Followers

Gamers

Wednesday, February 27, 2008

JLBM’08 (Week 3) : Aku mahu JL Blogger Mania 2008

Image Hosted by ImageShack.us

Selamat! Selamat! Sudah 3 minggu pertandingan JL Blogger Mania diadakan dan sudah 4 peserta disingkirkan dan 5 masih lagi berentap untuk menduduki takhta teratas sebagai Juara JL Blogger Mania. Haha, lama sudah pertandingan ni, rasa bagai 3 bulan sudah aku bertanding dengan dorang ni. Penat.

Maka, petang yang mulia ni (tengok matahari sket...) aku rasa nak cerita sikit tentang pengalaman aku dalam pertandingan JL Blogger Mania ni. Pengalaman... memang banyak yang menarik tentang pertandingan ini kerana hendak juga aku perah kepala aku untuk buat sesuatu yang menarik dan ter'update' gak blog aku. Huhu, serampang 2 mata.

Image Hosted by ImageShack.us
Logo Rasmi Pertandingan JL Blogger Mania Musim Pertama

Pada mulanya aku tak pernah nak terfikir untuk mempertahankan takhta aku sebagai Juara JL Blogger Mania musim pertama. Aku masuk semula pertandingan ni atas niat mahu mencari sesuatu yang hilang dalam seni membuat posting serta mahu menaikkan trafik blog aku. Heh, macam aku cerita dulu dalam posting aku, JLBM 2008 : Cerita antara blog dan aku..., aku ada tujuan lain untuk memperkasakan lagi blog aku.

Pertandingan ini bagi aku sukar kerana ia mencabar aku dari segi psikologi, kreativiti dan kemahuan aku dalam menyiapkan satu posting. Ya, satu posting yang mampu mengubah hidup aku. Aku berani katakan setiap posting yang aku buat melalui pertandingan ini mengubah aku dari segala segi.

Peserta JL Blogger Mania Musim Pertama

Peserta JL Blogger Mania Musim Ke dua

Whitedolfin
http://waniheaven.blogspot.com/

dasyu
http://dasyu.blogspot.com

mashimie82
http://mimosa82.blogspot.com/

Squall_pka1
http://msuhaimi2007.blogspot.com

JEJERZ
http://triplex.blogdrive.com/

Geng Jahat
http://gjnaza.blogspot.com

Nama : Neo_matrixzz (Muhammad Safie)
Tajuk Blog : Kehidupan VS Aku
URL: http://www.neomatrixzz.blogspot.com

Nama : Squall_pka1 (msuhaimi2007)
Tajuk Blog : Rasional & Emotional
URL: http://msuhaimi2007.blogspot.com

Nama : jejerz (jejerina layola machael angelo ekekekek)
Tajuk Blog : :: me, somone, somewhere in the universe ::
URL : http://www.triplex.blogdrive.com

Nama: katarsis
Tajuk : Diari Seorang Lelaki
URL : http://kanchantirana.blogspot.com

Nama : FiQ (Fiq Life)
Tajuk Blog : FiQ Life
URL: http://fiq-life.blogspot.com

Nama : Data
Tajuk Blog : kim's deBest
URL : http://kimsdebest.blogspot.com/

Nama : "Lemon" or "Muchacha"
Tajuk Blog : MY.STORIES.
URL : http://lemonadenoi.blogspot.com

Nama : Kantois
Tajuk Blog : IT'S COMPLICATED
URL : http://kantois.blogdrive.com/

Nama : kiara
Tajuk Blog : kidilara
URL : http://kidilara.blogspot.com

Pertambahan peserta selepas satu musim menunjukkan sokongan orang ramai terhadap pertandingan ini...

Mungkin juga aku takut dengan komen orang lain. Heh, tapi para juri aku yakin adil dan bijak. Dan setakat ini komen mereka adalah membina. Mereka telah memberi aku satu pilihan. Ya hanya satu, mereka mahukan yang terbaik untuk aku. Haha, aku suka bila juri Diablo suka akan posting aku, JLBM 2008 (WEEK 2) : Kisah ____(12)____ dimana walaupun kerja 'last minute', ia kelihatan menarik dan kreatif. Kenapa aku mampu buat posting begitu dengan idea begitu, kerana atas desakan dan ketakutan yang diberikan oleh juri2 JL Blogger Mania. Ya, mereka mahukan yang terbaik dan aku berikan mereka yang terbaik.

Namun bagi aku, pertandingan kali ini lebih mencabar. Haha, mungkin kerana ada mamat psiko yang buat hal ketika awal pertandingan ini diadakan. Entahlah, banyak orang banyak ragamnya. Namun dari situ aku pelajari, untuk jadi terbaik, aku perlu bersabar dan berusaha sehingga aku mampu capai apa aku hajati.

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Hadiah yang aku harap akan ada pada JL Blogger Mania musim hadapan. haha...

Hm, aku harap bila dorang nak buat lagi pertandingan ini, hadiah bagi gempak lagi seperti percutian ke luar negara ke, tv plasma ke... haha... Aku masih tak nampak kelemahan dalam pertandingan ini. Kalau ada pun boleh di abaikan. Haha, mungkin saja kerana aku tidak kerap berforum kerana kesibukan dengan assignment dan projek kat U ni.

Hm, aku dengar mereka mahu mengadakan sekali lagi pertandingan JL Blogger Mania 2009. So aku harap lebih ramai penyertaan dari orang ramai. Kenapa? kerana aku mahu jatuh dan dengan kejatuhan itu aku akan belajar untuk naik semula. Aku hebat? haha... mungkin juga, tapi siapa aku untuk mengatakan aku hebat kalau bukan korang yang patut kata... huhu...

Aku harap pertandingan ini diadakan sekali lagi. Seronok juga kalau dijadikan acara tahunan Forum Jomlayan. Barulah meriah sikit forum tu. huhu...

K la. Penat celoteh. Aku pun nak sambung buat kerja lain. Anyway, aku tunggu korang yang tak pernah menyertai pertandingan ini bertanding musim hadapan. Aku yakin mereka akan adakan sekali lagi bagi mencari Juara yang unggul memegang taktha sebagai blogger yang terbaik. Jumpa korang nanti...

Image Hosted by ImageShack.us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...