Followers

Gamers

Tuesday, February 12, 2008

JLBM 2008 : Cerita antara blog dan aku...


Hm, posting ni akan membuatkan korang rasa, "apa kejadahnya mamat ni buat posting yang dia dah buat dulu..." haha... anggap la sama tapi tak serupa... koz posting ni, aku janji... lebih extreme dari posting aku yang lepas...
Aku suka luahkan apa je yang terlintas di fikiran dan dalam hati aku. Namun tak ramai yang sudi mendengar. Mungkin kerana boring (koz aku jiwang sangat, haha...) atau mungkin kerana ia bukan sesuatu yang dorang mahu dengar. Namun jauh dalam lubuk hati aku (aiceh...) aku tahu, ada seorang, bukan, dua bukan, ada ramai yang mahu mendengar, cuma hanya mediumnya sahaja perlu aku cari.

Blog, siapa sangka aku jumpa benda ni dengan hanya satu klik di
Friendster. Ya, dengan satu klik. Aku telah menjadi blogger. Siapa itu blogger? Mereka adalah manusia yang ada tujuan, pemikiran dan perasaan yang mahu diluahkan kepada semua orang yang ada dalam mukabumi ini. (Haha, jiwang lagi ayat aku...)



Contoh blog aku terdahulu, revolusi blog aku...


Ok2 aku serius, no more jiwang.... Aku seperti blogger lain, punya idea mahu kongsi kepada korang semua. Boleh kata blogger memang tak lokek ilmu dan kitorang antara makhluk yang ter'best' dalam dunia ni sebab rajin update buat posting untuk korang baca.

Rugi, korang rasa macam tu ke...? Aku tak rasa macam tu pun. Even Rasulullah Saw bersabda,

“Sedekah yang paling utama adalah orang Islam yang belajar suatu ilmu kemudian diajarkan ilmu itu kepada orang lain.” (HR. Ibnu Majah).

Ya, aku suka kongsi ilmu yang aku ada coz aku seronok melihat mereka merasa puas dengan apa yang mereka ketahui daripada aku. Walaupun aku tak nampak muka 'puas' korang, tapi aku pasti, korang mesti cakap, "oh, macam tu ke... lew... ade ek..." bila baca posting aku yang berkaitan dengan info. Betul tak? Jangan tipu... haha...

Dan kerana itu aku menjadi blogger, aku tak pasti berapa lama aku menjadi blogger, rasanya lebih kurang 4 tahun. Heh, lama kan. Bermula dengan blog di Friendster dan hari ini, di sini aku. Ber'blogging' di sini, untuk korang, untuk semua....

Ya, blog ini adalah aku dan memang aku suka korang baca blog aku. So, koranglah yang buat aku rasa nak menaip lagi. Even aku sibuk dengan kehidupan seharian aku, tapi still aku mahu untuk ber'blogging'. Dorongan yang kuat dari korang la yang buat blog ni terus hidup, dan buatkan aku masih di sini, menaip dan menaip, sampai kering kepala aku fikir apa nak ditaip lagi. Haha...


Antara gambar-gambar yang menghiasi posting aku dahulu.


Ramai tanya aku, "apa citer blog aku?" atau "apa 'niche' untuk blog ko ni?" lihat saja pada label atau kategori setiap posting aku. So, apa citer... Ya, ni la aku. Aku mahu tahu semuanya; Komputer, automotif, hiburan dan isu semasa. Aku juga punya ketahuan sendiri; perasaan, emosi, rasional dan pendapat. Ya, blog ini adalah aku. Dan apa sahaja aku tahu, pasti akan aku tepekkan di sini, di blog ini.

Adik aku pernah mahu berkata "susah la blog ini..." namun hanya sikit ajaran dari aku dan minat yang aku pupuk untuk dia, dia mula mengemari blog. Lihat sahaja blog dia. Catatan harian, bola sepak (kipas susah mati Manchester United ni... huhu...), e-mail forward dan tips-tips kehidupan semuanya dia kongsi dengan pembacanya.

Image Hosted by ImageShack.us

Aku bangga dengan dia. Dia telah mula berani meluahkan apa sahaja di benak fikirannya dan di hatinya. Ya, aku mahu dia buka mindanya, lihat dunia, dan jangan lokek dengan ilmu yang dia ada dan dia telah membuktikan, yang dia adalah diantara orang-orang yang hebat. Moral, tak kenal maka tak cinta. Korang yang baca blog aku ni bila lagi, ayuh ciptakan blog kamu sendiri, tulisan kamu sendiri. Siapa tahu, mungkin kamu boleh mengenali diri kamu lebih dari sekarang. Huhu...

Blog, aku tahu ada kuasa di sebalik medium ni. Cuba korang fikir, korang bebas sebarkan segala ideologi melalui blog dan jangan kata tidak akan ada orang membacanya. Oh, aku tidak percaya. Masa posting pertama aku pun sudah ada yang membacanya. Ya, aku ada ideologi aku sendiri untuk aku sebarkan. Dan aku harap korang dapat setiap mesej yang aku sampaikan melalui setiap posting aku.

Image Hosted by ImageShack.us

Ya, wang. Siapa saja tidak mahukan wang. Dan aku sangat yakin, hanya dengan membuat posting, aku mampu membuat duit. Sekarang bermacam-macam program yang mampu menjana wang, antara sanggup atau tidak mempelajarinya. Ya, aku harap, blog ini menjadi dapat memberi aku keuntungan di setiap masa yang aku luangkan bersamanya.

Aku juga harap korang suka membaca blog aku. Ya, aku sedar aku jiwang, ya aku sedar aku agak materialistik sedikit namun ini realiti. Mungkin aku tidak hati kering seperti kalian semua, tiada rasa ingin meluahkan perasaan yang terbuku. Sanggup menahan segala derita. Huu... cekal gler... Aku bukan seperti itu. Biar secekal mana pun aku, aku percaya aku akan tunduk kepada perasaan juga suatu hari nanti. Dan aku harap rasional aku datang menyelamatkan aku sebelum aku di timbus hidup-hidup oleh emosional... huhu...

Hm, aku hanya menulis, dan membaca sekali apa yang ditulis hanya untuk semakan. Namun korang la yang tentukan best ke tak blog aku ni. Aku akui memang aku suka membebel, masakan tidak, lihat sahaja posting ni. Huu... tengok sekali pun dah rasa malas nak baca... Keh keh... Kalau tanya aku best tak blog aku dari sudut korang. Hm, mungkin aku kene kurangkan celoteh sket. Tapi ada kan suka dengar aku celoteh... Haha...

Aku selesa dengan blog aku sekarang. Aku boleh buat posting dengan takde masalah. Tak taulah pendapat korang camne lak. Ok je blog aku ni. Namun aku punya hati mahu membuat lebih baik dan mahu menerbitkan satu lagi blog baru untuk tujuan lain. Apa tujuan itu... tunggu....! haha...

Hei kalian, bukankah Allah berikan kalian segalanya. Maka gunakanlah untuk segalanya, segala yang baik. Yang bisa bawa untung kepada kalian. Yang bisa bawa kedamaian kepada sekitarnya. Kerana kita manusia, banyak saja ragamnya, ada sahaja kerenahnya. Lihatlah ke sana. Ya, dihadapan sana, ada cahaya. Hanya sahaja kamu mahu untuk mendapatnya, doa sajalah kepadaNya, dan pergi. Pergilah mendapatnya, kerana kamu ada segalanya dan aku dan kami di sini sedang memerhatikan kamu. Ya, kamu... sang Juara...
Image Hosted by ImageShack.us

Sumber dari...
http://www.neomatrixzz.blogspot.com/
http://m3nna.multiply.com/journal/item/126



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...