Followers

Gamers

Wednesday, February 6, 2008

Inggeris atau English...?

Bahasa Inggeris. Bebaru ni aku sering ada masalah dengan bahasa ni. Secara jujurnya, aku sekarang mula untuk serius menjana duit dalam internet. Dan halangan aku yang terbesar adalah bahasa. Bukan kerana aku tidak tahu membaca bahasa Inggeris tetapi aku kerana aku kureng skit dalam penulisan bahasa Inggeris. Ya, blog adalah perantaraan yang terbaik untuk aku menjana duit. Namun sekarang bahasa menjadi halangan terbesar untuk aku meluaskan peluang menjana wang. Heh... Meh aku citer sket sejarah aku dan bahasa Inggeris.

Sejak kecil, aku lebih belajar berbahasa Inggeris melalui komputer. Masa aku darjah 3 (kalau aku tak silap), ayah aku belikan komputer yang kini dah tah mane dah komputer tu. Pentium 1 dengan 166Mhz. Haha, masa tu pc tu dah kira canggih dah. Dan dari situlah aku mula mengetahui dengan serius kepentingan bahasa Inggeris.

Image Hosted by ImageShack.us


Sejak ada pc di rumah, aku sering buka kamus. Nak tanya ayah aku, huh... haram dia takkan bagitau maksudnya. Koz dia nak aku berdikari untuk menyelesaikan masalah aku sendiri. N sebab tu jugak la dia belikan aku kamus dwibahasa ni. Memula kekok gak nak cari makna yang aku tak faham tapi lama-lama, heh, buka sebelah mata je aku dah ble cari makna setiap perkataan yang aku tak tahu.

Namun pembelajaran bahasa Inggeris aku tak berakhir di situ. Dahulu masa aku sekolah rendah, ayah aku hantarkan aku tuisyen. Sebab, koz kalau aku kat rumah, memang takde benda lain aku buat. Makan, tido, main game. Kalau belajar tu memang liat kecuali ada kerja sekolah. So, untuk mengisi masa lapang aku yang sangat lapang pada malam hari, ayah aku hantar gi tuisyen.

Kat tuisyen, well taklah dia ajar bahasa Inggeris dengan bercakap Inggeris sepanjang masa. Well, korang leh kata standard je dia ajar (haha) namun dari situ aku tahu, faham dan berani untuk berbahasa Inggeris.

Well, walaupun aku belajar berbahasa Inggeris sejak sekolah rendah, namun aku bukanlah genius pun dalam bahasa ni. UPSR pun dapat B. Sama lah dengan PMR. SPM pun B3 dan MUET (Malaysian University English Test) pun B3 gak. Haha... Kalau la aku rajin sket... (menyesal kemudian tidak berguna...)

Aku bangga dengan hidup aku sekarang. Sekurang-kurangnya bila ada orang speaking dengan aku, aku tak kekok untuk membalas sampai terbelit lidah dorang (haha...). Namun apa yang aku masih tak puas hati dengan struktur ayat aku. Even korang boleh lihat, bahasa Melayu aku pun kadang tunggang langgang gak... (haha...)

Dulu, masa aku aktif dalam bermain catur, ada la member aku sorang ni dari hm... lupa, tapi luar negara. Aku suka bermain dengan dia koz dia banyak cakap. Antara ayat dia yang jadi feveret aku, "What important is understanding, not the language itself. It will be useless if i can speak Malay but you can't understand, right... Hoho..."

Berbalik kepada masalah aku tadi. Ya, blog aku sekarang memang ada pendapatan. Hm, kalau tak silap RM0.o1 sen setiap hari (haha... hampeh...). Tu pun dari Adverlets. Ia bergantung kepada berapa ramai orang datang melawat blog aku n click kat iklan dia. Haha, trafik kat blog aku ni bukannya ramai sangat tapi Alhamdulillah, ada gak pembaca setia...




Tapi, banyak lagi program yang kat luar tu macam Adverlets yang lebih menguntungkan. Namun ia memerlukan penguasaan bahasa Inggeris dalam membuat posting. Even Google Adsense pun (memang ada untuk bahasa Indonesia tapi akunyer macam ada masalah...) lebih mudah dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Rugikan rasanya kalau bahasa Inggeris kita tahap cipan je... So dengan ini aku akan membuat langkah drastik iaitu membuat satu lagi blog baru dalam bahasa Inggeris, mencabar pengetahuan serta pengalaman aku dalam berbahasa Inggeris. Heh, bukan sekarang coz ni nak update ni pun dah rasa susah dah. Busy je aku bebaru ni... Heh, nantikan kemunculannya...

Sekarang dalam peringkat perancangan, well, kalau korang ada idea-idea yang bernas boleh la hantar komen kat sini... Aku akan cuba jadikannya realiti... huhu...

Majulah Bahasa Inggeris untuk Duit... Wakakaka... (gler2...)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...