Followers

Gamers

Tuesday, September 30, 2008

The Changcuters - Racun Dunia

Cakap banyak tak guna... Layan je la...



The Changcuters - Racun Dunia
racun..racun..racun
mati laju darahku
memang kau racun

ampun..ampun..ampun
takluk sudah hebatku
takluk sudah hebatku
memang kau racun

wanita racun dunia
karna dia butakan semua

racun..racun..racun
hilang akal sehatku
hilang akal sehatku
hilang akal sehatku
memang kau racun

wanita racun dunia
karna dia butakan semua

wanita racun dunia
apa daya itu adanya

racun..racun..racun
mati laju darahku
takluk sudah hebatku
hilang akal sehatku
hilang akal sehatku
memang kau racun

racun..racun..racun
racun..racun..racun
racun..racun..racun

racun..racun..racun
racun..racun..racun
racun..racun..racun

mati laju darahku
takluk sudah hebatku
hilang akal sehatku
hilang akal sehatku
memang kau racun

*Ek... betul kan dia cakap... huhu....

Missing old-self...

Pagi ini tak seperti selalu. Aku tak boleh tidur dan bonus, ada sesuatu yang pelik yang sedang aku rindukan.

Pagi yang gelap ni buat aku rindukan masa silam aku, zaman aku sebelum bertemu dengan si dia. Hm, boleh kata zaman jahilliah aku dahulu.

Masa tu aku agak jahat... ok... nakal. Banyak habit buruk yang aku tak boleh sebut kat sini yang aku ada dahulu.

Aku buka balik lagu-lagu yang dahulunya aku dengar, masyuk... Aku rasa aku hidup kembali seperti aku dahulu.

Ya, sunyi. Itu aku dahulu namun pagi ini buat aku rindukan kesunyian itu. Keadaan kosong yang tak mampu di ubat oleh sesiapa dan apa-apa jenis ubat sekalipun.

Ia suatu perasaan yang pelik apabila merindui perkara yang pernah kau cekalakan dahulu.

But here i am. Missing my old-self. Namun jika kalian tanya aku adakah aku gembira sekarang dengan hidup aku. Ya aku gembira.

I'm happy in pain towards her. Kerana cinta yang kami sebut berkali-kali seringkali punya banyak kelemahan. Cinta, antara aku dan dia, selagi tiada jaminan (ikatan), selagi itu aku rasa. Tiada gunanya untuk segalanya...

Dan sebab itu aku faham kenapa pagi ini aku ada perasaan ini. Missing my old-self. Di tempat yang kecil ini. Di bilik ini.

Tanya aku apa aku akan buat...? Apa kata kalian beri aku pendapat... apa aku patut buat...

See...

Saturday, September 27, 2008

Entri sebelum balik raya!!!

Pagi sabtu yang indah. UTM takde orang. Lengang dan aku memang suka kalau UTM ni kosong dan aku sorang je ada. Sebab...

Internet akan laju...

Kalian mungkin biasa dengar aku memaki hamun Maxis Broadband tapi tidak hari ini. Internet superb. Dan aku ter-amat-yang-amat berpuas hati. Tak kurang juga dengan Wifi UTM juga laju yang-teramat-bangat-habis laju.

Ya, selamat hari raya kepada bebudak UTM yang dah blah balik rumah ke, kampung ke, masing-masing dan terima kasih kerana ketidak-hadiran korang di sini. Balik lambat sikit ek... Habiskan kuih raya, rendang, ketupat rumah korang, rumah sedara dan jiran korang sekali. Tak cukup gi la beli kat kedai masak sendiri. Habiskan semua dan jangan balik UTM selagi aku tak balik.

Haha... betapa puas hati aku. Sempat muat-turun 2 movie lagi. Wakaka, bekal habis masa sebelum aku balik malam ini. Ai... kan bagus hari-hari yang biasa sepertinya hari ini...

Bilalah internet nak maju... Apalah gunanya teknologi kalau tiada kehidupan... tak boleh guna langsung kalau banyak insan sekeliling... Huhu...

Hm... Selamat Hari Raya ya ya ya... Minta maaf balik kalau terkasar dan terlembut bahasa. Selamat ya...!!!

Ya2... Selamat Hari Raya ya ya ya...

Ya, kalian... Raya dah nak dekat... Aku nak ucapkan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir Batin...

Maafkan aku andai aku terkasar or terlembut bahasa... Dan terima kasih kerana sentiasa menyokong aku disepanjang karier (???) aku sebagai blogger ni... terima kasih...

Hm... duit raya aku kalian simpan dulu ya... nanti aku datang kutip... Ngeh3...

Thursday, September 25, 2008

Pilihlah si dia...

Ujian pagi tadi. Soalan objektif. Tahu? Pilih jawapan antara A, B, C dan D. So kebarangkalian nak kena adalah 1/4. Dan ada 30 soalan. Masa diberikan 1 jam. Dan apa ke halnya aku habiskan satu soalan dalam masa 2 minit. Hanya 15 saat sahaja dan aku terus buat keputusan.

--- --- ---
Seminggu sebelumnya.

Ehem. Lagi seminggu ada ujian ok. Soalan objektif, ada 30 soalan. Masuk semua bab. Takde hint so pandai-pandai la...

Hah, satu buku nak kena telaah...

--- --- --
Seminggu kemudian, haram tak sampai 10 muka surat pun aku buka. Bukan subjek matematik pun, hanya fakta. Memerlukan perhatian penuh daripada otak kanan. Aku pergi ambil ujian dengan selamba.

Berbekalkan sebatang pensel picit dengan pemadam, cool je aku masuk sambil tengok sorang-sorang masih sibuk menelaah. Tapi ramai lagi yang sengih kerang pandang aku macam pandang orang gila baru dilepaskan dari rumah Tampoi. Oh, aku baru bangun tidur kalau kalian tidak mengerti mengapa...

Ujian bermula. Aku hanya pandang kanan dan kiri. Conteng-conteng lebih kurang, baca soalan, pandang kiri dan kanan dan conteng lebih kurang. Ya, kalian mampu agak. Kerana ianya objektif, aku yakin sesiapapun akan melakukannya.

Dari kecil, jika dengan ada ujian soalan objektif, aku hanya menerima dengan sikap acuh tak acuh. Dan bila tiba masa ujian, sikap itu sedikit pun tidak berkurang. Dengan mata macam orang mengantuk (ya, aku kuat tidur), aku selamba jawab walaupun aku tak tahu apa-ke-benda-da aku jawab ni...

Hanya jika timbul doubt, baru mata liar memandang kiri dan kanan. Ya, sepertinya mata memandang perempuan, aku guna mata yang sama memandang, mencari jawapan yang sesuai.

Hm... ujian hari ini aku jawab dengan kadar 15 minit dan lagi 15 minit aku dah start melepak. Pandang-pandang jika ada klu terlebih ke... hehe...

Ujian satu jam, namun tempat ambil ujian dah kosong dalam masa setengah jam. Hm... Aku boleh kata soalan objektif benar-benar menjimatkan masa...

Ya, aku mahu tidur...

Saturday, September 20, 2008

Kisah 2 saat

Hari ini aku rasa amat sunyi. Semua kenalanku bagaikan sibuk dengan kehidupan masing-masing sampai aku rasakan aku betul-betul hanya seorang diri di dalam dunia ini.

Aku bergegas bangun, mandi dan bersiap namun kepalaku tidak memikir harus ke mana untuk aku membunuh masa. Aku masukkan beberapa buku yang aku mahu dan suka baca ke dalam beg dan... hm... barangkali perpustakaan adalah tempat sesuai di hari yang panas macam hari ni.

Alasan ke sana semata-mata mahu menikmati sejuknya penghawa dingin. Aku menuju ke tempat yang biasa aku duduk. Namun dalam perjalanan ke sana, seorang perempuan bertudung labuh senyum kepadaku, sambil mengangkat sedikit kening seperti lambaian hai kepadaku.

Aku tergamam kerana aku tak ingat dekat mana aku kenal perempuan ini. Dan juga aku tergamam kerana aku terlihat kecantikan 2 saat yang ada di dalam senyuman itu. Atas sifat tenang dan berhemat yang tertanam dalam diriku, aku balas senyuman itu dan angkat kening tanda hai.

Hm... sejak aku bertemu dengan si dia, aku rasa macam aku sudah jadi daya tarikan kepada perempuan bertudung labuh (poyo...). Ramai yang senyum. Tapi tak ramai yang mampu aku ingat di mana aku kenal. Si dia sudah membawa aku keluar dari tempurung kehidupan aku yang lepas.

Kini, aku tak rasa sunyi sangat. Hidup aku semakin hari semakin tahu mengatasi sunyi. Hanya jika aku rajin.

Terima kasih atas senyuman itu. Akan aku bawa tahkala aku sunyi dipinggir seorang diri. Dan pengajaran yang aku dapat hari ini, jika terasa sunyi, keluar bilik dan pergilah ke mana-mana asalkan ianya ramai orang. Dalam kes aku, pergi perpustakaan. Ada banyak keramaian yang akan kamu alami di sana...

Wednesday, September 10, 2008

MS7 Gadgetmall!!!

Aku sedang cuba menghidupkan kembali blog perniagaan aku. Alhamdulillah, setelah lama menyepi, aku kini dapat pembekal baru untuk ms7gadgetmall aku...

Item yang aku jual buat masa ini adalah...
  1. Sony Ericsson W910i
  2. Nokia 6220 Classic
Akan datang aku akan cuba penuhkan blog itu dengan gadget-gadget yang lebih cambest... Tunggu...

Berminat...? Sila ke http://ms7gadgetmall.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut...

Tuesday, September 9, 2008

Menu kita hari ini...

Menu berbuka puasa...
Roti
Jam Strawberry
Susu

Menu tengah malam
Nasi
Kuah Kurma/Kari
Telur
Sayur

Menu Sahur
Roti
Jam Strawberry
Susu

Sejak 1 Ramadhan lagi ni la menu aku hari-hari. Atas sebab-sebab yang tertentu, bulan ini aku perlu simpan duit sikit. Maka, aku perlu rancang macam mana nak meminimumkan perbelanjaan aku seharian.

Tak nafikan, lebih dari 60% perbelanjaan bulanan aku adalah untuk makanan. Dan bulan Ramadhan bakal meningkatkan lagi peratusannya. Ramai orang kata, bulan Ramadhan kita boleh berjimat. Namun tidak bagi aku.

Kenapa? Kerana makanan dan nafsu untuk makan yang membuak-buak tahkala menunggu waktu Maghrib yang bakal tiba. Aku ingat lagi masa aku berbuka semester lepas. Pergi baazar Ramadhan, mesti ada keropok lekor, mee goreng dan air. Tu tak masuk kalau ada nak tambah apekebenda lagi yang rasa sedang di mata. Dan ambil kalkulator dan kira. Berapa agaknya.

Masa sahur pulak dahulu aku akan keluar ke restoran berhampiran. Dan kalau ikut dahulu, mesti cecah RM5 sekali hadap. Kalau rajin nak jumlahkan, sehari aku belanja lebih RM10 hanya untuk makan. Dan itu dahulu sebelum minyak melambung naik. Dan semestinya melebihi dari bulan-bulan yang biasa.

Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

Sekarang, apabila aku ikut menu macam kat atas, aku berjaya mengurangkan perbelanjaan aku. Dan badan aku tak rasa berat sangat dah. Satu lagi penemuan yang aku dapat adalah bila kita mengosongkan perut, kepala atau minda lebih pick up dari biasa. Namun dia ada had masa, bila perut sudah berbunyi tandanya harus berhenti dan pergi cari makan.

Walaupun begitu, nak jimat boleh je. Pergi masjid berbuka dekat sana. Kalau rajin la... huhu...

Ramai gak kawan-kawan aku yang kesian tengok aku bulan ini. Haha... aku ok je. Masih boleh belajar, gelak dan berhibur. Kadang berlari pun boleh. Aku masih boleh bertahan. Huhu... Namun ada juga kawan aku yang dah berubah mengikut menu seperti aku. Haha...

Daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Walaubagaimanapun, setiap orang punya cara hidup. Dan ini cara hidup aku untuk bulan Ramadhan ini. Sikit pun aku tak mengadu sakit perut kerana lapar. Jangan kesiankan aku... Aku sudah biasa. Dan kalian... apa menu kamu hari ini..

Sumber
http://soaljawab.wordpress.com/2008/09/02/adab-berbuka-puasa-menurut-sunah-rasulullah-saw-mufti-perlis/

Wednesday, September 3, 2008

Hidup perlu diteruskan, sayang...

Suatu tengah hari yang dingin.

"Awak, nanti macam mana kalau awak tengah pandu kereta laju-laju, then terlanggar saya. Lepas tu bila saya dah takde, awak akan cari lain ke...?"

"Mestilah, hidup perlu diteruskan..."

"..."

Aku rasa aku seperti orang hilang emosi bila berkata begitu. Dengan perempuan kalian tidak boleh terlalu rasional, mereka takkan mengerti.

Soalan yang baik namun aku tak punya jawapan. Jika buka kembali diari, journal dan kamus hidup aku, apa yang dikatakan sejarah semuanya bukan aku yang benar-benar mencari. Ia datang sendiri. Seperti angin, datang tanpa aku undang, tanpa aku sangka.

Berbalik kepada persoalan si dia. Mungkinkah aku akan cari lain. Hm, aku tak rasa aku seorang buronan cinta. Aku tidak mencari. Seperti selalu aku kata, aku hanya datang bermain dalam dunia serba laju ini. Akibat dan kesannya aku jarang ambil peduli. Aku akan biarkan ia datang sendiri kepadaku. Aku percaya ia tidak perlu di cari. Ia akan datang sendiri...

Namun, sekiranya ini terjadi. Aku hanya berharap Allah dapat kembalikan hatiku darinya kepadaku. Walaupun sedikit, aku tak mahu menjadi seperti mayat hidup berjalan tidak tentu hala. Aku perlukan hati untuk menimbang tara setiap keputusan yang aku ambil.

Andai jika ia terjadi, aku tahu aku akan bersedih. Menjadi manusia rosak memaki takdir yang memang bukan kuasaku. Namun aku tahu, jika aku masih berpegang kepada apa yang aku ada sekarang. Aku akan pulih seperti sedia kala...

Hanya aku berharap, sangat berharap, ia tidak terjadi. Aku tahu ianya perit merasa kehilangan orang yang kita sayang. Semoga dijauhkan...

"Nanti esok kalau betul terjadi, awak jadi hantu ek. Temankan saya seumur hidup. Janji..."

"Janji-janji..."

Heh, childish...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...