Followers

Gamers

Wednesday, June 12, 2013

Kenapa aku seorang trader #3

Aku ada 2 sistem trading. Satu berbuah hasil. Satu lagi dalam kajian memandangkan ianya melibatkan risiko yang besar dan ganjaran yang besar. Hati aku berbelah bagi...

Kerja aku setiap hari, main game, tengok movie, tengok anime, makan... dan itu ketika trading. Kerana trading sukar bila kau dalam tertekan. Aku tidak buat kajian ketika trading. Itu hanya membawa aku terus ke margin call.

Jika aku ada idea, hanya 2 masa yang sesuai. Di pagi hari, atau tengah malam. Hanya masa ini aku mula mengkaji idea, market dan kemungkinan untuk aku meningkatkan lagi keuntungan aku. Dan hanya ketika ini aku akan kekurangan tidur. Kerja kuat... aku macam bapa aku... bila kerja serius. Dalam banyak masa-masa lain, santai sahaja.

Mendapatkan idea adalah sukar. Menjalankan sistem trading lebih sukar. Kerana ia melibatkan diri kita sendiri. Yang cepat klimaks takkan mungkin berjaya dalam trading. Itu kata sifu aku. Kena ubah. Ini kali kita kena ubah. Huhu...

Idea datang dalam pelbagai bentuk. Dan itu yang aku suka. Kadang datang dalam movie atau anime yang aku tonton. Kadang datang dalam game yang aku main. Tapi banyak datang dari membaca dan membaca. Berfikir sahaja tidak akan membantu. Fikiran kena direnjatkan. Aku suka berfikir dan kerana itu kepala aku lapang. Huhu...

Tanamkan dalam hati dan kepala. Yang satu-satunya perasaan terbaik untuk berjaya adalah menang. Bukan kaya, bukan duit, bukan popular. Tapi menang. Yang lain-lain akan mengikuti.

Macam peniaga yang mahu menang hati pelanggannya dari keuntungan. Kerana mereka tahu, jika mereka menang, keuntungan itu akan ikut.

Pip hijau adalah matlamat. Idea mesti bermotivasikan kemenangan. Bukan populariti. Jika mampu menang satu, teruskan. Tak perlu seribu. Janji menang. Kerana dalam trading, kebenaran yang paling utama adalah akaun. Hebat macam manapun sistem, akaun adalah bukti kemenangan. Bukan glamor sistem, bukan hensem paras seorang trader. Menang... akaun itu menang.

Dan kepuasan itu... priceless... Tidak dapat dinilai walaupun dengan nilai akaun itu. Priceless...

Aku doakan semoga semua trader berjaya. Walaupun yang berjaya hanya 5% dalam dunia ni, tapi aku tetap tidak putus doa agar aku... menang dan berjaya... dan tentu sekali kalian semua...

Aku ucap selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...