Oh ye, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua orang yang menyambut perayaan ni. N thanks to perayaan ni, Celcom amat berbesar hati memberikan aku topup RM10 percuma setelah aku topup RM30 pagi tadi. Sayang Celcom, huhu...
Celcom. Aku bukan nak promote atau apa. Aku nak citer je. Aku guna Celcom sejak aku tingkatan 5. Masa tu Celcom ada plan Excel, Exceed dan Explore. So aku amik plan Exceed, dengan harga RM120 kalau aku tak salah (ya, masa tu sim card memang setanding harga emas...). Heh, aku amik pelan tu sebab bila call orang murah. 38sen seminit (kalau aku tak salah) masa tu memang lew murah sangat... ble la telefon selalu orang yang tersayang.
Tapi citer tak habis kat situ, masuk kolej, aku tukar Maxis coz member ramai pakai n Celcom macam tipu je dengan caj yang dikenakan. Tapi yang leceh pakai Maxis coz dia ada pelan bercakap dengan plan ber'sms'. So, disebabkan atas dasar berkorban untuk yang tersayang, aku pakai la 2 kad sim (bila ingat balik macam membazir lak), dan ke dua-duanya adalah Maxis.
Ada satu masa aku lupa nak topup Maxis pelan berbual aku, so matilah no tu. N pastu aku beli satu lagi kad sim digi lak. Orang kata murah. Ya, memang murah sampai aku hangin satu badan. Kenapa? kerana liputan tidak meluas. Susah aku nak hantar mesej. Aku pakai sampai akhir tahun satu kat UTM.
Then macam mana aku leh pakai Celcom balik. Heh, thanks to Cahaya Kemuliaan sebab dia pakai Celcom. Dan atas dasar tak puas hati dengan Maxis yang macam tipu aku dari segi caj dan coverage macam siput sampai aku hampir clash dengan awek aku dulu, aku biarkan Maxis aku kehausan. Nah, rasakan 'sambungan panas' ko tu. Haha... Oh ye, fakta di atas adalah berdasarkan pengalaman penulis yang mengunakan prabayar... (huhu...)
Ape je aku merepek ni. K la tu serba sedikit tentang sejarah aku dengan kad sim telefon ni. Dan hari ni tergerak lak aku untuk membebel pasal Celcom, Maxis dan Digi. Hari ni aku pergi banyak forum yang citer pasal perkhidmatan dorang ni. Ada kata Celcom liputan terluas, ada kata Maxis banyak pelanggan, ada kata Digi sangat murah. Memang seronok baca komen dorang ni.
Namun ada juga segelintir dorang mengenengahkan isu perkauman dalam memilih mana produk lebih baik. Ya, Celcom dimiliki oleh orang Melayu, Maxis oleh orang India dan Digi aku tak pasti, katanya luar negara.Ya, sapa nak tolong Melayu kalau tak Melayu sendiri, kata mereka. Haha... ada betul juga cakap dorang.
Ada juga yang mempertikaikan servis pelanggan. Celcom dan Digi ok coz kalau nak telefon servis pelanggan memang percuma (bukan bermaksud sia-sia, ni bahasa melayu bukan indon... huhu). Tapi tak Maxis. Dorang cas untuk panggilan ke pelanggan. Aku ingat lagi dulu masa aku jual topup kat kolej, member aku ada masalah dengan sim dia so guna telefon aku untuk call Maxis. Memang masalah selesai tapi kredit aku apa citer...
Bab promosi lak. Celcom memang haru... macam tak reti buat promosi. Banyak kelebihan Celcom yang ramai tak tahu contoh diberi 7 hari panggilan dan sms percuma untuk hadiah hari jadi, topup sebelum masa luput akan diberi 5 hari percuma dan bonus mengikut kadar penggunaan dan banyak lagi. Tapi aku bet memang korang tak tau kan sebab aku pun baru tau (tu pun gi website dia...). Lain pula halnya dengan Maxis dan Digi, coz aku sendiri tau kalau nak bergayut sejam RM3 waktu malam, Maxis ada caranya even aku bukan pengguna Maxis. Huhu. Digi, tak payah citer, memang banyak gler promosi dia... penat nak taip...
Tapi kalau korang tanya aku untuk pilih yang mana satu... Aku akan cakap mana yang memberi perkhidmatan yang terbaik. Aku tak peduli walaupun ramai member aku pakai Maxis, aku tak peduli Digi murah gler dan jimat. Aku still setia pada Celcom. Bukan kerana ia dimiliki oleh orang Melayu, bukan kerana 7 hari percuma itu dan ini, tetapi kerana liputannya yang terhebat.
Ya, bandinglah Maxis yang kalau aku masuk hutan UTM tu, lupakanlah handphone ko tu. Apatah lagi Digi, lagi hampeh (coz bilik aku sendiri takde line Digi...). Celcom gak best... Setiap masa ada je itik biru (?) yang menemani aku. Banyak kenangan pahit aku ketika di saat aku memerlukan seseorang untuk berbual, line tak ada. Huu... haru...
Kalau tak puas hati dengan jawapan aku, terpulang la... Aku dah cakap, aku pentingkan kualiti. Kalau nak jimat, tak payah guna. Senang... Coz aku rasa hampir 7% dalam perbelanjaan bulanan aku adalah untuk beli topup. Heh, aku bukan pengguna yang berat (heavy user) haha... so, jadilah pengguna yang bijak... Amalkan 5M, (apahal...)
Ok la... penat bebel... anyway, ingat... tingkatkan produktiviti, kurangkan kontroversi (Melodi... huhu...)Apa kene mengena ek... haha...