Dalam hidup aku, saat yang paling cemerlang adalah ketika aku berada di kolej, terutama ketika semester satu. Dan seterusnya ketika aku mulai mengenali dia... Ops... kali ini dia bukan si dia. Kita tukar... kita tukar...
Si dia kali ini namanya Mel. Aku fikir jika kau membaca, atau mengenali aku ketika aku berada di kolej kau akan kenal sama ini bidadari. Ya, dia juga bidadari, kerana dia bawa aku bukan ke syurga, tetapi membawa aku ke atas di mana aku mampu lihat seribu kebarangkalian untuk menjadi insan yang cemerlang.
Cuma aku yang bebal tidak gerak mendapatkannya. Oh, dan bukan itu yang aku mahu cerita.
Aku teringat bagaimana si dia (ingat, kali ni Mel) jadikan aku dari si malas kepada mamat yang hidupnya bermakna. Selaku mamat yang ketika itu amatlah mudah tertarik dengan perempuan, aku ikut ke mana dan apa sahaja yang si dia mahukan. Ironinya, ini tidak menjadikan aku bangang sebaliknya meningkat prestasi dan mutu kerja aku.
Membebel!? ok...
Pagi...
Dahulu di kolej dan tentunya selepas mengenali si dia, aku selalu bangun pagi tanpa tidur semula. Siap mandi, siap nak pergi kuliah. Bangun pagi adalah benda yang sukar tetapi jika kau mampu lakukan, aku yakin setiap hari-hari kau adalah hari yang cemerlang.
Pergi kuliah macam biasa, motivasinya hanya kerana mahu terserempak dengan si dia. Mana tau boleh makan tengah hari bersama. Haha... Tak salahkan kalau niat sedikit terpesong. Sekurang-kurangnya kadar ponteng kuliah aku menurun.
Petang...
Petang bukan alasan penat ke kuliah dan mahu tidur sahaja. Motivasinya tetap sama, mahu terserempak dengan si dia. Dan hanya kerana ini, aku bermain bola keranjang, bola tampar, squash dan paling malas pun jogging.
Ya, kami agak kerap berjumpa tetapi aku tak fikir kami kerap duduk lama berbual. Jika kau tanya mengapa, aku tidak ingat.
Balik bersukan bukan hanya duduk berehat. Di bilik mesti angkat itu dumbell bagi kekar otot-otot maskulin dahulu. Penampilan penting bagi aku ketika itu. Dan terima kasih kepada rakan sebilik yang tak henti-henti bagi sokongan kat aku. Haha...
Malam...
Kalau ada mood memang ke surau aku. Berjemaah memang afdal. Bila malas sahaja hanya solat di bilik. Remaja... aish...
Selesai solat, siap-siap ke perpustakaan. Motivasi masih sama. Tetapi jika aku tidak salah ingat, tidak selalu kami study bersama. Terutama sejak berlaku peristiwa bangang itu. Apa yang paling aku ingat, jika kami study bersama, memang tak borak. Masing-masing buat kerja masing-masing. Hanya jika rasa terlalu penat dengan buku baru kami berbual.
Dan berbual itu amat jarang sekali. Bila fikir balik, mungkin ini salah satu sebab kenapa aku cepat belajar tentang sesuatu. Fokus itu penting.
Tengah malam.
Perpustakaan cepat tutup jadi ianya mengehadkan masa bersama aku dan si dia. Bila sampai di bilik, aku akan sambung study lagi. Dan hanya bila tak tau nak study apa, aku akan telefon dia tanya mana subjek terbaik untuk aku telaah malam ini.
Dan ketahuilah bila si dia sebut, aku tak menjawab dan terus buat. Aku ingat lagi aku pernah buat satu tutorial ini sehingga tidak tidur. Sehingga subjek tak belajar lagi pun aku rebat satu kali. Terbaik.
Dan kebiasaannya aku tidur lewat, sekitar jam 3 setiap hari.
Setiap hari, kitarnya sama. Aku tidak peduli jika kau kata aku ikut dia atau sewaktu dengannya namun ketahuilah. Puncak prestasi terbaik aku ketika aku bersama dengan si dia. Dan aku tidak pernah sampai di puncak yang sama sehingga ke hari ini.
Dan itu membuatkan aku selalu rindu saat itu.
Apa yang kau orang boleh dapat dari sini. Senang.
- Bangun pagi dan jangan tidur balik
- Petang pergilah bersenam
- Tidak mengapa jika kau tidak cukup jam tidur, tetapi dengan kondisi badan kau, tidur yang hanya 3 jam setiap hari boleh jadi cukup.
- Fokus tu penting.
- Paling penting
- Ada motivasi. Dalam kes aku, si dia. Hehe...
Mungkin ada orang kata, aku terlalu bergantung kepada si dia. Si dia tidak rotan aku, tidak paksa aku. Si dia hanya beritahu, berbual seperti orang biasa. Dia bukan queen control. Si dia hanya bidadari, yang menarik aku ke puncak dunia.
Ironinya, semua ini bertahan dalam 3 bulan jika aku tidak salah. Banyak benda sudah berlaku selepas peristiwa itu yang buatkan aku hilang semua yang si dia berikan.
Membuat aku menjadi biasa dari menjadi terbaik. Aku rindu saat itu. Aku mahu ulanginya semula. Aku tahu tidak mungkin untuk bersamanya.
Menyesal!? ya. Putus asa!? tidak... Aku tahu ada yang sepertinya di luar sana. Bila fikir balik, barangkali perempuan sepertinya amat sesuai untuk aku. 5 criteria perempuan idaman yang aku khabarkan kepada kawan-kawan plkn aku adalah dari si dia.
Dan aku akan pegang supaya aku tidak salah memilih lagi.
Aku ucap selamat...