Hari ini bukan hari yang baik untuk aku. Aku bangun agak lewat hari ini. Terasa sakit-sakit badan. Dan macam biasa aku jenguk monitor PC aku. Market tak ke mana. Rugi Isnin lepas masih terasa lagi.
Jam 2 petang. Tiba-tiba MT4 tak online. Pergi website broker, website down. Cuak sekejap. Tanya member terdekat, katanya offline kejap. 20 min kemudian online balik. Tapi price dah bawa ke atas, agak jauh. Cuma yang aku harap, dalam masa 20 min tu, tiada signal untuk aku masuk market.
Jam 4 petang. Sekali lagi MT4 offline. Dan kali ni bukan MT4 tapi dengan line telefon rumah sekali. Terbaik. Aku langgan internet mobile pakai hp aku. Celcom kena charge RM5 untuk pelan sehari. Buat report kat TM pasal internet takde. Sejam kemudian ada balik internet..
Tapi sejam tu kelam kabut aku... Jadi mood jadi buruk. Bad mood...
Trade hari ni tak banyak. Campur Sell dan Buy. Aku trade mekanikal. Jadi aku tak fikir banyak sangat pasal bilangan trade sebab dalam sejarah, pernah ada on 28 trade dan berakhir profit.
Tapi bukan hari ni...
Malam aku trade. Ada signal buy, aku beli. Ada signal sell, aku beli. Trade mekanikal tak perlu fikir. Just masuk. Akibatnya...
Market bullish hebat. Aku rugi 24.3% dari equiti akaun aku. Itu kerugian yang amat. Dan amat besar. Untuk satu minggu rugi sebanyak ini memang agak menakutkan.
Aku buka excel. Semak semula minggu ni punya prestasi. Ya, tiada trade yang tinggal. Aku kaji semula. Rugi minggu ni melebihi kerugian maksima jika aku kira secara berkumpul dalam masa setahun. Memang di luar data yang aku dapat.
Tiada apa aku boleh buat... Memandangkan data yang lepas tak membantu sangat aku untuk meramal benda yang aku alami ini. Kerugian...
Cuma aku bersyukur, keuntungan bulan lepas masih belum hilang semua. Aku positif, minggu depan akan ada hari baik untuk aku. Memang ada dalam kiraan aku, jika aku hilang -200 pip sekalipun, akhir bulan boleh jadi +800 pip. Kalau dia jadi dulu, dia bakal jadi kemudian.
Aku perlu percaya... Tapi dalam masa yang sama kaji semula situasi ini kerana ini di luar jangkaan win/loss dalam seminggu.
Satu lagi sebab aku bersyukur adalah kerana aku rugi ketika ia masih di peringkat kajian. Dan data ini penting untuk aku labur dengan kapasiti besar kelak. Aku takkan putus asa.
Ini ujian. Dari petang sampai malam... Ini ujian. Suatu hari nanti, benda yang sama akan berlaku. Aku boleh kata, walaupun kelam kabut sedikit, tapi melihat aku dapat buat semua trade dengan baik dan tiada yang tertinggal, displin aku terhadap trading meningkat.
Aku tidak panik bila internet tiada. Aku tidak panik bila market naik tak turun. Dan bila kenang balik, aku rasa gembira... Betapa aku banyak berubah berbanding tahun-tahun lepas.
Walaubagaimanapun tipu jika aku katakan fikiran aku tak terusik dan kusut dengan kerugian dan gangguan seperti ini. Esok aku tak trade aku fikir. Ada baik aku gunakan esok untuk kaji semula masalah ini. Atau berehat menenangkan fikiran.
Aku sentiasa positif sekarang. Aku tahu... aku kaji dah lama... dan aku dah laksanakan dengan cermat dan baik. Untuk sekarang tiba2 gagal... sesuatu yang aku rasa 1 dalam 1000 untuk jadi semula. Tapi siapa tahu. Ini market... apa sahaja boleh berlaku. Tapi aku tetap positif. Aku akan dapat profit dari market...
Aku nak sambung kerja. Ada satu lagi sistem selain sistem ini yang memerlukan perhatian aku... Aku ucap selamat...
Dan tolong TM, dan broker kesayangan aku. Kalau nak buat maintainance ke, apa ke... bagitau dengan apa cara sekalipun... Aku ada no telefon rumah, hp, email dan facebook yang aku on hampir 24 jam, terutama semasa aku trade...
5 minit atau 20 minit atau sejam bagi kau mungkin tak berharga... bagi aku... ia adalah antara untung dan rugi, antara hidup dan mati akaun aku, kerjaya aku dan masa depan aku... Tolong prihatin sedikit. Aku ucap selamat...