Bila baca kembali entri lama dari blog ini, membuat aku terfikir yang aku ada berubah. Aneh...
Kalau dahulu aku suka luahkan perasaan di sini. Suka menulis tanpa rasa takut di baca oleh orang tertentu. Suka keluarkan kata-kata yang ditaip oleh hati. Tetapi semakin aku membesar, semakin aku simpan semuanya untuk aku.
Sekarang bila aku baca kembali entri aku yang terkini, sepertinya aku tidak terlalu jujur dengan perasaan sendiri. Semakin aku baca semakin aku konpius. Aku mulai menggunakan kata yang terlalu sukar untuk aku sendiri faham.
Blog ini penting bagi aku. Aku harus menulis sesuatu di sini supaya aku boleh membacanya kemudian hari, dan memahami apa yang aku rasa ketika itu. Aku suka corak penulisan aku yang lepas. Lebih telus, lebih emosional.
Aku tahu mengapa ini berubah.
Kedatangan si mulut busuk dan juga peristiwa 'kecelakaan dibalas dengan kecelakaan'. Ini berubah, ini yang mengubah aku dan blog ini. Dan aku benci kedua-duanya. Hanya jika aku boleh kembali, kedua ini takkan mampu mengenali aku.
Walaubagaimanapun, semuanya telah terjadi. Masa aku telah tamat. Semua yang aku usahakan dahulu telah habis. Aku perlu hidup baru. Hidup aku sekarang baik namun tidak mencapai standard seorang manusia yang ceria, seperti yang aku dapat dahulu.
Aku hanya ada kawan-kawan aku, adik aku, bola, komputer dan tentunya diri aku sendiri. Sunyi...!? mungkin. Tapi tidak seperti dahulu. Aku boleh biasakan diri dengan ini. Hanya perlu ada tambahan dalam hidup ini.
---
Petang tadi aku terbaca satu komik, ada babak di mana si teruna sukakan si dara ini tetapi tidak diketahui oleh si dara tadi. Bodohnya, si teruna ini tahu yang si dara juga ada memendam perasaan pada si teruna akan tetapi tetap bodoh tidak mahu meluahkannya. Takut di kecewa walhal ianya benda yang pasti.
Biasa bukan babak di atas di lihat di dalam komik atau drama. Untuk pengetahuan kau orang, aku juga mengalami benda yang hampir sama. Dan membaca entri ini sekali lagi mengingatkan aku betapa bodoh melepaskan satu-satunya manusia yang buat aku cemerlang dalam hidup aku.
Tiap kali membaca ini, aku tahu aku telah buat silap. Aku telah menterbalikan takdir terbaik aku menjadi kepada yang sukar. Its stupid if u ask me.
Dan aku tak fikir aku akan diberi peluang kedua untuk mendapat sepertinya. Menyesal!? Ya... Putus asa!? tidak. Aku tahu ada berbillon perempuan di luar sana yang berkemungkinan besar hidup sepertinya.
Hanya terpulang kepada aku untuk mengenali, berusaha dan tidak lepaskannya.
Aku ucap selamat... Dan maaf kerana membebel.. Huhu...