Aku tak mampu tidur. Ya, baru balik dari menonton bola bersama kawan-kawan. Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Manchester City menang. Aku, Manchester United hanya seri melawan Stoke City. Fantasy Football tak payah cerita. Memang haru.
Sedih dan kecewa. Berbatov pemain kesayangan tidak beraksi. Lemau je aku tengok. Orang dalam page fb dia memaki-hamun. Namun disebabkan aku faham dia sudah lama tidak bermain. Barangkali ada masalah. Barangkali tiada mood. Barangkali sudah tua.
Tapi aku rindu mahu lihat beliau beraksi seperti dahulu. Aish...
Namun, bukan itu yang membuatkan aku tumpul untuk tidur. Ia hanyalah kerana suatu perasaan yang lama. Aku fikir, jika cinta, kau toleh ke mana pun kau akan nampak dia. Kau lihat apa pun, kau akan kaitkan dengan dia... dan paling penting...
Bagaimana benci pun kau pada dia, dia tetap takkan kau lupakan. Ya, aku sedang bercerita tentang si dia. Bukan Mel... Tetapi si dia.
Setiap malam adalah rutin yang sama. Tidur itu menjadi terlalu sukar. Hanya jika aku benar mendapat penat, dan ngantuk baru benar terjadi mimpi itu.
Sedih. Seumur hidup aku tidak pernah merasa kesedihan seperti ini. Hati selalu bertanya kenapa? Walau jawapannya terlalu jelas, tapi masih bertanya kenapa?
Kenapa perlu begini? Kenapa tidak tunggu? Kenapa mesti buat begini?
Walau betapa marah pun aku tidak sekali aku lupa si dia. Betapa perit aku mahu melupakan pun tidak pernah luput dari ingatan.
Menyesal!? Ya... Putus Asa...!? tidak... Bukan DNA aku untuk putus asa. Kesan yang ditinggalkan terlalu kuat untuk aku tidak berputus asa. Dan kerana itu, cerita ini tidak akan habis. Tidak pernah tamat
Dan walau jauh aku menafikannya, si dia akan selalu dekat denganku.
Aku minta maaf, ini terlalu peribadi. Huhu... aku harap kau tidak membaca sehingga sini. Aku ucap selamat. Aku perlu berhenti kerana ada mata-mata sedang memerhati...