Followers

Gamers

Sunday, May 2, 2010

Kecelakaan dibalas dengan kecelakaan

Karma... Itu yang berlaku kepada aku semalam. Dan itu yang aku dapat apabila aku memandang diri aku dari perspektif ke tiga. Dan itulah berita buruk yang aku dapat namun tidak pernah menjadi orang pertama yang mengetahuinya.

Aku percaya karma. Aku percaya setiap perbuatan akan ada pembalasan. Dan hari itu, maksud aku semalam, aku mendapat kecelakaan yang sama seperti kecelakaan yang dialami oleh seseorang yang menjadi mangsa atas kecelakaan yang aku berikan dahulu. Kau faham?

Abaikan. Anggap sahaja yang berlaku semalam adalah sama yang berlaku kepada orang lain. Ia satu wabak, satu kitar wabak dan puncanya hanya satu. Yang tiada dapat dihapuskan selagi Tuhan belum menamatkan masanya.

Tiada sedih dalam hati. Hanya marah kerana dipermainkan. Aku melihat api disetiap perbuatan aku. Dan barangkali ini yang dilihat oleh kau kawan ketika aku memberikannya kecelakaan sebegini rupa kepada kau.

Aku minta maaf kawan, kita sepatutnya tahu yang kita dahulu sedang bermain dengan lalang yang mengikut kemana sahaja angin pergi. Dan jika lalang ini tiada, betapa senang kita berdua menempuh hari-hari kita tanpa rasa marah. Dan aku percaya, masa kita tidak dibazirkan dan kita lebih awal bahagia...

Aku marah. Tiada sedih. Tiada air dan hanya ada api. Aku hanya nampak api. Jika aku sedih sekalipun adalah kerana aku tiada melihat titisan ihsan kemaafan yang mampu aku berikan. Terlalu jauh hati aku pergi, dan kerana itu... selamanya aku tidak akan maafkan...

Namun, bila aku menarik pandangan aku ke perspektif ke tiga. Melihat diri aku sekarang. Aku ketawa. Aku nampak segalanya. Dan aku tahu apa aku perlu buat sekarang...

Aku tak perlu berdendam. Aku tak perlu melakukan apa. Aku hanya harus memastikan aku hidup lama. Terlalu lama dan lebih lama. Hanya untuk melihat karma...

Kecelakaan dibalas dengan kecelakaan. Aku percaya... aku akan melihatnya lagi... seperti kau kawan, yang melihat aku sekarang... Dan aku percaya, kau bahagia sekarang kawan, kerana kau dilepaskan awal sebelum sesuatu yang lebih serius berlaku.

Api dalam diri aku marak menyala. Ditambah dengan hilaian tawa. Aku bersyukur, kerana dilepaskan awal. Sebelum semua menjadi terlalu serius. Aku yakin, jika ia telah menjadi serius, benda yang sama akan berlaku.

Aku kini berdiri. Melihat dari tempat tinggi. Hanya menanti dan tidak berbuat apa. Semata-mata untuk melihat karma... Kecelakaan dibalas dengan kecelakaan... Dan aku pasti aku akan melihatnya semula...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...