidak lepas ujibakat AF. Haha...
Sepanjang aku hidup, aku rasakan lagu Rock Kapak ini lebih tulus, jujur dan ikhlas. Liriknya yang melayan perasaan dan sanubari membuatkannya mempunyai perasaan 'evergreen'. Ya, sedari aku kecil umur tidak sampai belasan sehingga sudah sampai puluh, aku masih lagi menggemari Rock Kapak. Jiwang? semestinya aku memang. Kalian tidak suka? Meluat? Poyo? haha... siapa sahaja yang tidak mempunyai minat yang pelik di dunia ini. Kita manusia berbeza bukan?
Namun, setelah lama aku melayan lagu Rock Kapak ini sambil belajar sambil menyanyi (haha...), aku baru tersedar yang kebanyakkan lagu mereka adalah kisah cinta sedih. Perpisahan, pernantian, curang dan patah hati menjadi tema mereka. Mengapa ya? adakah kerana zaman 80-an dahulu adalah zaman dimana ramai yang putus cinta.
Ambil contoh lagu May - Sendiri. Menceritakan tentang penderitaan yang dialami dek kerana cinta palsu. Akhirnya memilih untuk menyendiri dan tidak bercinta lagi. Tak kurang sedihnya pada lagu nyanyian Teja - Kenangan di Taman Cinta. Menceritakan tentang rayuan dari seorang kekasih yang mahu si dia kembali semula di sini. Last... satu lagi... huhu... Lagu dari Lestari - Sekelip Mata Kau Berubah. Dari tajuknya sahaja dah tau si dia curang namun masih juga dinantikan.
Orang kata, jika kita selalu kata, maka ia boleh jadi doa. Maka untuk mengelakkan ia 'Amin' kan, aku memilih lagu yang tidak membaca unsur perpisahan, curang dan sewaktu dengannya. Salah satu lagu kegemaran aku adalah Febians - Untukmu Sayang. Lagu ini dinyanyian semula oleh Amuk (Yeh yeh...). Lagu slow namun ringkas dari segi lirik, tentang luahan perasaan cinta kepada si dia. Lagu dari Search - Gadisku dan May - Cintamu Mekar di Hati. Huhu... tak larat untuk aku untuk 'review' satu persatu. Cuba sahaja dengarkan di Imeem atau di Youtube. Persamaan lagu-lagu ini, pujian dan janji kepada si dia. Hai... lemah sahaja mendengarnya.
Sedikit terubat juga rindu setelah mendengar lagu-lagu ini. Mengapa? kerana ia mampu membawa aku aku kepada memori indah bersama si dia. Kata orang lagu begini boleh membuatkan kita rasa mengantuk namun tidak pada aku pada malam ini. Aku punya rasa yang lebih segar dan bersemangat (haha...).
Oh, aku perlu sambung belajar. Kepada si dia, hm... sedang enak dibuai mimpi barang kali. Maaf, tiada kata pujangga kali ini. Hanya lagu dan nyanyian buat penawar rindu. Saya tidak senaraikan di sini, namun apa yang di dengar, yang dinyanyikan khas untukmu... Maka jika terasa rindu, maka nyanyikanlah lagu cinta. Barangkali boleh sedikit mengubat rindu.
p/s ; jiwang2 jugak. Kadang telinga ni kena juga dengar lagu nasyid, memuji serta mengekspresikan rasa cinta kepada Allah. Lebih baik lagi mendengar alunan bacaan Al-Quran. Ya, nasihat aku pada diri sendiri dan kalian semua.

Malam dingin membuat mataku mula kabur. Namun pabila mata ini melihat wajah tenang senyuman si dia, rasa rindu mulai memuncak. Alunan demi alunan ku sandarkan hanya untuk mengeksperi rasa ini. Cinta, rindu dan sayang menjadi bait terbaik untuk diluahkan. Moga rasa ini terus berkekalan antara kita. Ya, rasa yang lahir dariNya untuk kita... selamanya...
Sunday, March 23, 2008
Terima kasih semua...!!!
Ha... lama tidak membuat posting. Sibuk.... Sibuk! Namun malam ni aku gagahkan jugak membuat posting demi pembaca setia blog aku... Huhu...
Pertama kalinya aku ingin memohon maaf kepada semua pembaca setia blog aku atas kelembapan pentadbiran blog ni (ada ke...?) dalam mengemaskinikan blog ini. Aku kini sibuk dek kerana projek, assignment (alasan lapok dari budak U), si dia (?... hahaha) dan bisnes... Sedikit dalam hidup aku rasakan masa yang aku ada memang tak cukup. Huu.. kalaulah aku boleh jadi manusia yang tak perlukan tidur...
Pilihan raya juga baru tamat. Memang satu kejutan besar bagi rakyat Malaysia pada PRU kali ini. Namun inilah realiti. Rakyat telah bersuara. Dan inilah demokrasi, di mana kita, kami rakyat Malaysia yang sebenarnya mempunyai hak ke atas negara kami, negara Malaysia yang dicintai. Dan atas sebab ini juga aku mahu membuat alasan sebab tidak meng'update' blog aku. Kerana mahu memberi laluan kepada PRU. (heh, honestly aku tak pandai nak bincang benda2 pasal politik ni. Jadi kalau aku citer benda lain kalian bukan nak dengar... haha...)
Alhamdulillah, kini tamat sudah pertandingan Jomlayan Blogger Mania 2008 Musim ke 2. Keputusannya telah diketahui. Kalau pada musim lepas aku lah juara namun tahkta aku berakhir di sini. Aku hanya menyandang naib juara bagi musim ini. Hanya kalah satu mata dengan juara (Jejerz) dan menang hampir dua mata dengan tempat ke-tiga (Lemon). Namun aku berpuas hati kerana pertandingan ini telah banyak mengubah cara aku membikin posting yang tentunya kalian semua mahu membacanya. Terima kasih kepada semua warga Jomlayan, terima kasih semua pembaca blogku...
Hm, aku rasa sampai sini sajalah... aku pun tak tau mau celoteh apa lagi. Walaubagaimanapun, aku tetap ingat!!! Bahawa blog ini mesti terus hidup. Yup hidup... untuk korang semua.... Hidup Blogger... Hidup Pembacaku sekalian...!!! Hidup!!! Selamat...! Selamat...!

Wednesday, March 12, 2008
JLBM’08 (Week FINAL) : Cintaku Tertinggal di Jomlayan...
Hidup bukan selalunya indah. Ini adalah sebuah drama yang menghayat hati. Kisah satu makhluk yang dahagakan kasih. Baginya cinta bukan satu jalan hidup. Hanya harta dan wang yang menjadi ukuran segala-galanya...
Rm1,000,000 yang aku menangi atas darah yang aku tumpahkan dari yang lain. Ya, aku milik seorang yang kaya. Seorang yang mahu menjagaku sedari aku kecil. Namun masih aku mahu membunuhnya. Kerana peristiwa itu, bisa rampas segalanya daripadaku. Kematiannya berpihak kepadaku. Adalah benar dia tiada waris, dan episod pembunuhan ini tiada siapa yang tahu kerana vila yang ku duduki ini saja tiada mahu yang mendekati. Dan tentu sahaja akulah berkuasa segala-galanya yang ada di vila dan seluruhnya yang ada yang dahulunya milik dia.
Aku hanya perlu menjadi dia. Ya, mencuri identitinya. Kerana aku tidak bisa menjadi manusia sepertinya. Namun zaman sekarang adalah mudah. Internet. Ya, aku perlu hidup melalui jaring-jaring emas ini. Setiap hari aku melihat bekas tuanku membelek-belek komputernya dan sedikit aku belajar menggunakannya.
Aku pecah masuk akaun banknya. Haha... bagai memenangi loteri, baki akaunnya sahaja sudah ada RM1,000,000. Dengan amaun ini sudah pasti segala proses kehidupan aku selepasnya akan menjadi lebih mudah.
Apa aku mahu dari duit sebanyak itu. Aku tidak tahu. Barangkali ini yang dikatakan rambang mata. Namun urusan asas seperti makanan dan bil-bil rumah ini perlu aku uruskan dahulu. Seperti aku katakan, zaman sudah mudah. Hanya satu klik aku mampu memperoleh semua.
Namun selepas beberapa bulan berlalu, duit itu semakin sikit. Insan yang tolol seperti aku mana mungkin mampu memikirkan perkara ini akan berlaku. Aku mula takut dan tak tahu apa perlu aku lakukan. Panik, sepertinya ada benda yang mahu melemaskan tubuh aku yang kecil ini. Dan dalam keriuhan itu, mataku tertumpu di skrin komputer itu.
"Jomlayan...?"
Hah, apa tu. Namun hatiku terasa laman web ini mampu mengubah nasibku. Dengan tidak melengah, aku menjadi ahli, membuat 'posting' dan memberitahu semua rakan-rakan online aku tentang Jomlayan ini dengan harapan aku punya kumpulan aku sendiri. Ya, dengan satu misi, Admin pasti tunduk dengan aku dan seterusnya akulah kuasa sebenar di dalam Jomlayan.
Kini aku berkuasa di Jomlayan. Berbulan-bulan lamanya aku menghabiskan waktu berforum tidak sia-sia. Namun aku tidak merasa berkuasa. Ya, Jomlayan ada pada no 28 di dalam carta web terhangat di http://www.lineclear.com/. Untuk berkuasa, forum ini harus berada di tangga teratas... ya, tangga no 1...
Bermatlamatkan itu, aku terus berusaha untuk menjadikan Forum Jomlayan miliku ini nombor satu. Pertama, aku mencuba untuk menggodam beberapa web yang berada di atas dan terus menutupnya untuk selama-lamanya. Kemudian di dalam Forum Jomlayan itu sendiri aku bentuk satu organisasi yang aku namakan 'Jomlayan Gelap' bagi memantau kelemahan dan kelebihan sesuatu forum dan laman web itu agar memberikan aku inspirasi untuk aku memajukan lagi forum aku ini.
Dengan berbekalkan segala maklumat yang disediakan oleh 'Jomlayan Gelap', aku memulakan langkah baru merombak semula segala susun atur Jomlayan. Aku jadikan Jomlayan sebagai sebuah pusat untuk segalanya.
Aku mengadakan hubungan baik dengan beberapa kerajaan elektronik agar mereka memberi mandat kepadaku untuk mengendalikan web-web mereka di bawah Jomlayan. Aku juga menjadikan Jomlayan seperti E-bay, pusat dagangan bebas segalanya. Ya, pasti sahaja ramai pengunjung datang atas urusan menjual dan membeli.
Aku juga mengadakan satu servis mendownload secara percuma kepada VIP. Aku juga mengadakan tabung 'derma' untuk Jomlayan dan meletakkan beberapa iklan Google Ads. Ini penting bagi memastikan ekonomi di Jomlayan sentiasa bertambah.
Semua forumer akan diberikan pangkat dan darjat di dalam Jomlayan bagi memastikan mereka sentiasa berusaha untuk menjadi yang terhebat di Jomlayan. Mereka akan diberikan gaji dan aku berharap ia mampu untuk mereka menyara hidup mereka dengan hanya memfokuskan diri dengan Jomlayan.
Ya, kini aku berjaya. Aku tidak lagi merasa sukar untuk hidup. Apa sahaja kemahuan aku dapat dipenuhi. Namun aku hidup dalam sepi. Hanya berada berhari-hari di depan skrin komputer untuk Jomlayan seperti orang gila. Aku tidak punya teman. Bagiku hidupku telah ditakdir begini.
Aku mulai sering merokok dan mabuk untuk mengisi kekosongan di hati. Dan sepertinya yang aku katakan tadi, aku insan tolol. Tak lama selepas itu merasa sakit di badanku. Dan lama kelamaan maut menyambutku atas ketololan aku yang tidak mengenal erti kesihatan di dalam diriku.
Ya, aku hanya seekor kucing. Yang mempunyai rasa untuk hidup. Walaupun aku ada 4 kaki namun aku gagahkan untuk belajar menaip di papan kekunci. Walaupun aku ada 4 kaki aku sabar menahan nafsu makanku pada tetikus. Bagiku tiada yang mustahil asal aku tidak berputus asa untuk hidup. Namun hanya satu kelemahanku... aku harus punya teman... punya teman yang rapat. Agar aku tidak terus menjadi tolol tidak tahu menjaga diriku sendiri... Kerana aku makhluk punya nafsu tidak punya akal... Aku hanya seekor kucing... Meow...

Sabda Rasulullah S.A.W:Dan atas dasar keperihatinan kepada kepentingan ilmu, aku akan membuka satu laluan baru di Jomlayan kepada ilmiah-ilmiah dan tokoh-tokoh ilmuan untuk mereka menyebarkan segala pemikiran dan dakyah yang sempurna bagi menarik lagi ramai pengunjung-pengunjung di luar sana untuk mengunjungi Jomlayan.
Mafhumnya: "Barangsiapa yang berjalan bagi mendapatkan ilmu, nescaya akan dipermudahkan oleh Allah jalan menuju ke syurga".(H.R Abu Daud dan Ibn Majah, hadis hasan)
Aku juga mengadakan satu servis mendownload secara percuma kepada VIP. Aku juga mengadakan tabung 'derma' untuk Jomlayan dan meletakkan beberapa iklan Google Ads. Ini penting bagi memastikan ekonomi di Jomlayan sentiasa bertambah.
Semua forumer akan diberikan pangkat dan darjat di dalam Jomlayan bagi memastikan mereka sentiasa berusaha untuk menjadi yang terhebat di Jomlayan. Mereka akan diberikan gaji dan aku berharap ia mampu untuk mereka menyara hidup mereka dengan hanya memfokuskan diri dengan Jomlayan.
Ya, kini aku berjaya. Aku tidak lagi merasa sukar untuk hidup. Apa sahaja kemahuan aku dapat dipenuhi. Namun aku hidup dalam sepi. Hanya berada berhari-hari di depan skrin komputer untuk Jomlayan seperti orang gila. Aku tidak punya teman. Bagiku hidupku telah ditakdir begini.
Aku mulai sering merokok dan mabuk untuk mengisi kekosongan di hati. Dan sepertinya yang aku katakan tadi, aku insan tolol. Tak lama selepas itu merasa sakit di badanku. Dan lama kelamaan maut menyambutku atas ketololan aku yang tidak mengenal erti kesihatan di dalam diriku.
Ya, aku hanya seekor kucing. Yang mempunyai rasa untuk hidup. Walaupun aku ada 4 kaki namun aku gagahkan untuk belajar menaip di papan kekunci. Walaupun aku ada 4 kaki aku sabar menahan nafsu makanku pada tetikus. Bagiku tiada yang mustahil asal aku tidak berputus asa untuk hidup. Namun hanya satu kelemahanku... aku harus punya teman... punya teman yang rapat. Agar aku tidak terus menjadi tolol tidak tahu menjaga diriku sendiri... Kerana aku makhluk punya nafsu tidak punya akal... Aku hanya seekor kucing... Meow...
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan
mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka
meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)".(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
Sumber Hadis
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/message/13390
http://al-qayyim.net/web/index.php?option=com_content&task=view&id=343&Itemid=2

Wednesday, March 5, 2008
Mereka adalah cintaku...
Baring aku melihat siling. Penat dengan urusan dunia yang tak putus-putus memakan masaku yang sedikit ini. Ya, masa. Aku sering tidak merasa cukup dengan masa yang Allah berikan. Mungkin kerana terlalu banyak yang mahu aku lakukan di dunia ini. Sehingga ku rasakan mahu sahaja pecahkan diriku menjadi beberapa bahagian untuk melakukan apa saja yang di hajati...
Dalam kepenatan itu, aku lihat 2 bingkai gambar yang tersemat baik di atas meja. Ya, gambar ayah dan ibu serta gambarku bersama si dia. Memang telah menjadi kebiasaan apabila melakukan sesuatu, gambar-gambar itu sengaja aku dekatkan dengan diriku agar aku selalu ingat, segala yang aku usaha kini hanya untuk mereka dan tentu sekali kerana Dia, Allah yang maha Esa.
Ayah dan ibu. Lama sudah rasanya aku tidak ketemui mereka. Hm, hampir sebulan rasanya. Namun rindu aku ingin menatap wajah mereka. Ya, aku akui aku kurang stabil bila terlalu lama berjauhan dengan mereka. Mungkin kerana aku sentiasa tinggalkan hatiku di rumah. Kerana aku tahu, aku akan pergi jauh melihat dunia, namun aku harap aku ada tempat untuk aku balik. Ya, balik di sisi mereka.
Cahaya Pembuka Hatiku... Baru saja tengah hari tadi aku ketemuinya. Namun pertemuan itu bukan sesuatu yang boleh dikatakan 'mesra'. Masalah itu punca dari aku. Yang sering kali penat dan seterusnya gagal mengawal emosi. Dia hanya terdiam dan berkali-kali minta maaf. Namun aku hanya mengatakan yang tiada apa yang perlu dimaafkan. Kerana aku tahu, dia tidak salah. Hanya aku yang gagal mengawal diri aku sendiri.
Mana datang masalah itu. Penat, itulah puncanya. Baru-baru ini aku memang sering keletihan. Bukan pada jasad tetapi akal. Fikiranku terlalu penat memikirkan urusan dunia. Ya, mungkin sahaja ada sesuatu yang mendorong aku untuk keterlaluan dalam mengejar dunia. Hah, mungkin juga betul kata si dia, aku harus berehat dan menenangkan diri. Ingat Tuhan, ingat Allah.
Ya, dia risaukan aku. Dia sayangkan aku. Namun dalam pendirian aku, tiada pengorbanan dilakukan, tiada kejayaan yang akan dikecapi. Aku baca, aku lihat bagaimana orang lain berjaya. Ya, aku cemburu akan mereka. Aku juga mahu, mahukan kejayaan. Aku buka kedua belah tanganku dan bila sahaja aku lihat yang digelar 'peluang', aku tidak akan segan dan silu mengenggamnya kemas di dalam tanganku.
Gambar aku bersama dia itu aku tatap. Sedikit senyuman terukir di bibirku. Ya, benar katanya. Aku terlalu penat. Diam dia di dalam gambar itu terus tersenyum menenangkan diriku. Hm, mungkin satu atau dua sms harus ku berikan hanya untuk mengucap sayang dan terima kasih kerana hadir dalam hidupku. Tanpa dia, mungkin aku tidak sekuat sekarang...
Aku alihkan pandanganku ke gambar ibubapaku. Ceria sahaja wajah mereka. Haha, aku hidup kerana mereka. Sepasang tangan yang Allah berikan kepada mereka cukup kuat untuk membesarkan seorang manusia seperti aku. Mereka hebat!!! dan aku kagum dengan mereka. Dihatiku, mereka adalah segala-galanya dan sebab terbesar mengapa aku menjadi aku sekarang...

Dua gambar yang tersergam indah. Satu darinya datang dari dua orang yang hebat memberi hidup kepadaku. Satu lagi memberikan senyuman dan harapan kepadaku. Ketiga-tiga mereka adalah kesayanganku. Dan kerana mereka aku gagahkan diriku, mencabar dunia, mencabar diriku. Lihatlah, hanya percaya kepadaku, hanya berikanku masa... aku akan buktikan, semua ini... adalah kejayaan kita... kejayaan semua... hanya dengan kedua tanganku ini...
Sunday, March 2, 2008
Bila Affiliate = Wang!!!
Malam ni aku tak boleh tidur. Jadi aku buka email. Kenapa? Sebab aku suka tengok laman web dan blog orang lain, dan bila aku rasakan menarik blog tu, aku akan langgan (Subscribe orang putih kata)...) blog tu. Bila dorang update je blog dorang, maka secara automatik salinan posting dorang berada dalam peti masuk emel aku.
Dan malam ni aku tertarik dengan sebuah emal ( ada 2 sebenarnya dari 2 blog tapi kandungan sama..) yang menyebarkan cara membuat duit dengan mudah. Dan program itu digelarkan
Apa tu Affiliate? Haha, aku lama sudah tahu tapi tak pernah serius nak ambil tahu (pening...) Affiliate adalah satu program dimana pengusaha sesebuah laman web menawarkan perkongsian keuntungan kepada sesiapa sahaja yang menjadi agen 'affiliate'nya dan menjual produk yang dikeluarkan oleh pengusaha tersebut. Pendek kata, jual barang orang lain dan terima komisyen.
Program Affiliate ini sangat terkenal di Internet. Ia adalah satu cara mudah bagi perngusaha di internet menjual atau menyebarkan produknya melalui agen-agen 'affiliate'nya. Agen-agen affiliate ini digelar sebagai Affiliate Marketer. Mereka inilah yang mendapat keuntungan sampingan daripada pengusaha tersebut.
Katakan kalian menyertai program affiliate sebuah badan yang menjual ebook. Dan kalian berjaya menjual 3 ebook seminggu. Katakan yang harga satu ebook adalah RM50 dan komisyen yang diberikan kepada anda adalah 10%. Maka, pada minggu itu kalian memperolehi RM50 x 10% x 3 ebook seminggu, hasilnya kalian memperolehi RM15. Senang kan. Biasanya untuk menyertai program affiliate ini akan dikenakan yuran permulaan dan kalian akan diberi peralatan-peralatan bagi tujuan promosi.
Itulah serba sedikit tentang program affiliate dari aku. Berbalik kepada cerita emel yang aku baca tadi. Dalam emel tu menyatakan dengan memuat-turun sebuah laporan boleh membuat duit. Macam mana...?
Klik gambar di atas ni dan kalian boleh memuat-turun laporan tersebut. Laporan tersebut menceritakan tentang seorang usahawan Internet, Andrew Fox memperolehi kejayaan dengan menjadi affiliate marketer. Dia menceritakan pengalaman yang dihadapinya dan kejayaan yang dicapai sepanjang menjadi affiliate marketer sehingga dia digelar Super Affiliate. Aku dah baca dan ia memang satu laporan yang bagus.
Sesudah kalian dapat laporan itu, kalian boleh memberikan kepada orang lain menerusi pautan (link) kalian, kalian akan memperolehi $1.00 & pada rangkaian yang ke-2 yang muat-turun, kalian akan menerima $0.50!
Siapa kata $1 tak bernilai? Bayangkan, 100 orang muat-turun laporan tersebut terus dari anda, dan 100 orang
lagi pada rangkaian ke-2?
$1 x 100 orang = $100
&0.50 x 100 orang = $50
Jadi, jumlah dapatan adalah $150.00! (orang putih kata 'simple math') Jika ditukar kepada RM, RM450.00 menjadi milik anda. Bukankah ianya terlalu mudah?
Pembayaran dilakukan memnggunakan akaun Paypal. Pastikan kalian telah mempunyai akaun paypal. Sekiranya tiada, jangan lupa mendaftar akaun paypal secara percuma dengan klik sini.
Kenapa paypal? Paypal merupakan institusi kewangan internet yang paling popular digunakan untuk transaksi urusan perniagaan dan pembelian secara maya atau internet. Jadi jika anda mahu membeli sesuatu secara percuma di internet, cuma daftar paypal dan sebarkan laporan ini kepada seberapa ramai kepada rakan-rakan anda!. Anda dapat duit, rakan anda pun menerima faedah yang sama…Apa tunggu lagi, sementara tawaran masih belum ditutup. Bukan susah pun. Hanya perlu muat-turun laporan dan sebarkan kepada orang ramai. Klik sini untuk mula...

Subscribe to:
Posts (Atom)