Followers

Gamers

Thursday, February 14, 2008

Maaf dan terima kasih Cahaya...

Lidah,
Dengannya aku menyebut cinta,
Dengannya aku menterjemah hati,
Dan hari itu, dengannya aku melukai kamu...

Sedikit, hatiku tidak merasa,
Namun dengan tiada sedikit, kau terasa,
Hanya hatiku bagai sedikit tertutup,
Untuk fahami isinya kamu.

Namun pada hari ini,
Kau buka hatiku sekali lagi,
Memberi sedikit isinya kamu,
Membuat aku sedar, ya... Inilah kamu.

Isinya kamu...
Ya, kamu perempuan,
Ya, kamu dengan kelembutan,
Ya, kamu yang disayang...



Maafkan aku,
Kerna tidak peka,
Dan terima kasih,
Kerana menyedarkan aku yang kamu,
Cahaya yang perlu aku lindung,
Yang perlu aku kenal,
Segala apa yang ada,
Yang pada asasnya bahawa,
Kamu, itu kamu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...