Antara buku yang aku baca sehingga tido... ada gak yang aku tak baca.. haha...
Antara perkara yang aku sibukkan ialah study. Belajar kerana ujian datang menimpa2. Selepas satu datang, aku kerja dan ia pergi. Kemudian datang satu lagi, aku kerja dan kemudian pergi. Huu... Mahu saja aku jerit katakan 'tak nak' kepada ujian.
Dan baru2 ini kalau ada yang perasan, aku mulai berniaga. Ya, gadget, barangan elektronik yang semakin digilai ramai ini menjadi pilihan aku untuk memulakan langkahku. Dunia bisnes, ramai mendengar, dan ramai mencuba tetapi tak ramai yang berjaya. Namun aku tahu, ia adalah satu-satunya jalan untuk aku puas dalam mengejar kesempurnaan hidup. Ya, barangkali ada mengatakan yang 'tiada manusia sempurna di dunia ini.' Namun tidakkah akan rasa rugi jika kita tidak mencubanya.
sabda Rasulullah S.A.W.:Sempurna. Orang putih kata 'perfectionist'. Namun ramaikah orang tahu maksudnya. Haha, malas untuk aku membuat kajian lanjut. Terpulang saja kepada semua, menterjemahkan maksudnya.
Sembilan persepuluh sumber rezeki boleh diperolehi melalui perniagaan".
(Riwayat Termizi)
Orang kata, berehatlah jika kamu terlalu pusing dengan hidup. Maka semalam aku keluar dari kesibukan ini. Menikmati kecantikan dunia. Ya, setelah puas mengejar dunia, apa salahnya berhenti seketika untuk menikmatinya pula.
Lantak la korang nak kata aku 'saving' ke apa... huahaha...
Semalam, aku keluar bersama si dia. Meluangkan masa bersama-sama menjajah kompleks membeli-belah. Haha... ada saja kemahuannya, mahu itu dan ini (belinya tidak... huhu...). Mahu ke sana dan ke sini. Walaupun penat, namun aku gagahkan juga diriku kerana terhibur. Ya, aku terhibur dengan telatahnya, dengan senyumannya. Hari itu dia bawa aku jauh dari permasalahan dunia. Dari kesibukkan mengejar dunia. Mungkin hanya dia yang mampu menstabilkan hidupku. Haha, hati sudah ada cinta... maka segalanya yang ada hanyalah dia...
Walaubagaimanapun, hari ini aku mula bekerja. Belajar dan berniaga. Walaupun sibuk, walaupun penat, namun aku tetap ingat. Semua ini satu hari nanti pasti akan jadi suatu yang boleh aku gelar 'kejayaan'. Hanya jika aku adunkan ia dengan 'usaha' secukup rasa. Dan jauhkan sifat 'putus asa'. Aku mahu dunia lihat aku, sebagai manusia... Ya manusia, yang mahu kejayaan, mahu berjaya...
Setiap detik aku rasakan hilang. Kerana ia pasti tidak mampu dibeli dimana. Kerana ia nyawa, yang sedikit yang diberikan olehNya. Namun dengan sedikit itu aku mahu berjaya. Walau penat ku gagahkan jua. Kerana aku tahu, aku perlu usaha. Namun aku bersyukur dengan kehadirannya yang mampu menstabilkan aku. Agar aku tidak takut, tidak gusar untuk terus, berusaha sehingga aku mampu memilikinya... selamanya...Sumber hadis dari
http://www.muslimdiary.com/readarticle.php?article_id=911