Jujurnya, aku tidak berhenti, tidak juga mengambil cuti dari forex. Cuma aku tidak gemburkan di khalayak ramai. Tidak percaya tanya kawan dan keluarga sedekat aku. Aku ada buka MT4, tetapi untuk jangkamasa yang amat la sekejap. Haha...
Maka, hari ini aku nak berkongsi benda asas dalam forex yang jadi mainan (teknik) aku sekarang. Memandangkan aku ini adalah orang yang malas, maka teknik ini teramat la sesuai dengan orang yang malas macam aku.
Profit!? ada tetapi sedikit. Risiko!? entah, kau kira sendiri.Aku namakan teknik ini Teknik Malas MS7 ok tak? Haha.. Kita mula...
Seperti yang para trader semua tahu, hanya ada 3 jenis trend dalam graf forex ni. Uptrend, Downtrend dan sideway. Teknik yang aku nak bagitau ini adalah teknik asas seorang trader untuk mula trade. Maka, sebarang komen berbentuk termaju yang buat budak setahun jagung rasa keliru aku band.
Downtrend |
Uptrend |
Aku dapati bilamana trend nak berubah, dia akan sideway. Ya, sideway adalah satu jenis trend yang sukar nak profit. Budak-budak si jauh sedikit sama ini trend ok!?
Sideway. Tak naik tak turun. |
Disebabkan aku ini adalah si pemalas, aku suka cari jalan mudah dengan memahami asas sesuatu perkara. Aku selalu perhatikan bilamana sesuatu trend mahu berubah, dia akan sideway sebentar dan ubah trend.
Untuk bacaan lanjut, cara mengenali trend dengan betul sila klik sini.
Dengan berbekalkan maklumat asas ini aku uji sejauh mana kebenarannya.
Mudah je. Apa yang aku buat adalah....
- Kenali trend (uptrend ke downtrend)
- Ambil harga 2nd tertinggi (uptrend) 2nd terendah (downtrend)
- Buat pending order (stop). Jadikan harga tadi sebagai TP (target point), dan +10 pip untuk harga sell stop (downtrend) atau -10 pip untuk harga buy stop.
- Tunggu
dan lihat. SL tidak diperlukan. - Hanya pastikan kau mampu buat pending order. Kalau kau tahu apa yang aku maksudkan.
Merujuk gambarajah di atas. Katakan price sekarang ada di sekitar bulatan putih tu. Kau tau ini uptrend dan kau mahu buat buy stop. Puncak last sekali yang kau lihat adalah 0.7960. Jadi kau akan buat pending order seperti di bawah.
TP = 0.7960 - spread = 0.7957
PO = 0.7947
Faham!? Jangan lupa bila kau buat buy stop, - spread, kalau sell stop + spread. Ini langkah berjaga2 sahaja. Erti kata lain, teknik ini hanya untung 10 pip setiap order. Dah namapun teknik malas, sikit je la dapat.
Namun...
Jika kau lihat ada sideway. Contoh kalau tengah uptrend, tiba-tiba puncak sekarang lebih rendah dari puncak sebelumnya. Berhenti buat pending order. Ada kebarangkalian dia nak tukar trend. Contoh macam garisan biru di gambarajah di atas. Berhenti, gi rehat.
Gambarajah di atas ini pula hasilnya. Kerana aku malas dan teknik ini teknik malas, jadi kau boleh nampak tarikhnya adalah tidak up to date sangat. Haha...
Teknik ini memang ada drawdown. Paling tinggi aku capai adalah -185. Dan aku pernah tunggu sehingga 33 hari hanya untuk 10 pip. Paling cepat kurang seminit. Berbekalkan maklumat ini, aku rasa ada elok kiranya pengurusan kewangannya di buat begini.
Paling teruk pun kau terkena, -185pip. Aku bundarkan jadi 200.
Paling teruk pun kau terkena, 3 order terbuka serentak. Jadi, mungkin ada 3 x 200 = 600 pip.
Jadi margin atau baki akaun kau mesti 600 pip. Kalau ada USD600, jadi satu order buka USD1 dah la...
Ok, sekian... Aku takde hati nak uji dan membawa teknik ni ke peringkat seterusnya. Teknik ini terlalu asas. Aku yakin ada trader tengah gelak di luar sana membaca ini. Haha... Aku tengah malas, ini teknik aku sekarang. Kelak, bila aku rajin, aku akan ajar lagi teknik lain...
TF bagi la 1 jam. Tu je yang aku uji setakat ni. Pair tak kisah. Setakat ini aku henjut je mana mampu...
Disclaimer
Lu trade lu rugi itu lu punya hal. Terbaek...
Aku ucap selamat... Huhu...
PS : maklumat tambahan TMMS7 klik sini.