Followers

Gamers

Thursday, June 30, 2011

Friendster?

Aku nak menulis tetapi sepertinya penat hari ni... Aku cuma nak beritahu jika kau dah lama tak buka akaun friendster kau, aku suggest kau ko login sekarang... dan komen kat sini... Aku ucap selamat...

Saturday, June 25, 2011

Affiliate article marketing - Salah satu cara pemasaran.

Aku menulis ini untuk kegunaan masa hadapan.

Sumber : http://www.vretoolbar.com/articles/directories.php
Ini adalah senarai Direktori Artikel. Membawa maksud tempat di mana orang menghantar artikel-artikel mereka untuk tujuan publisiti murahan.Dan kenapa sekarang benda ni penting kepada aku. Kerana seperti yang kau orang tahu, aku sedang berjinak-jinak dalam dunia affiliate.

Salah satu kaedah pemasaran yang digunakan oleh affiliate marketer ini untuk memasarkan sesuatu produk adalah dengan menggunakan artikel. Kau google, jumpa artikel, baca dan klik pada link yang diberi. Kau beli, dan affiliate marketer makan komisyen.

Antara direktori artikel yang terkenal adalah ezinearticles.com. . Google cukup suka ezinearticles.com dan kerana itu, jika kau berhasil menulis di sana, kemungkinan besar untuk artikel itu berada di muka surat pertama dalam carian google. Dan itu membawa maksud duit oleh para affiliate marketer.

Aku cuba beberapa kali dan dalam 6 artikel yang aku hantar, hanya 1 diterima. Memang sukar nak publish artikel kau di ezinearticles.com kerana mereka punya syarat-syarat yang ketat. Tatabahasa kena terbaek, susunan ayat, dan beberapa hal lagi. Kau leh gi sana untuk maklumat lanjut.

Mungkin bahasa inggeris aku dah berkarat. Mungkin bahasa inggeris aku dorang tak faham.. haha... Tapi untuk aku berputus asa, aku tak mampu... Aku masih mahu menulis dan terusan menghantar kepada mereka. Jujurnya, aku masih belum dapat tune dia lagi...

Aku masih mencuba.

Ok la... membebel pulak... Aku ucap selamat k...

Friday, June 24, 2011

Blogger Paypal Donation Button (Butang Derma)

Dan aku baru perasan aku hutang satu tutorial tentang butang donate kepada kau orang. Kita mula ya...

Aku harap kau baca tutorial Paypal dan kad Debit Maybank tu dahulu kerana tutorial ini memerlukan akaun paypal kau.

Ok,
Langkah 1
Login akaun Facebook Paypal kau. Kemudian klik 'Merchant Services'. Kemudian di bawah 'PayPal Website Payments Standard', klik 'Donations'


Langkah 2
Kau akan di bawa ke syurga Step 1: Choose a button type and enter your payment details. Kat step 1 ni kau isi la apa patut. Kalau taknak isi pun takpe.Kau leh tukar jenis butang yang kau nak guna. Klik '

Kat step 2 tak payah sentuh pape.

Kat step 3 kau leh isi kat ruangan 'Can your customer add special instructions in a message to you?' kau pilih 'Yes' kemudian tulis la apa yang patut di baca oleh si penderma tu. Cakap la terima kasih ye tak?


Puas hati, tekan 'Save Changes' atau 'Create Button'

Langkah 3
Salin (Copy) semua yang ada di kotak merah seperti gambarajah di bawah ni.


Langkah 4
Login akaun blogger kau. Klik Design > Page Elements > Add a Gadget > HTML/JavaScript.

Lekatkan (paste) benda yang kau salin tadi. Tekan 'Save Changes'. Selesai.

Aku tengok lama dah aku letak butang donate tu, takde pun orang nak derma... Sob sob... Maaf kalau kau terasa cam tudung express lak tutorial kali ni.

Aku ucap selamat k...

Luar keras dalam... ada taman.

Sudah beberapa hari aku tidak mesej si dia. Mungkin aku telah menghalau si dia. Mungkin aku terlalu sibuk dengan kerjaku. Tapi yang pasti, sudah beberapa hari aku tidak mesej si dia.

Aku? atau dia yang tidak mesej kepadaku. Hari-hari yang menjadi kebiasaan kini hilang. Aku memandang hp, namun tiada apa. Barangkali benar aku telah menghalau si dia.

Ya, aku tak nafi beberapa hari lepas aku buat entri di mana aku tidak mahu dia ganggu aku lagi. Tapi serius aku katakan ianya bukan sesuatu yang sukar untuk aku lakukan. Dia boleh buang aku, namun bukan daya aku untuk buang dia. Itu aneh, dan aku tahu, itu aku...

Beberapa hari ini aku sunyi. Ada teman aku buang. Harus bagaimana aku mahu teruskan hidup jika aku sendiri membunuh kegembiraan aku. Aku selalu dengar di berita, di kawan-kawan bahawa bermacam-macam pe'el manusia. Namun bila terkena sendiri, aku fikir...

Kita manusia. Tiada yang aneh jika sesuatu itu terjadi kepada kita. Kerana kita manusia. Kita punya daya yang bebas, tiada sekatan. Hanya jika kita lupa, setiap yang kita perbuat punya akibat.

Dalam kepala aku hanya sibuk bekerja. Dalam hati, aku ada taman yang besar tiada berpenghuni. Setiap hari, aku berdoa yang aku mahu ditimpa kerja yang berduyun-duyun banyaknya, agar aku mudah lupa aku punya hati untuknya.

Agar aku tidak menulis tentang emosinal di sini.

Aku tahu akan penjenamaan semula blog ini membolehkan aku menulis tentang emosi aku namun, aku harap aku dapat kurangkan. Ini tidak baik untuk imej aku bukan? Huhu... Terutama kepada kau si mulut busuk!

Kadang aku fikir adakah aku sempat menikmatinya. Menikmati hidup seperti orang lain. Menikmati hidup bersamanya. Adakah aku masih mahu bersama si dia? ...

Di luar aku hanya diam. Mengeraskan diri aku dengan tekanan. Namun di dalam, aku hanya lihat kucing, bunga, pelangi dan matahari. Di dalam... luas... ada taman...

Maaf menulis ini. Aku cuma masih tidak mampu menahan dari diri si dia. Namun ketahuilah, jika aku tidak menulis entri tentang emosional di sini, bermakna aku hidup seperti biasa. Jika tidak, ianya hanya sekadar meluah rasa tekanan dalam hati.

Walau ianya taman, tetap ada tahi kucing, tetap melihat bunga nan layu, tetap hilang pelangi dan tetap panasnya mentari. Dan tetap... marah itu menjadi hakiki.

Aku tidak mahu berterusan begini. Dalam hati aku mahu hp aku berbunyi. Tetapi bukan daya aku kan? Kerana dalam rasional, masih ada banyak benda aku harus lakukan. Aku harap, kerja yang terlalu banyak ini mampu membuatkan aku hilang rasa kepadanya.

Aku harap kau mengerti, sebelum mulut kau yang busuk itu berkata-kata. Aku menulis ini bukan mahu kau mengata. Hanya mahu meluahkan rasa. Dan aku harap, hanya jika aku masih mampu menahan, jagalah diri kau elok-elok, si mulut busuk.

Dan si dia... hurm... aku tak tau.

Aku harap semua disekeliling aku cepat selesai. Kerana aku mahu keluar... mencari hidup... mencari pengganti si dia... mencari bidadari aku. Dan hanya dia, bidadari aku mampu selamatkan aku dari senang/susahnya hidup di taman ini...

Aku harap, aku masih sempat... Aku ucap selamat...

Sunday, June 19, 2011

Namecheap Blogger - Tukar Domain Dari Blogspot.com ke .com

Aku sedang memikirkan sama ada aku patut letak tutorial bagaimana melayari laman yang telah disekat oleh SKMM. Memandangkan dah banyak orang tulis pasal tu, aku fikir aku mahu teruskan entri yang aku rancang nak tulis dalam blog aku ni. Huhu...

---

Hari ini aku menulis tutorial harus bagaimana lagi~~~ Eh, tutorial bagaimana menukar domain blog anda dari .blogspot.com ke .com. Apa yang kau orang kena ada adalah domain. Domain adalah URL atau alamat laman web korang. Untuk beli domain, sila klik banner di bawah



Namecheap.com - Cheap domain name registration, renewal and transfers - Free SSL Certificates - Web Hosting


Aku harap kau tiada masalah jika hanya sekadar membeli domain. Kalau ada masalah boleh komen di sini, aku akan buat tutorial cara membeli domain. Dan kenapa aku beli di namecheap.com? Kerana kat sana yang paling murah aku boleh jumpa.

Ok... dah ada domain, suka la tu... Kita boleh mula menukar .blogspot.com ke .com

Langkah 1
Login akaun namecheap.com kau, dan klik my Account > manage domains. Kemudian, dekat senarai domain tu, kau klik la domain yang kau beli tadi.


Langkah 2
Pergi ke Host Management > All Host Records (ada di sebelah kiri)






Langkah 3
Di bawah 'Sub-Domain Settings', ada kotak-kotak untuk di isikan. Isikan semua kotak 3 x 5 itu seperti di bawah


Tak nampak. Macam ni...
@          216.239.38.21     A(Address)
@          216.239.36.21     A(Address)
@          216.239.34.21     A(Address)
@          216.239.32.21     A(Address)
www        ghs.google.com    CNAME (Alias)

Langkah 4
Klik 'Save Changes' kat bawah sekali.


Langkah 5
Ok, sekarang login facebook blogger dan klik Settings > Publishing.


Langkah 6
Taip nama domain kau pada kotak pertama siap dengan 'www' sekali. Tandakan pada kotak Redirect bla bla bla... Kemudian klik Save Settings


Kebiasaannya kau kena tunggu 24 ke 48 jam untuk semua ini berhasil tetapi jika dorang tak sibuk, 2 ke 3 jam dah selesai dah. Janji kau ikut apa yang aku ajar ni. Masa aku buat hari tu tak sampai sejam dah selamba dah jadi .com.

Ok, tu sahaja. Ada masa aku akan buat entri berceloteh tentang pentingnya mempunyai domain sendiri. Aku ucap selamat k...

Thursday, June 16, 2011

Anonymous berjaya serang Malaysia?

Aku tertidur semalam. Jadi tak sempat nak menyaksikan pertarungan sengit IT Specialist Malaysia dengan Anonymous.

Jadi pagi ni aku buka laptop, sambung plug laptop, on wifi dan terus surf ke www.malaysia.gov.my. dan mendapat...

Eh... Adakah ini menunjukkan anonymous berjaya. Aku memang kureng sedikit pasal benda-benda ni tapi aku tahu, mesej ini membawa maksud servernya ditutup. Macam rumah, kau tutup pintu, sapa leh masuk. Huhu...

So, aku pun gi la baca forum. Tengok apa orang komen pagi tadi berkenaan dengan 'Operation Malaysia' ni. Kebanyakkan mereka kata website tu kejap ada kejap tiada. Aku pun terbayang yang mereka sedang bertarung. Sampai dah tak larat nak bertarung, tutup je server tu. Senang...

Kau boleh baca di sini untuk Special Report : Operation Malaysia.

Agak bijak juga la terfikir untuk tutup server tu tapi ini bukan penyelesaian jangka masa panjang. Kalau ini penyelesaiannya, aku tak tahu kalau-kalau kita kena serang esok, apa yang mampu kita buat, hanya tutup pintu. Tanpa perlu fikir, mengapa kita tidak bina tembok dahulu agak boleh menyerang semula kemudian.

Aku fikir, ini hanya perang psikologi. Mereka hantar ugutan untuk hack, dan pergi tidur. Dan ironinya, kita sendiri yang tutup laman web kita. Well, kira berjaya la jugak mereka menggodam, menggodam kepala kita.

Walaubagaimanapun, berita yang sebenar aku seriusnya memang tidak tahu. Mungkin benar kerajaan tutup server tu, mungkin benar ada pertarungan pagi tadi. Tapi apa yang aku tahu, tidak kira perang psikologi atau perang cyber, aku tahu, Anonymous memang berjaya serang Malaysia.

Dan aku harap pihak yang berkenaan dapatlah belajar sedikit dari peristiwa ini. Internet memang terlalu bebas. Tiada gunanya menyekat sana sini kerana aku yakin, akan ada benda yang lebih baru dan hebat akan muncul kemudian hari..

Dan juga tiba masanya kita mengambil tahu dan meng'upgrade' segala jenis tembok api ke, apa ke bagi memperkuatkan lagi tembok pertahanan dunia cyber ni... Aiceh...

Untuk Anonymous, aku nak ucap tahniah pun agak berat juga. Still, you prove that you can do it. Dan kerana yang digodam tu laman web negara aku, aku rasa ada sedikit sakit juga walaupun aku tak pernah gi pun sebelum ni. Huhu... Patriotik la pulak...

Huhu... aku ucap selamat k...

PS: Ke Anonymous silap, aku dengar CIA kena hack semalam.. Haha...
---
12.29pm waktu Malaysia...
Aku saja surf www.malaysia.gov.my, tengok dah pulih seperti biasa... haha...
---

Wednesday, June 15, 2011

Hitman - Absolution: Trailer HD E3 2011

Abang botak tertatu kod bar di kelapa kepala kembali. Aku bukan peminat sangat pun game ni, tapi memang pernah main... Layan trailer ni dulu...



Akan datang 2012...

Analisis pelawat blog saya...!?

Beberapa hari ni aku agak... macam mana nak cakap, hm... agak mempedulikan, ke aku patut kata agak memberi perhatian pada pengunjung blog aku. Maaf, kalau bahasa inggeris, aku tibai perkataan concern je...

Kenapa aku peduli? kerana satu hari tu, aku lihat google adsense aku baru tambah 1 sen. Erk... ada apa dengan satu sen kau kata. Itu adalah sen pertama yang google bagi kat aku. Kompeni je beso, dah lama aku berblog baru la teringat nak bagi gaji aku. Tu pun satu sen.

Well, bukan itu. Dulu hanya suka-suka. Tapi aku fikir dari suka-suka baik jadi suka-suka dapat duit ye tak. So, aku ambil pendekatan untuk mengetahui apa yang kau orang mahu baca bila menjenguk blog aku.

Keyword.
Keyword adalah setiap bait perkataan yang kau tapi di google, yahoo atau sewaktu dengannya sehingga kau ketemui blog aku. Bagi affiliate marketer, keyword ni dah macam petrol dengan kereta. Kalau silap keyword, takde la duit masyuk.

So, apa yang kau orang taip untuk sampai ke blog aku...

Dari stat blogger
Dari Nuffnang

Dari Statcounter.com

Semua stat ini adalah stat pada minggu lepas. Kebanyakkan keyword yang kau orang taip adalah rasional. Dan memang bila kau taip rasional, blog aku adalah yang mukasurat pertama dalam google. Tak sangka blog aku dapat takhluk satu keyword walhal aku tak terfikir pun benda ni.

Tempat.
Kebanyakkan korang datang dari Malaysia. Kedua terbanyak di USA. Apa orang sana buat datang blog aku, aku pun tak tau. Dorang belajar bahasa melayu kot. Sebab memang ada orang putih email aku kata dia belajar bahasa melayu dari blog aku. Erk...

Blog
Ada juga dari kau orang yang datang selepas singgah blog atau forum orang lain. Kebanyakkannya datang dari facebook sebab aku buat auto-post kat wall. Kedua banyak memang google la.. haha... Dan sebab hanya baru-baru ni aku rajin ping blog aku pada gengblogger, ia jatuh tempat ke 3.

Entry
Salah satu sebab aku lihat orang datang blog aku adalah kerana aku ada menulis tentang tutorial. Dan entri sebegitu memang banyak dapat page view. Dan aku fikir aku memang perlu tulis tutorial banyak-banyak sikit. Seharian duduk depan komputer, sebenarnya banyak benda yang aku buat, dan semua tu boleh diconvert ke tutorial. Aku je malas...

Tiba saat aku kena rajin pulak...

Ok la... Aku fikir ni dah banyak tips dah aku bagi ni untuk meningkatkan pengunjung datang ke blog aku. Kau pun boleh guna jika kau rasa maklumat ini berguna pada kau. Blog aku tiada apa-apa niche istimewa. Ianya hanya tempat di mana aku mahu luahkan dan sampaikan apa yang aku rasa, dan aku tahu, untuk aku.

Dan jika datang kebaikkan untuk kau, aku ucap tahniah dan bersyukur kepada-Nya. Jenguk la selalu kat blog aku ni, sebab tak kira apa sebab pun yang membuatkan kau orang datang ke sini, aku tetap gembira. Dan lagi gembira kalau nuffnang serta google ble tambah duit aku lagi. Wahaha...

Aku ucapkan selamat datang ke Rasiona & Emosinal sekali lagi dan have fun k...

Aku ucap selamat...

Tuesday, June 14, 2011

Anonymous mahu serang Malaysia?

Ada post di wall facebook aku dari Oh! Media Network berkenaan dengan satu kumpulan hacktivist Anonymous mahu menyerang laman web kerajaan Malaysia (www.malaysia.gov.my) pada Rabu 7.30pm GMT (Khamis 3.30am waktu Malaysia). Operasi ini dinamakan Operation Malaysia


Antara sebab-sebab kumpulan ini mahu menyerang adalah kerana kerajaan Malaysia telah menyekat beberapa laman web seperti Pirate Bay dan Wikileaks serta beberapa filem dan rancangan television.

Mereka juga menuduh kerajaan Malaysia adalah salah salah satu kerajaan yang sangat strict kerana mem'block' laman-laman blog ini. Mereka juga menuduh kerajaan Malaysia tidak hiraukan hak asasi manusia dalam kebebasan berinternet.




Greetings, Malaysia,

   We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

We are Anonymous.

We are Legion.

We do not forgive.

We do not forget.

Expect Us.

Hm...

So aku pun wiki la kumpulan Anonymous ni. Dari apa yang aku baca, kumpulan ini adalah sekumpulan hacker/pengodam komputer seluruh dunia. Kumpulan ini tiada ketua, dan membawa maksud, ianya tidak mempunyai organisasi.

Kerana kumpulan ini terdiri daripada aktivist atau Hacktivist, banyak juga aktiviti-aktiviti menggodam yang berjaya mereka lakukan seperti menyerang Tabung Kewangan Antarabangsa dan Sony PlayStation Network, serta rangkaian syarikat penerbangan Lockheed Martin Corp dan Citibank di Amerika Utara dan banyak lagi.

Melihat reputasi mereka dalam menggodam ini, aku fikir khamis nanti laman web Malaysia bakal di'kubu' berhabis-habisan kalau nak selamat. Kadang dah macam cerita Die Hard 4, atau V for Vendetta lak.



So, kunci jam. Pukul 3.30am hari Khamis waktu Malaysia. Tengok www.malaysia.gov.my. Apa orang-orang IT dalam kerajaan mampu buat atas serangan ini.

Maybank Paypal - Bagaimana Untuk...

Perasan dengan link URL aku? haha... ni namanya mengada-ngada. Still, aku dah lama idamkan domain sendiri, guna nama aku sendiri. Sebelum kau tanya, ya.. aku beli domain ni di Namecheap.com. Aku baca banyak blog katanya domain murah di sana dan nak setup pun senang...

Perabih gak RM31.66 setahun untuk domain ni. Segala transaksi aku gunakan paypal. Aku sengaja gunakan paypal kerana nak biasakan diri dengannya. Ye la, inshallah kalau ada rezeki aku nanti, paypal gak medium aku cari untuk keluar masuk duit. Sesuai untuk bakal usahawan internet cam aku. haha...


So, camne nak keluar masuk duit dalam paypal ni. Aku kena ada Maybank debit kad. RM12 setahun aku fikir. Kau boleh mohon di mana-mana cawangan Maybank berdekatan. Dan aku bukan agen Maybank ok... Huhu..

Ok, buat benda asas dulu.
  1. Ada Maybank Debit kad? dah daftar online maybank2u.com.my? Kalau belum gi buat dulu.
  2. Ada akaun paypal? kalau tiada boleh buat di sini
Ada dua benda asas di atas, bolehlah kita mula proses menghubungkan kad debit dengan paypal.

Langkah 1
Login akaun facebook maybank2u, lihat di bawah Utilities dan klik Maybankcard Secure Online Shopping Registration.
Langkah 2
Pilih kad yang kau nak guna. Kalau ada satu kad je, dia akan pilihkan untuk kau.

Isi MSOS Password. Hanya 6-8 karakter boleh isi.
Isi Personal Assurance Message. Apa yang kau isi dalam ini akan keluar apabila pihak Maybank meminta untuk kau masukkan password bilamana kau tengah membeli-belah online. A sampai Z je kau boleh guna ok.

Isi Expired Date, CCV, Hint & Answer.
Kenapa tak cakap "kau isi la semua yang dia minta." Aish...


Langkah 3
Login akaun paypal kau.
Dalam My Account tab, klik Profile and Add/Edit Credit or Debit Card.
Masukkan maklumat Maybank Visa Debit kad kau. Pastikan alamatnya sama dengan alamat yang telah dibilkan.

Langkah 4
Kau akan dapat email dari paypal mengatakan kau telah sukses menghubungkan kad debit kau dengan paypal. Sekarang apa yang kau perlu buat adalah tunggu untuk kod yang bakal kau dapat dari maybank2u.


Langkah 5
Sila tunggu paling kurang pun sehari ok.

-Hari Kedua-
Okay, Login akaun Maybank2u kau dan klik Accounts & Banking, kemudian klik no akaun untuk masuk ke Account Details.

Kemudian klik Debit Card History. Kau patut dapat lihat ada satu entri blog dengan kata "Paypal". Ada kod dengan 4 nombor sebelum perkataan "Paypal".
Contoh : PREAUTH SALE 8921PAYPAL-*EXPUSE DATED 06/08/09Paypal Code : 8921
-Kau kalau semak akaun kau awal sangat, memang takkan jumpa kod ni.


Langkah 6
Login akaun paypal kau dan klik Profile > Add/Edit Credit or Debit Card > Enter Paypal Code. Masukkan 4 nombor kod yang kau dapat tadi.


Tahniah! Sekarang kau dah boleh membeli-belah atas talian dengan akaun paypal kau. Kau akan dapat refund USD1.95 kau semula ke dalam akaun paypal kau. Segala benda yang kau beli guna Paypal sekarang terus ditolak dari baki duit kau di Maybank dengan menggunakan kadar tukaran mata wang asing sekarang.

Jangan nak membeli-belah sahaja, pergi lah cari bisnes online bagi tambah duit dalam akaun Paypal kau ni. Boleh jugak nanti buat bayar bil elektrik. Huhu...

Langkah tambahan (nak buat pun boleh, tak buat pun takpe... huhu...)
Aku baru tambah button donation kat sebelah kanan blog aku ni. Ada akaun paypal kan sekarang, siap dah link ke Maybank Visa Debit kad lagi. Senang-senang derma la kat aku sikit kat butang tu. Boleh aku buat bayar elektrik dan bayar domain blog aku ni.

Segala sumbangan ikhlas anda amat saya hargai... Heh...

Ok, sampai di sini sahaja. Macam mana aku tambah button tu? entri selepas ini akan merungkai segalanya... Huhu...

Aku ucap selamat...

Sumber
http://www.malaysian-gadgets.com/2009/10/maybank-debit-card-with-paypal.html

Sunday, June 12, 2011

Asfan -Terhenti Disini



Asfan - Terhenti Disini
Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

---

Baru-baru ini aku selalu mendengar lagu ini berulang. Aku tak tahu kenapa ianya agak menarik telinga aku untuk terus mendengar. Aku tak fikir liriknya membawa erti pada aku, musiknya juga biasa aku dengar.

Mungkin penyanyinya ikhlas menyanyikannya sehingga sampai rasa itu kepada aku. Huhu...

Enjoy k.. dan aku ucap selamat...

Trojan-BNK.Win32.Keylogger.gen - Macam mana nak buang

Diatas adalah nama virus komputer yang menyerang pc aku semalam. Sedang syok aku duduk membaca artikel pasal wordpress, tiba-tiba benda ni pop out kat skrin monitor aku...

My... my.. kurang ajar... disebabkan laptop yang aku guna sekarang adalah kepunyaan bapa aku (ya, aku tiada laptop, pengguna tegar desktop), agak sedikit mengelabah.

Tapi sebagai salah seorang yang digelar pro dalam hal-hal komputer masa kat utm dulu, aku cool kejap. Tenang... Kita tanya atuk google...

Menurut beberapa blog dan forum yang atuk google suggest kat aku, ianya berasal dari antivirus Win 7 Security 2011 atau 2010. Virus ini akan mengeluarkan pop out yang salah satu seperti diatas yang bakal membuatkan kau mengelabah ayam sebentar.

Bila pop-out ni keluar, ia akan rekemen kau untuk membeli antivirus ini untuk membuang virus di atas. Pendek kata, ibarat macam taukeh kedai tayar pancitkan tayar kereta kau, kau nak buat apa? Nak taknak keluar la duit betul untuk taukeh tadi. Ya, dalam dunia serba canggih ini, teknik kurang ajar seperti ini juga adalah salah satu cara marketing yang hampir berkesan kepada mereka yang buta IT...

Antara simptom selepas merebaknya virus ini adalah,
  • pc kau menjadi slow habis, 
  • akan ada gangguan internet, 
  • browser kau akan keluar kenyataan yang dia sedang cuba melindungi pc kau dari terus merebak virus ini,
  • window explorer dah mula tak boleh buka, 
  • segala shortcut pada desktop dan taskbar kau akan hilang fungsi,

Dan segala simptom di atas tidak berlaku serentak. Ini adalah pengalaman penulis. Heh...


Thanks to atuk google, aku jumpa satu artikel yang mengajar cara menghilangkan virus di atas dengan percuma. Aku terangkan dalam bahasa melayu k..


Langkah 1
Pergi download Spy Bot dan Malwarebytes. Benda ni free je. Kalau tak boleh download di pc yang terkena virus tadi, jangan gusar, pergi cari pc lain dan download.

Langkah 2
Install kedua-dua antivirus tadi. Disarankan update dahulu selepas siap install. Kalau tak boleh install, jangan gusar lagi, terus ke langkah 3...

Langkah 3
Restart pc kau, ini untuk window 7 k.. Restart pc, dan tekan F8 berulang kali untuk boot pc dalam Safe Mode with networking. Selesai masuk ke safe mode, kalau tak install lagi 2 antivirus tu, gi la install dulu. Kemudian jangan lupa update.

Disarankan menggunakan Spy Bot dulu kemudia baru Malwarebytes.

Langkah 4
Restart pc kau lagi. Masalah kau selesai.

Ada orang ajar buang virus ni manual (bermaksud tanpa guna antivirus tadi) dan aku dapati agak leceh dan mengelirukan kerana lain pc, lain virus ni bertindak. Macam aku yang agak lewat tadi, virus ni telah melepaskan 22 malware dalam pc aku. Itu yang membuatkan berlakunya simpton-simpton di atas.

Aku baca lagi, katanya virus ini memang mampu menipu antivirus yang sedia ada. Aku baru je terfikir nak renew lesen Kaspersky laptop ni. Dah terkena virus. Serik-serik.

K la.. Sekian tutorial hari ini.. Berjumpa di lain masa... aku ucap selamat...

Saturday, June 11, 2011

Belajar workpress pulak...

Aku lewat tidur semalam. Rasanya baru-baru ni aku lewat tidur, tapi bangun memang awal. DNA? bukan-bukan... Aku kena 'kerahan tenaga'... Hehe...

Lewat tidur kerana sibuk membaca artikel. Aku fikir kau belum tahu, yang aku sekarang sedang berjinak-jinak dalam dunia affiliate. Forex jalan juga, tapi bosan jugak kalau duk temanggu je tengok market yang menyakitkan hati. Aish...

Affiliate ni bahasa mudahnya, kau tolong orang jualkan produk mereka dan dapat komisyen. Pendek kata lagi, kau buat marketing la untuk produk mereka. Setakat ni yang aku buat adalah tulis artikel pasal produk tu, dan sambungkan ia ke landing page, then dari landing page ke web orang jual barang tu.

Pening...? Aku pun pada mulanya. Tapi memang nampak logiknya.

Apa yang aku suka tentang affiliate ni, jika kau cari produk yang sesuai untuk dijual, dan buat market elok-elok... pendapatan kau itu mampu menjadi pendapatan pasif (passive income). Yup, bak kata bapa kaya... nak kaya, tambah aset, tambah aliran tunai, dapatkan jenis pendapatan pasif.

Sekali kerja, dan betul-betul kerja. Inshallah ianya akan datang hasil.

Dan apa la aku merepek panjang lebar pasal affiliate ni... Aku sebenarnya nak cerita lain...

---

Sibuk membaca sana sini, terbaca satu artikel berkenaan dengan domain dan hosting. Dan terus terbaca pasal wordpress...

Wordpress.com... apa ni. Yang aku tahu, ianya satu platfom seperti blogger juga. Aku daftar, dan daftarkan satu blog di bawah nama yang sama dengan rasional & emosional. Saja nak lihat apakebenda wordpress ni.

Hm... hm... hm..

Pening. Aku fikir benda ni terlalu advanced untuk aku. Sehari godak aku fikir takkan mampu faham semua. Tapi tak bermaksud aku harus putus asa untuk terus belajar tentangnya. Kadang lama sangat dengan blogger pun bosan juga.

Lagipun aku lihat ramai affiliate marketer yang menggunakan wordpress sebagai landing page blog mereka. Jadi aku fikir belajar menggunakan wordpress ni adalah suatu benda asas untuk menjadi seorang affiliate marketer.

Macam-macam...

Oh, jangan risau. Aku fikir biarlah blogger jadi platfom untuk aku berblog. Lagipun aku bukannya minat dan rajin nak menukar sana sini. Macam mana kau orang, ada yang menggunakan wordpress? best tak? orang kata pakai wordpress ni nampak macam pro sket. Ke budget je cakap? haha...

Wordpress ke, blogger ke... asal ada orang datang ke blog aku... aku fikir, itu yang paling penting... dan terima kasih jika kau membaca ini..

Aku ucap selamat...

Friday, June 10, 2011

Jangan, aku perlukan yang baru... dan aku serius kini...

Blog bersarang. Aku mula fikir aku patut tukar nama blog aku menjadi blog sarang... hah...! ada potensi nama itu. Sok mesti ada dah orang beli domain untuk nama tu.

Aku dapati amat sukar untuk menulis sesuatu yang tiada kaitan dengan emosional. Memandangkan bermulanya karier aku sebagai blogger pun kerana menulis benda-benda yang emosional. Jadi aku buat keputusan untuk menarik semula semua post aku dari blog lama masuk ke blog ini.

Dengan harapan, blog ini tidak bersarang lagi. Ok.. mula entri... huhu...

---

"Itu tandanya kau betul sayang kat dia..."

Itu kata Mel bilamana dia ketahui aku kembali kepada si dia dahulu. Dan malam ni, kata-katanya teriang-iang  di telinga aku.

Jam pukul 3 pagi. Aku masih tidak tidur. Baru selesai mesej dengan si dia. Dan ketahuilah, bukan kehendak aku untuk masih berhubung, hanya kerana rasa itu terlalu lama aku pendam. Dan semalam semuanya terluah, dan kembali menjadi penyakit kepada aku. Aku fikir...

Itu emosional. Jangan salahkan aku. Aku cuba sedaya upaya untuk menjauhi dan melupakannya. Aku hanya di usik, dan semuanya datang bertalu tanpa aku sedia menghadapinya.

Namun pagi ini istimewa. Kerana si dia buat aku sedar, aku punya potensi diri yang tinggi. Dan tidak seharusnya kisah silam masih mampu menghantui aku.

Aku sedar, walau betapa dalam cinta dan sayang aku kepada si dia pun, keutamaan itu tidak dapat aku elakkan. Kerana ianya sifat aku...

"Berbuat apa sahaja yang aku sukai dan dirasakan sesuai, tanpa memikirkan yang lain..."

Dan walau sayang dan cinta sekalipun... itu tak mampu mengugat keutamaan itu. Dan seharusnya aku harus menjadi itu.

---

Tak banyak aku mampu bicara. Apa yang mampu dibualkan oleh 2 orang yang pernah bercinta, hanya kenangan lama. Mencari salah dan silap, saling bermaafkan dan jika mampu, ketawa bersama.

Aku harus cepat melupakan si dia. Dan bekerja keras, untuk sesuatu yang aku fikir bakal menyenangkan orang-orang yang patut aku sayang.

Jika kerja keras ini yang membuatkan aku tidak lagi bersama si dia, ada baik aku teruskan. Inilah kesilapan aku yang aku harus teruskan.

"Cinta datang selepas cita-cita..."

Aku pernah kata,

"Saya fikir, semua itu sudah cukup buat saya. Saya mahu hidup dengan perkara baru, dengan orang baru yang mungkin saya jumpa. Agar saya tidak lagi masih duduk, merenung jauh ke belakang..."

Dan tolong... buat aku terus melupakan si dia. Berbulan-bulan aku hidup dalam damai. Jangan fikir untuk datang mencari aku. Aku mahu perkara baru, mahu hidup baru. Mahu kejar sesuatu yang baru. Aku mahu blog ini hidup seperti dahulu, penuh dengan cerita-cerita hidupku yang hebat.

Jangan pernah mahu menjenguk aku sekalipun. Kerana hanya sekali seperti semalam mampu menggoyangkan hati aku. Si dia ada di hati, namun aku yakin ia bukan selamanya. Seperti Cahaya Kemuliaan, seperti Cahaya Pembuka Hatiku.

---

Aku masih mengejar cita-cita aku. Sukar untuk aku berputus asa walau keadaan aku sekarang amatlah sukar. Tapi aku yakin, dengan apa yang aku lihat banyak menyedarkan aku tentang potensi jalan yang aku pilih.

Aku tak mahu emosi lama menganggu. Aku terlalu penat melihat kebelakang. Aku seperti sudah jauh ketinggalan. Aku tak mahu mengejar apa dibelakangku.

"New is always better..."

Aku yakin, sesuatu yang baru di luar sana akan membuat hidup aku lebih baik, lebih hebat.

Resolusi aku pada tahun ini adalah mencari yang baru, menganti terus masa silam aku. Dan berterusan hidup dengan segala ilmu hebat yang mampu aku dapat.

---

Barangkali aku kejam. Tapi aku fikir, semua manusia harus begini. Berdiri dan duduk di tempat sama tidak mendatangkan sebarang hasil yang terbaik. Aku, dan kau harus keluar, bertaburan di muka bumi Allah ini mencari setiap yang kebaikan di dalamnya.

---

Aku pinta kau, si dia... aku mahu keluar... dan jangan datang mencariku semula... Aku ada hidup baru di luar sana. Dan aku yakin, dalam masa terdekat ini aku mampu mencapainya. Pergi terus tinggalkan aku sendiri, seperti dahulu. Aku tidak mahu hati ini sekarang.

---

Aku harap selepas ini, blog ini tidak bersarang lagi. Aku minta maaf... Dan selamat datang ke Rasional & Emosional. Kerana dalam hidup, aku manusia, dan kau manusia. Ada hati dan akal. Dan kita takkan jauh lari dengan rasional dan emosional kita...

Aku ucap selamat....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...