Followers

Gamers

Wednesday, September 26, 2012

Margin Call

Aku tak boleh tidur, memandangkan aku baru margin call. Ya, ini adalah 2 perkataan yang amat ditakuti para trader. Tiada duit lagi untuk melabur. Sedih? tentu sekali.



Kalau kau tanya pengalaman aku margin call. Aku hanya ada satu perkataan, perit. Kerana bilamana terjadinya margin call ini dalam hidup aku adalah ketika aku betul-betul sedang berada di bawah.

Berapa banyak aku perabih setakat ini. Tak sebanyak sifu-sifu lain. Tak sampai berpuluh ribu lagi. Namun cukup untuk buat aku sedih. Hanya sedih.



Aku cuba main game, pun mampu menghilangkan rasa sedih dalam hati ini. Aku selalu kata kepada kawan-kawan aku bila aku margin call, putus cinta pun tak sesedih ini. Banyak kali putus cinta, banyak kali margin call. Jangan kata aku tiada pengalaman tentang dua perkara ini.

Aku harap aku putus asa sekarang. Tetapi aku tahu nanti ada suatu ketika aku akan trade semula. Hanya trader tegar faham perasaan ini. Aku nak putus asa, tetapi aku tidak dibenarkan berbuat demikian. Aku tak boleh. Aku hanya tak boleh.



Ada kerja kosong tak? Aku nak cari kerja. Nak hidup macam orang biasa. Bangun pagi, mandi, gosok baju dan keluar rumah. Mungkin aku akan tinggalkan FX lama selama macam seperti aku kerja dengan KFC dahulu. Sibuk dengan kerja sampai tiada masa untuk trading.

Margin call, margin call...



Aku suka trade. Melatih aku bersabar dan berdisplin. Selalunya aku baik dalam 2 perkara ini. Sabar... bila nak masuk order aku buat rileks. Selalunya untung. Cuma kadang aku alpa dan dalam forex, sekali kau alpa cukup nak buat kau jatuh.

Hanya sekali.

Kalau banding displin semasa bekerja dengan KFC dan trading, trading jauh lebih hebat tahap displinnya. Langit dengan bumi aku kira. Sebab itu aku fikir aku tiada masalah bila bekerja dahulu.

Margin call, margin call...

Bila sedih aku suka memencilkan diri. Aku jarang luahkan kecuali dalam blog ini. Cuak kalau-kalau garang aku terkeluar terutama kepada orang yang tersayang. Baik aku berdiam. Cuba menulis di sini tengok macam mana.


Tiba-tiba teringat kata-kata sifu FX aku, katanya anggaplah kerugian tu yuran pembelajaran trading. Mungkin. Cuma bila fikir balik, aku tak pernah jumpa trader yang tak pernah rugi besar. Ada hikmah juga kata-katanya.

Margin call, margin call...

Aku nak menaip lagi, tapi bila sampai sini aku macam tersekat. Aku lihat jam, dekat sejam aku tersekat di sini.

Blog ini berguna semula. Aku akan menulis semula. Seperti dahulu. Aku akan cuba luangkan masa untuk menulis. Aku nak ucap selamat. Dan terima kasih kerana sudi membaca...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...