Followers

Gamers

Wednesday, February 20, 2008

JLBM 2008 (WEEK 2) : Kisah ____(12)____

Image Hosted by ImageShack.us


Petang yang boring ni aku ingat nak beri kalian semua satu cerita.

Image Hosted by ImageShack.us


Suatu hari, ada seekor lembu sedang merayau-rayau mencari ___(1)____. Ya, kerana semalam dia ____(2)_____. Tiba-tiba lembu itu terserempak dengan ____(3)____ lalu dengan ____(4)___ dia menegur ____(5)____. "____(6)___, aku betul ____(7)____. Lalu jawablah ____(3)___ tadi dengan nada marah, "____(8)____".

Dengan rasa bengang, lembu itu mahu membuktikan kepada ___(3)___ yang dia boleh. Ya, Malaysia boleh!!! Lalu lembu itu pun mencari akal bagaimana dia boleh untuk ___(9)___. Tiba-tiba dia ternampak puting beliung yang amat besar, laksana tahap 5 pada skala Fujita. Lalu berkatalah lembu itu, "akan aku ____(10)____."

Kemudian, berlarilah lembu itu ke arah puting beliung itu. Ya, pada tahap 5, puting beliung itu dengan mudah mengangkat lembu itu terbang. Namun malangnya, Allah menjadikan lembu tidak bersayap lalu dia terbang tanpa dapat dikawalnya.

Akhirnya takdir menemukan lembu itu di satu hutan paya bakau yang dia sendiri tidak pernah pergi. Bang!!! mendaratlah lembu itu di atas pokok seperti mana kalian lihat seperti gambar di atas.

Moral : _______(11)___________


Ok, aku tahu kalian pening dengan cerita ni. Aku tidak tahu kalian mahu dengar cerita tentang apa. Maka aku buat begini. Jika kalian mahu membaca cerita komedi, makan pilihlah pilihan komedi. Kalau kalian mahu membaca kisah cinta, maka pilihlah cerita cinta. Kalau kalian mahukan aksi, maka pilihlah aksi. Padankan dengan petak kosong ok... Selamat berhibur....!!!


Kelakar

Cinta

Aksi

1

makanan

Teman tapi mesra

Tanduknya

2

Tak makan lagi

Baru putus cinta

Bergaduh dengan kerbau

3

Burung apa, burung murai

Bekas kekasihnya

Kerbau semalam

4

selamba

Penuh benci tapi sayang

berlagak

5

Burung itu

Bekas kekasihnya

Kerbau itu

6

Hei kau burung,

Saying,

Oit

7

Mahu ingin terbang seperti kau, bolehkah?

Mahu bersamamu semula, bolehkah

Mahu menuntut atas kehilangan tandukku semalam…!

8

Gila ke kau, mana boleh lembu terbang…

Boleh saja, boleh blah!!!

Haha, mampu ke kau, semalam pun aku guna 1% kekuatan aku. Itu pun kau tak mampu…haha…

9

terbang

blah

Mengalahkan kerbau itu

10

Terbang tinggi sehingga kau rasa kagum dengan aku

Pergi jauh sejauhnya hatimu kepadaku…

Kalahkan kau dengan penjak jurus pembunuh awan aku… haha…

11

Bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kapada kita

Cinta dating dan cinta pergi, jadi bersabarlah dan jangan berputus asa dalam hidup.

Ukur baju di badan sendiri. Sedar diri, sedar kelemahan diri.

12

Superlembu

Cinta emosi

Dendam tersumbat


Sekali lagi, selamat berhibur... huhu...

Image Hosted by ImageShack.us
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...