Followers

Gamers

Monday, April 27, 2009

Aku terjaga kerana picisan gelap itu...

Aku terbaca satu blog. Dari seorang gadis. Atau aku boleh kata diari. Hm... bukan sesuatu yang biasa aku baca. Ia dipenuhi dengan rasa tidak puas hati, rasa dijauhi rasa tidak dikasihani. Seperti yang tidak sepatutnya dirasai oleh semua orang perempuan.

Zaman sekarang, aku lihat perempuan mula boleh jalan seiring dengan lelaki. Sama-sama maju, sama-sama punya hak, sama-sama hidup. Dan sebab itu aku tak pandang rendah pada perempuan, dan tak pernah rasa mahu memberikan "lady first" jika ada apa-apa peluang yang aku rasa berbaloi untuk aku rebut. Aku tak kira laki ke perempuan, sapa dapat dia punya.

Ya, ini kelemahan lelaki. Lady first konon. Tengok diri sendiri dulu.

Tapi aku tak nafi, mereka (perempuan) harus lebih di sayangi, lebih dikasihi, hanya bila kena pada masanya. Kalau rasa macam nak terajang orang, baik cari lelaki sebab pada dasarnya, lelaki lebih kuat dari perempuan. Perempuan memang tidak dilahirkan untuk berperang. Women are from venus, right.

Tapi dia, empunya diari itu. Aku baca, aku cuba faham masalahnya. Persekitarannya seperti tak membenarkan dia menjadi perempuan. Hak dia sebagai perempuan seperti tidak diendahkan. Ala, kau tau la perempuan. Mereka perlu banyak keperluan, bukan?

Dipukul, didera dan tidak dikasihani...

Bila aku baca, aku terfikir. Orang macam dia boleh wujud. Aku percaya satu hari nanti, jika berlaku sesuatu yang buruk disekelilingnya, ia boleh jadi berpunca dari dia.
Bagaimanakah kehidupan manusia yang bahagia?
Bahagia datang dari sifat yang lembut, sayang, aman dan gembira. Hidup macam perlumbaan. Jika kau mahu bahagia, cuba gembirakan diri sendiri dan kalau mampu orang sekeliling. Lumba untuk mencari keamanan dalam diri sendiri.

Aku penjaga hati. Aku sentiasa memastikan diri aku gembira kerana aku tahu... dari situ, aku boleh mampu untuk bahagia. Aku sedang kejar kebahagiaan aku. Walau aku masih tidak nampak apa kah tidak rupa kebahagiaan itu. Aku sedang usaha ke arah kebahagiaan itu, penat, aku tahu tapi itulah kehidupan. Ia suatu perlumbaan...

Aku doakan kau, si gadis... gembira selalu. Bahagia selalu. Manusia menjadi kotor kerana pilihan kita sendiri. Dan aku harap, sangat berharap... diari yang datang dari kau hanyalah cerpen ringkas picisan Cinderella. Benar atau tidak, aku tahu hanya kau sahaja yang tahu...

Aku ucap selamat kepada kau ya...! Semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...