Hidup aku hari-hari hanya melihat skrin monitor komputer. Aku mula trading seawal 2 petang sehingga 12 tengah malam. Tapi kerap aku kerja awal pagi jika ada idea baru untuk aku kaji.
Ada orang kata, hidup aku tiada life. Tidak bersosial. Tidak kisah apa terjadi diluar sana. Betul?
Betul... Kerana aku hanya peduli urusan aku, kerja aku. Sepanjang hidup aku bergaul, bersama... satu benda aku belajar. Jika aku mahu berjaya, aku perlu fokus. Dan antara jatuhnya hidup aku adalah kerana aku kerap hilang fokus kerana masalah orang lain.
Enough is enough...
Manusia gila dengan masalah yang mereka cari. Aku perlu ruang aku sendiri untuk kerja aku. Dan hidup dalam kepompong kerja ini banyak mengajar aku nilai dan kebolehan seorang manusia.
Semasa aku kerja dahulu, Makhluk Tuhan Paling Comel pernah tanya aku, kenapa aku tidak marah. Jika dibahan, diketawakan, dimarah... aku tetap begitu. Bekerja dengan orang, hati mesti tahan, kan?
Aku jawab, aku tiada masa melayan manusia dengan gilanya. Masa aku sangat berharga untuk diri aku. Banyak lagi benda lebih penting untuk aku fikirkan.
Masa aku kerja dahulu, aku masih trade. Kegilaan trade ini menjadi-jadi bila aku berhenti kerja dan jadi trader sepenuh masa. Kegilaan ini juga atas sumbangan melihat keuntungan yang kompeni perolehi di atas tangan aku setiap hari namun tiada bahagian untuk aku.
Aku tidak gilakan duit. Bagi aku menjadi kaya itu pencapaian. Kemenangan. Aku hanya iri hati. Melihat kejayaan orang lain. Jadi aku mengambil langkah drastik dan tidak berpaling lagi.
Tentu sekali aku dicemuh. Lagi-lagi bila aku jatuh. Trader tegar yang berjaya faham perasaan aku. Ibubapa faham kemahuan aku. Dan tentu sekali aku tetap menjadi aku, peduli apa aku.
Kata-kata Robert Kiyosaki benar... Orang sekeliling akan buat apa sahaja untuk menjatuhkan orang lain. Jadi penyelesaian dia... Mind your own business... Itu jadi pegangan aku sekarang. Ini kerja aku, dan aku tidak peduli apa orang lain kata...
Aku gembira dengan hidup aku sekarang. Walaupun agak kosong memandangkan orang lain 'macam' dah senang tapi aku masih begini. Namun melihat masa depan, aku hanya lihat kejayaan aku bersama-sama kawan dan keluarga. Aku lihat ini jelas. Aku pasti dapat capai.
Biar orang mengata... kita buat kerja masing2... Aku ucap selamat...