Followers

Gamers

Friday, April 15, 2011

Epilog...

"Cinta datang selepas cita-cita..."

Aku lihat jauh ke dalam. Aku lihat marak api menyala. Namun anehnya, ia tidak membakar sekeliling, kecuali dirinya. Dan aku fikir, betapa bodohnya itu, seperti syaitan, yang terang dibakar oleh badannya sendiri...

Aku kenal api itu, itu api kemarahan. Ia marak, hanya memakan diri. Dan jika tidak dikawal, ia akan jauh memakan diri. Dan bukan aku untuk membiarkan ia terus memakan diri. Dan jauh memakan diri hanya untuk orang disekelilingku.

"Kau tahu apa yang mereka kata tentang dendam, bersedia untuk menggali 2 kubur..."

Tiada yang menang jika syaitan menjadi diri sendiri. Yang pastinya, api itu membawa kau ke lubang yang dalam, tanpa mampu kau diselamatkan. Aku tahu ini, aku fikir, aku hanya perlu berbaik-baik. Tidak perlu mengungkit, hanya ikut aturan yang telah disarankan.

Dan aku tahu aku dilandasan yang betul.

Namun, itulah silap aku. Orang kata, jika kau usaha, kau akan dapat. Dan bukan dalam keadaan ini. Silap aku, menyangka yang aku menang jika aku ikhlas dan sabar. Ternyata, jika itu adalah satu kesilapan, sama ada kau pihak yang benar sekalipun, tetap kau akan dipandang seperti orang berhaluan kiri.

Kadang, cinta menjadikan orang bodoh aku fikir. Kebanyakkan rasional kau akan ditarik. Nikmat menggunakan akal sepenuhnya juga akan ditarik. Dan sebelum kau sedar, sebelum sampai kau, dia perlu dapat dahulu. Dan itu aturannya.

"No pain, no gain..."

Aku tiada dapatan, hanya kesakitan. Walau akal ini kuat membetah, aku hanya mampu membelakanginya. Dan seperti aku pernah kata, ini adalah bodoh.

Bodoh kerana, aku berpaling dari kenyataan... Yang telah lama dia, telah membuat keputusan. Anehnya, kerana seharusnya, aku terlebih dahulu membuat keputusan itu.

Aku pernah kata,  pelik cara nafsu berfungsi. Api itu hilang, tiada walau setiap ceruk mana pun aku mampu cari. Dan aku sedar, seperti dia, aku juga perlu buat keputusan. Dan kini, bukan sebarang keputusan.

Aku lihat dia. Aku pernah tulis tentang ini dahulu di suatu cerita lama dahulu. Dan tulisan itu berkata,

"Langsung..."

Aku sedar... Jalan terbaik berada dekat padaku. Aku nampak jalannya, dan hanya atas aku untuk mengerakkan ke sana.

Aku harus pergi. Dan aku janji pada diri aku... Yang aku takkan berpaling ke belakang lagi...

Kau, si mulut busuk, aku tahu kau ada isu kali ini. Berdoalah lidah kau masih mampu berfungsi di setiap saat kehidupan kau.

Dan kau, aku sedar aku takkan faham kau, selepas apa kau rampas dari aku. Dan aku tak pernah peduli apa tentang keadaan kau, bagi aku... Kejahatan yang kau lakukan pada aku, dan pada dia akan aku lihat pembalasan seterusnya. Karma... Hidup aku, hanya menunggu itu.

Dan dia...
...

Dan kau orang... aku ucap selamat... aku minta maaf... dan aku berterima kasih...

Aku akan selalu di sini... dan ini adalah keputusan aku... Terima kasih...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...