Namun tidak terjadi pada aku. Aku yang memang sedia ada sejak jam 10 pagi hanya menunggu kuliah seterusnya sambil membuang masa dengan melihat telatah mereka itu. Hm, sungguh baik nasibku berada di kuliah tingkat atas, jika tidak barangkali aku seperti mereka... Namun tiada salah akan mereka. Mereka hanya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar.
Setelah habis kuliah, aku keluar menarik nafas lega. Pagi yang digunakan untuk tidur semalam aku isi bersama rakan. Buat 'assignment' untuk di hantar hari ini namun pensyarah menundanya sehingga Rabu. Hm... penat je aku berjaga semalam.
Namun, mata yang letih ini terubat dengan kehadiran si cantik yang berlalu. Hanya melihat dia membuat aku rasa senang. "Heh, ada saja caranya..." kataku di dalam hati sambil memerhatikan caranya berjalan. Benarlah Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu.” (Hadith riwayat Bauhaqi).
Sedikit di dalam hatiku tertarik dengan tingkah lakunya... cara dia bercakap, cara dia berjalan. Hatiku sering rasa senang melihat dia. Dan aku rasa cukup sampai di sini, sampai di sini untuk aku terus menikmatinya...
Hujan mulai turun. Aku berjalan menuju ke bilik, yang sememangnya menjadi rumah ke tigaku. Bajuku mulai lenjun, basah dek kerana hujan mulai lebat. Aku sering memandang ke langit, melihat awan yang gelap melebarkan sayapnya menutup punca sinaran untukku. Senyum aku sendiri. Terbayangkan si dia dengan telatahnya seberapa ketika tadi.
"Adakah hujan Kau turunkan hanya untuk membuat aku rasa senang memikirkan tentang dia...? Dan jika ini adalah ujian, kurniakanlah hambamu ini petunjuk agar aku tidak jauh lari dari apa yang menjadi pengangan sekarang, agamaku..."
"Hahchooo..." Hu... bersin sudah. Sebelum demam datang menjemput, ada baiknya aku undur diri untuk mandi...
"Dalam penat mataku terpaku memandangnya. Riang caranya berjalan membuat girang hatiku. Suasana yang kelam kembali ceria melihat telatahnya. Hai... alangkah manisnya ciptaan Allah yang satu. Namun sampai di sini sahaja aku menikmatinya, kerana bayangan lepas banyak memberi impak buruk kepadaku... Sampai di sini... dan rianglah setiap harimu, kerana ia bisa membuat ukiran di mukaku... sebuah senyuman... Terima Kasih...."